Beratnya BAG SEKOLAH!!!

Monday, January 13, 2014


Google pic. Tak sempat nak amik gambar anak dgn bag sekolah yg berat itu

Last friday kimi bawa balik jadual sekolah. Maknanya this week dah mula sesi pembelajaran untuk murid² tahun 1. Sedih aku tengok buku teks. Buku teks free khenn. Dapat plak yg dah lusuh dan nyawa² ikan. Haishhhhhh...tak boleh komplen banyak sangat. Bersyukurlah dah dapat free kan...ahaks...

Jadinya....malam semalam si ibu menyusun buku ikut jadual yang cikgu skolah bagi. Boleh tahan juga beratnya. Sehari ada 4 subjects. Buku teks ngan Buku Latihan 1Malaysia pastu dengan buku tulis lagi. Boleh tahan juga beratnya. Dengan botol air dan juga bento. Bertambah lah beratnya khenn. Soh pegang bekal tu tak nak. Nak letak gak dalam bag...haishhhh...layan kan jer lah.

Aku risau apa tau. Kelas kimi kat tingkat 2. Bawa bag berat lagi. Kalau bawa bag beroda pon tak membantu sangat sebab nak heret juga bag tu naik kat atas. Alahaiiii...sian sagat tengok anak bujang aku tu. Bertabahlah yer Iman Hakimi. Nak menmba ilmu ni banyak cabarannya. Tu baru sekolah rendah.

Ya! allah...permudahkanlah urusan anak² kami dalam menimba ilmu dan peliharalah keselamatan mereka.

Note: Alhamdulillah...Iman hakimi masih lagi berbento. Tahniah juga buat diri sendiri kerana gigih menyediakan bento pepagi. Harap dapat dikekalkan sampai hujung tahun persekolahan, in shaa allah ☺




You Might Also Like

24 comments

  1. kesian tengok anak2 yang bawak beg..macam berat sangat tanggungan dalam beg tu..nak bantu x boleh..bantu tengok jela...takpe..moga kimi tabah =)

    ReplyDelete
  2. fiza, kembar pun sama! last week dah start bawak beg berat. ummi mmg susunkan buku2 dorg tiap2 malam sblm tido. yg kelakarnya, smlm boleh tertinggal semua buku teks afnan sbb pagi2 masa check rupanya ada satu homework dia tak siap. pastu ummi terus lupa nak masukkan buku dlm beg. mujur masa tgk jam baru 7.30 pg. laju2 pegi sekolah, pas abis assembly terus jumpa dia...

    ReplyDelete
  3. risau tengok beg sekolah bebudak sekarang ni kan..dah la anak anak saya kecik..

    tahniah still gigih membento..hihi

    ReplyDelete
  4. moga mudah urusan kimi bersekolah,
    bagus bawa bekal save bajet..
    sekarang hrga makanan seme mahal2 tak terkecuali di kantin sekol nih

    ReplyDelete
  5. alahai kesian kat anak2 bawa buku berat yer..anak kami tahun depan baru la kena camni plak..

    ReplyDelete
  6. sian kan dorg bawak beg berat... tapi takpelah, ilmu...

    ReplyDelete
  7. Kelas iman hakimi takde locker? Ksian anak anak bwk beg berat2
    Takpe, dugaan camni iman hakimi kene cekal

    Tahniah kt mak iman hakimi sbb berjaya sediakan bekalan tetiap pg :)

    ReplyDelete
  8. dulu beg i tak berat sebab buku2 i cinta hati yang bawakkan... muahahahahahahaha... gediks zaman sekolah adalah best... kan kan kan

    ReplyDelete
  9. mmg noqs, aku tgk anak2 aku pun kemain gigih menyusung bag sekolah.. kena plak class kat tingkat atas.. aku rasa bag dorang lg berat dari berat badan dorang hahaha.
    Congrats kat kau gigih buat bento pagi2.. keep it up!! ;)

    ReplyDelete
  10. Betul la fiza, beg Hannan pun berat. Tu baru darjah 1..kesian budak2 skng kan. Moga berbaloi penat diorang. Amin

    ReplyDelete
  11. Fiza... samalah kita... kelas anak ting dua... hari ni bawak buku semua... jadual belom dapat dah tak tau subjek apa... so bawaklah semuanya... dgr kata anak buku teks letk kat sekolah entah betul entah tidak... huhu

    ReplyDelete
  12. Mmg merisaukan buat kebanyakkan ibu bapa ttg beg yg berat tu.. ada juga yg begnya lebih besar dari tuan yg membawanya tu... sabar je lah.. :)

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah ibu dier rajin nak buat bekal untuk anak2

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah. teruskan berbento kak demi kesihatan utk anak anak.

    x boleh nk kata apa la kan. x bawa nanti, susah pulak khan. aamiin semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  15. samalah noks...sian aku tengok si shumi usung beg sekolah yang berat tu...cam angkat batu je aku tengok...huhu

    ReplyDelete
  16. huhu moon nengok bebudak sekolah rendah g sekolah..cian je tgk dgn beg gedabak besar dan berat...

    ReplyDelete
  17. Mmg berat sbb satu subjek lbih dr satu buku... Tpi ingt zmn sekolh dulu 21 buah buku sehari sy bawa...

    ReplyDelete
  18. Anak saya pun tak mahu bawa buku pegang kat tangan ke apa. Semua nak sumbat dalam beg. Beratnya saya pulak rasa sedih melihatnya. Itulah sama macam Abang, dok kelas tingkat 1. Nak beli beroda pun payah, pakai beg sandang pun payah juga. Yang senang mak ni tolong bawakan sampai ke kelas :) Itupun kalau bolehlah...

    Tang buku teks tu faham ajelah dah namanya free. Saya first time belek-belek rasa macam nak pergi kedai buku beli baru aje. Kang ada yang kata tak sedar diri pulak! Balut ajelah balik semula supaya nampak cantik sikit tapi anak saya pun 2x5 aje, main sumbat dalam beg aje bila nak balik!

    ReplyDelete
  19. buku tak boleh simpan kat sekolah. jadinya bertimbun-timbunlah bebudak kena bawa. Tp oleh sebab nak tuntut ilmu, senyum tak perlu kata apa-apa. moga Iman Hakimi jd pelajar pintar dan anak yg soleh :]

    ReplyDelete
  20. rasanya ms saya sekolah dulu pun mmg dah beg berat.. adehhh... sakit bahu

    ReplyDelete
  21. skrg buku bukan main byk lg nk kena bawa ke skolah. dlu drjah 1 klas bawah jd bleh la bawa beg roda. kesian tgk budak2 ni

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive