Selipar dalam SANGKAR...penangan JIRAN BUSUK HATI!!!

Friday, October 04, 2013

Satu jer peringatan, kalau tak suka berjiran dengan skolah tadika, ko buatlah umah tu kedap bunyi. Tak pon ko duduk dalam hutan. Hanya ko & family jer dlm tu...tak der gangguan.


Kisah petang smalam... Masa amik kimi kat school. Sedih jer muka. Rupa2nya selipar sebelah tak der. Cikgunya pon mula bercerita. Selipar kimi tercampak kat umah sebelah. Nak diambil selipar tu, tapi selipar dah di campak dalam sangkar kucing oleh tuan rumah. Diulang...DI LETAK DALAM SANGKAR KUCING. Nampak dpn mata. Tak teringat nak amik gambar. Kot yer pon ko tak suka bebudak tadika tu & cikgu2 skali. Ko campak kan lah balik selipar tu klo ko tak nak bagi cara elok.


Pagi ni si abah nak minta balik selipar tu. Nak tau tak...bukan sebelah selipar jer yg ada, byk rupanya selipar budak dlm sangkar tu. Si abah pon tak teringat nak amik gambar. Di angkut semua sekali selipar bebudak tu. Klo di ikutkan memang dia nak jumpa owner rumah tu. Memang panas hati rasanya.


Betapa busuknya hati org yg bernama JIRAN ni. Bangsa kita...islam. Come on lah...bebudak, memanglah bising. Klo x bising bukan budak namanya. Cikgu2 ni pon nampak mcm tak berani dgn jiran dia ni. Mungkin dorang pernah kena sound agaknya.


Bebudak ni pepagi dah alunkan nasyid dan ayat2 suci al-quran. Tadika PASTI kan. Tak ker sejuk hati bila mendegar. Dalam hidup berjiran, kita tak boleh expect siapa jiran kita. Kekadang jiran sering bertukar2. Siapa pon mereka, kita kena hormat sesama jiran tak kira bangsa dan agama. Next time klo nak cari umah, jgn cari umah yang sebelah corner lot yer.


Peringatan buat kita semua.


" BARANG SIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, MAKA HENDAKLAH DIA BERBUAT BAIK KEPADA JIRAN TETANGGANYA" (Hadis Riwayat Al-Bukhari)


"HENDAKLAH SESEORANG ITU BERPERILAKU BAIK TERHADAP JIRAN TETANGGANYA" (Hadis Mustafaqun'alaih)


Note: Thank you so much to my hubby sebab dah selamatkan selipar anak2 PASTI tu. Tak tau lah dah berapa lama selipar2 tu duduk dalam sangkar kucing.


Extra Note: Entry luahan prasaan yg agak panjang. Sedih tengok anak aku nangis ptg smalam tau. Anak bujang tu memamg sensitif :-(

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

25 comments

  1. KALAU MEMANG SENGAJA DIA BUAT BEGITU, MEMANG BUSUK LE HATI DIA..

    ReplyDelete
  2. sedih ada geram pun ada bila baca entry fiza ni... kalau tak bley tahan, pi lah pindah dok tengah2 padang pun boleh.. gggrrrr

    ReplyDelete
  3. gila takde otak! nyampahnya ngan manusia xde hati perut ni!

    ReplyDelete
  4. Apa punya jiran daaa...
    Dia takde anak ke?
    Sampai camtu skali perangainya...
    Malu kot kt budak2 tadika
    Yg paling malu, sebangsa seagama..

    ReplyDelete
  5. tgk kimi pon tau yang dier agak sensetif kan..tak pe la dah dapat balik..jgn di layan la jiran yang x da rasa tolenrasi ngan jiran2 lain kan...

    ReplyDelete
  6. ni bukan manusia kak..xtau la nk kategorikan apa.. busuk hati sungguh..

    ReplyDelete
  7. sian bebudak ni kan...adoii..susah betoi la kalo camni gayanya

    ReplyDelete
  8. Salam jumaat fiza..smpi ati jiran buat camtu..

    ReplyDelete
  9. Ya ampun kurang ajar giler kot. Kalau tak malu kat bebudak tu, takkan tak reti malu pada mak pak budak. Ornag macam ni mmg tak layak duduk dalam komuniti, nah hantar pi pulau jerjak baru tau.

    ReplyDelete
  10. Klu sy, lagi suke skolah tadika sebelah umah. Tgk muke dak2 kecik ni. Comel je. Sejuk je ati. Haih! Tuhlah org sebangsa dan seagama kite. Bangsa lain, lebih pndi hormat dr org sama2 kite ni Fiza.

    ReplyDelete
  11. MUngkin masalah dia bukan dgn budak2 tadika. Tapi sebab tadika tu ialah PASTI. Kot2 dia org umno. Heheh. Agak je.

    Mungkin tadika tu bleh buat inisiatif untuk tinggikan tembok kat sebelah pagar ke rumah dia tu.

    ReplyDelete
  12. tu lah manusia ni kdg2 rambut je sama hitam fiza!

    ReplyDelete
  13. Ruginya mereka yg begitu Fiza. Anak-anak bukan aje bising tapi banyak kerenah sebab nak membina minda. Mungkin jiran tadika ni jenis tak campur orglah tu jadi macam tu..

    ReplyDelete
  14. Jujurnya,saya rasalah kan, kalau rumah kita berjiran dgn rumah yg dijadikan tadika ni, mesti tertekan...sebab bising..Mungkin tuan rumah tu dah tak tahan sangat..Namun, tak elok lah di simpan selipar budak2 tu dlm sangkar kucing...pulangkan aja lah dgn baik baik...dan tegur cikgu tadikatu elok elok...

    ReplyDelete
  15. Ada terbaca status Fiza kat FB pasal ni.. Sabar jelah Fiza.. Biar orang buat kita, jangan kita buat kat orang..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  16. sabar jelah orang macam ni pun ada ke? memang tak berhati perut langsung, mmg dia jenis tak bercampur ngan orang kot ni fiza

    ReplyDelete
  17. ishh patutnye jiran tu rasa bertuah dan bersyukur sgt coz hari2 dpt dgr alunan nasyid dan ayat2 suci Al quran.ada juga ye yg jesi camtu.slmt berhujung mggu n salam kenal.done follow.

    ReplyDelete
  18. ada jugak manusia seagama seislam berhati busuk macam ni ye. kena sekolahkan dia jugak ni. tak pun suruh dia duduk dalam hutan kalau tak suka berjiran.

    ReplyDelete
  19. bukannya susah pon kan.campak je la balik.adoyai. yg dia pergi sumbat dalam sangkar tu apa maksudnya...mmmm

    owner tu lelaki ke perempuan kak?

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive