Chickenpox lagi | Turn Qahirah

Friday, November 22, 2013

Salam tgh hari jumaat all bloggerians.


Half day pagi ni. Bergilir dengan hubby menjaga anak dara yang kena Chickenpox pulak. Bertingkek2 dugaan den. Bermula dengan Kimi yang kena Virus Chickenpox. Lepas tu serabut plak kepala dengan masalah kulit si qhalif. Terbaru qahirah kena jangkita Virus Chickenpox plak.


Tak per. Dugaan kecil buat aku kalau nak dibandingkan dengan mereka yang lebih hebat dugaannya. Muhasabah diri jap. Terima dugaan dengan hati yang terbuka. Besar pahala jaga anaknyang sakit kan. Alhamdulillah :-)


Selang 2 minggu dorang berjangkit. Jadinya...kita tunggu next two weeks sama ada akan jangkit kat Qhalif atau tak. Kebetulan juga, si abah yang perasan naik biji2 kat badan anak dara tu. Kebetulan juga malam khamis Virus Chickenpox tu naik sama hari dengan abg kimi kena. Pagi ni dah makin bertambah biji2 tu.


Silap aku juga. Masa kimi kena chickenpox, aku tak terus jab anak2 untuk elak virus tu berjangkit. Bila dah masuk hari kelima, baru lah terfikir. Tapi dah terlambat sebab virus pon dah tersebar dan kemungkinan akan berjangkit tu tinggi sebab qahirah & qhalif dah terdedah dgn virus chickenpox tu. Penerangan dari DaddyZZZ haritu. 1st time handle anak chickenpox masa tu. Uols...sila take action klo anak kena Chickenpox. Terus jab anak2 yg lain utk elak berjangkit.



Budak merajuk


Malam smalam dah start asingkan tido. Tido dalam bilik sendiri. Nangis anak dara ni sebab nak tido dgn ibu, abah & qhalif. Nangis2 terus tido. Sian plak tengok tu :-(


Cuti...oh! Cuti. Cuti dah tinggal sikit. Nak minta MC ker nak amik cuti? Tak pernah MC lagi untuk tahun ni. Cemerlang kan...ahaksss...Kerja tengah banyak plak ni...huhuhu...


Note: Qahirah sibuk nak gi nursery. Acaner nak gi nursery kak. Kena halau balik nanti.

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

33 comments

  1. Alahai, siannya. Bab tido asing tu, terasa sayu sgt. Nak bt mcm ne kan? Lagi touching bila mtk nak ke nurseri. Kwn2 ramai le tu...siannye die fiza. Mmmm...ouh, boleh jab utk elak jangkitan eh? Bkn chicken pox tu mmg mcm ne pun akan dijangkiti ke?

    ReplyDelete
  2. chickenpox kalu sorg dah kene dgn mudah bejangkit kat org lain.... sabar je...

    ReplyDelete
  3. Alahai..siannya..mujur anak2 dee mmg amik injection utk chicken pox ni..tapi mimi dah kena masa umur dia 6 tahun..si Fifi tu je belum kena..measles pernahlah..huhu..

    ReplyDelete
  4. ala cian dia...masa arissa tu cepat je baiknya. kejap je dan alhamdulillah x jangkit dgn ahmad sebab mmng ahmad dah amik cucuk varecella tu.kalau ahmad kena lagi teruk rasanya dia punya meragam, kalah adik. ko ada jumpa daun bambu tak? aritu guna daun bambu original jugak. dpt dr rumah org india. arissa aritu dlm 4 hari je, pastu dah hilang dah

    ReplyDelete
  5. Wahh bagusnya tak dak MC. Alhamdulillah sbb kita masiih sihat kan? Kalau tak, siapalah nak menjaga anak2 kita plak. Moga Qahirah cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  6. chicken pox memg cam nie kak...satu umah kena nti..tapi kalo amek jab akan kena sikit ja dan cpt sembuh...pengalman anak buah sy...bila si adik kena...si abg terus jab...naik ruam2 halus ja...satja kering 2 3 hari mcm tue dh ok..


    p/s: ya ampun..xpernah mcm lagi tahun nie...ayuh kak kekalkan..dh nak ujung tahun dh nie..work from home kak hehehe

    ReplyDelete
  7. cuba cari daun semambu.. buat mandi dan letak bawah cadar dia. nak bagi elak miang katanya.. make sure diorang mandi dan kerap basuh tangan.. selain dari tu makan makanan berkhasiat supaya dapat nutrisi untuk cepat sembuh.. bertabah ya..

    ReplyDelete
  8. kesiannya anak2 Fiza... yer lah pahala besar kita ni sebagai ibu menjaga anak2 sakit.. lagipun siapa lagi yang nak menjaganya kalau bukan kita sebagai ibubapa kannn..
    semoga anak2 ko cepat sembuhyer noqs.. InshaAllah

    ReplyDelete
  9. Alahai, kesiannya anak kena chicken pox. I yang dewasa kena pun, dah rasa sebak semacam.

    Btw, kat klinik ada eh suntikan elak chickenpox? Tak pernah tau..tq bgtau.

    Kesian pun ada tgk kakak merajuk kena asing tidur.

    ReplyDelete
  10. kesian qahirah...cepat sembuh ye princess

    ReplyDelete
  11. salam k.fiza..

    huhu..virus CP. klu dh sorang kena, mesti yg lain turut kena..
    sian qaira..semoga cepat sembuh ye sayang

    ReplyDelete
  12. Salam jumaat fiza..semoga cepat2 sembuh semuanya :)

    ReplyDelete
  13. Semoga Qhalif " terselamat" dari virus C.Pox...:)
    Ambik la MC...hahahaha

    ReplyDelete
  14. Ya Allah besarnya pahala ibu berkerjaya ni,
    banyak pengorbanan fiza,
    moga dipermudahkan segalanya,
    cepat2 sembuh ye anak2..aminn

    ReplyDelete
  15. Kesianye bdk klu kna cpox..moga cpt smbuh tau..

    ReplyDelete
  16. A'a, virus chicken pox ni 2 minggu br nampak kesannya, sama kes aku dulu dalam pantang jaga Haziq & Husna yang kena chicken pox, selalng 2 minggu aku pula kena, masa tu Dr nasihatkan baby Ashraf hantar nurseri sebab aku xboleh direct contact pegang dia sebab risaukan dia yang masih baby, memang dugaan betul sampai kering air susu aku masa tu :(

    Haziq plak rentetan dr kena chicken pox dapat pula penyakit kulit yang teruk, habis beribu juga aku dok p berulang jumpa doktor pakar betulkan balik, biasalah budak athma mmg mudah kn alahan

    Alhamdulillah sekarang anak jantan dah ok sket, anggaplah tu semua dugaan dlm nk besarkan anak, bertabahlah ya supermummy Fiza :)

    ReplyDelete
  17. Kesiannya Qahirah.. Fiza tak try cari batu kiwi ke? Try la cari... Pastu asah campur air sikit.. Sapu kat bintik2 tu.. Mieza dulu sapu tu sekejap jer kecut.. Sekurang2nya kurang la rasa miang tu sebab dia sejuk..
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. mmg kene byk sabar fiza, mmg diorg akan berjangkit, semoga qahirah segera sembuh ye

    ReplyDelete
  19. OKLAH TU KECIK2 DAH KENA.. STAFF SAYA DAH BESAU PANJANG BARU KENA..

    ReplyDelete
  20. alolo.siannya dia.
    tepaksa bekorban la sayang.tkut nanti adik pulak yg kena virus kan.

    ReplyDelete
  21. tapi I rasa bagus kot kalau semua kena macam ni sekali gus, at least benda tu keluar dari badan, at least kena sekarang kan sekali harung kata orang, mama papa dia la penat sikit. apapun harap cepat sembuh yer dear.

    ReplyDelete
  22. Kesiannya si kecik kena chickenpox. Anak sedara sy pun kena chicken pox lepas raya haji haritu. Nasib baik tak jangkitkan kat adik2 dia..hehe


    btw jom singgah ke blog sy :)

    ReplyDelete
  23. Anak saya pun baru je baik dr chicken pox

    ReplyDelete
  24. kesiannya. moga cepat sembuh adik2 semua. kita yang dewasa nie pun x larat nak tanggung sakitnya kan

    ReplyDelete
  25. sian kalau tengok budak-budak kena chicken pox..apa-apapun semoga cepat sembuh..;)

    ReplyDelete
  26. Chicken pox ni kalau tak silap dia jangkit time org yg kena tu chicken pox dia tu dah nak kering ..... lagi lagi sedarah tuu mmg senang nak kenalah Fiza

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive