Jom Halau NYAMUK!!!

Thursday, February 20, 2014


Banyak betul nyamuk skang kan. Bertepuk tampar kita dibuatnya. Tido pon terganggu. Kesian kat anak² lah yang tergaru². Rasa macam nak cari kelambu jer. Tapi ada ker orang jual kelambu yang besar? Kelambu baby tu adalah. Memandang kan skang musim nyamuk mengawan. Baik kita amik langkah berjaga². Kalau boleh tido malam jangan pakai pakaian yang berwarna hitam. Sebab nyamuk tertarik dengan kaler hitam. Erkkk...fakta ker auta. kalau salah betul kan yerrp. Sebab aku pernah terbaca. Kebetulan smalam terbaca kat blog SHIMACMA pasal petua halau nyamuk. Nak tau petuanya?


Ini lah dia. Limau nipis dengan bunga cengkih. Gigih aku balik smalam gi kedai cari bahan² nih. Malam tadi try buat. Letak kat kepala katil ngan hujung katil dan letak kat tempat² yang banyak mengundang nyamuk. So far macam ok jer. Macam tak der gangguan plak. Ke ko tido mato khenn...ekekeke...Atau pon boleh pakai ini:


Mozzie Patch. Ada 2 jenis. Spray dan juga pelekat. Pelekat tu sangatlah cute. Letak jer kat baju anak². Nak tampal kat baju sendiri pon boley. Spray tu selamat digunakan untuk anak² yerp. Bau serai wangi yang sememangnya wangi...ahaks...

Ni member aku ada whatsapp. Berita terkini DENGGI!!!

Fakta:

  1. Jenis virus terbaru dari nyamuk aedes. Berbahaya dan membawa maut
  2. 300% peningkatan kes denggi di bulan January/February 2014
  3. 2000 kes terbaru setiap minggu
Simptom 2-7 hari:
  1. Demam panas 40' C
  2. Sakit kepala yang terlampau
  3. Kesakitan dibelakang mata
  4. Sakit otot dan sendi
  5. Loya
  6. Ruam
Virus terbaru tidak menunggu hingga 3 hari. Terdapat kes dimana pesakit maut dalam masa 3 hari akibat demam panas. Apa yang perlu dilakukan. JIKA DEMAM PANAS, TERUS KE HOSPITAL , LAKUKAN UJIAN DARAH UNTUK MENGETAHUI JUMLAH PLATELET.

Sama² kita menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Tak kiralah dalam rumah atau pon luar rumah. Pastikan tak der air yang dibiarkan bertakung. Keselamatan dan kesihatan kita adalah tanggungjawab kita bersama.  

Note: Sian anak². Berbintat² badan, kaki dan tangan angkara nyamuk, Kekadang tido malam tak pakai baju. Paneh katanya. 







You Might Also Like

35 comments

  1. sekarang nio dah memang musim denggi...kena lebih berhati hati lepas nie kan fiza...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, ada juallah kelambu besar. ni sheila bagi link ekk. kita pun tengah fikir2 nak beli ke tidak ni. hehhe. senang nak berpantang nanti, tidur dalam kelambu besar dengan baby

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=406945689448867&set=a.137193806424058.41640.100004003195920&type=1&theater

    ReplyDelete
  3. samala jemah kat umah..pon pakai ubat nyamuk gak sekarang ni

    ReplyDelete
  4. Tu la, musim panas, nyamuk plak banyak kan.. Berbintat2 badan bebudak ni.. Nak try buat gitu gak la nnt

    ReplyDelete
  5. jom2 smlm rumah anum baru lps berperang ngan nyamuk

    ReplyDelete
  6. Nak cuba, banyak nyamuk la sekarang ni

    ReplyDelete
  7. dah lama pakai petua yg atas tu...tapi smlm terpaksa pakai lemon sb limau nipis dah abis..hehehe..

    ReplyDelete
  8. Akak guna spray Rikito daripada Pureen. Setakat nie memang sangat berkesan. Wangiii sangat bau bunga. Sapu2 kat telinga, pipi, celah2 jari...semua boleh.

    ReplyDelete
  9. tq share this yer fiza .. done nuffnang

    ReplyDelete
  10. salam k.fiza..

    aa..betul2..byk betul nyamuk.. kat umah cma letak limau ni..nmpk dek seri dgn faiz, die buat main fulakss.. huhu..

    tenkiu share..
    kat flat umah cma tu ade 2 kes denggi..serammm

    ReplyDelete
  11. adik pernah buat..dia kata mmg berlambak nyamuk jatuhh

    ReplyDelete
  12. Thanks sharing Fiza.. petua yg baik ni.. :)

    ReplyDelete
  13. petua yg bagus ni fiza..murah..semula jadi tanpa bahan kimia..

    tq fiza..

    ReplyDelete
  14. yg limau tu sy dah try kak..tp mcm xbkesan je..tp xtau la kot sy letak jauh ke apa..letak dekat2 kang Aniq capai plk..

    ReplyDelete
  15. musim kemarau memang nyamuk banyak..tampar sekor datang sekor... geramm...petua yang baik.

    ReplyDelete
  16. takot juga..nyamuk skrg lain mcm... kalo kene gigit je takpe.. ni bwk demam... takot la,, pikir anak anak je... minta jauh la dari segala penyakit...

    ReplyDelete
  17. bagus petua ni bahan2 dah ada kat umah bole try nanti ..tq sharing :)

    ReplyDelete
  18. eh eh baru nmpk orang post gambar limau tu kat fb hehehe.. good idea kan. skang ni mmg byk nyamuk. kalau tak pasang ubat nyamuk, berbunyi2 nyamuk tu tepi telinga iskk

    ReplyDelete
  19. bgus ni. msti bau limau kan
    sy gna ubat nyamuk funakilla je.hihi

    ReplyDelete
  20. U buat jugak, tu la nampak kat blog Cma semaalm, bagus la kalau menjadi I pun suka mesra2 alam gini. Ha boleh bayangkan banyak nyamuk canner, dulu kesian JJ kat malaysia penuh badan kena gigit.

    ReplyDelete
  21. petua semulajadi, mmg byk nyamuk skrg ni, bolehla try ni

    ReplyDelete
  22. tulahkan sis..takutlah skrg ni..denggi menyerang dgn agresif sekali..hrp2 xdelah di kalangan kita yang terkena..mintak dijauhkan..amin..

    ReplyDelete
  23. baguslah kalau ada cara mudah halau nyamuk...

    pasal denggi tu dapat juga berita... sekarang ni Rayyan demam risau jugak ni... kena gi check jgak ni...

    ReplyDelete
  24. bagus petua ni fiza...tq for sharing

    ReplyDelete
  25. kat sini pon nyamuk byk sgt2..
    mmg skarang byk kes denggi...

    ReplyDelete
  26. petua yg bgus nih...thanks kak fiza share info

    ReplyDelete
  27. Thanks 4 sharing akak..nak p beli jugak la.. =D

    ReplyDelete
  28. dh 2 bln asyik bertu,buk dgn nyamuk.. pasang ubat nyamuk pun tak berkesan la akak.. habis kaki tngan merah2 sbb gigitan nyamuk. tq share. nanti nk try la

    ReplyDelete
  29. So far okje pakai ubat nyamuk yg biasa jer...

    ReplyDelete
  30. Petua bunda...lepas 6pagi dan 6 ptg...sembur spray nyamuk dlm rumah...ditempat2 yg agak2 byk nyamuk....sbbb waktu2 begini nyamuk aedes sedang aktif...waktu ptg sbelum sembur tutup tingkap dan pintu...

    ReplyDelete
  31. skrg ni msim demam dn msim byk nyamk...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive