ANON Tanya Saya Jawab | Petua Weaning Off @ Cerai Susu cara Psikologi

Tuesday, April 29, 2014

Dapat pertanyaan dari Anonymous dalam entry PHD in BREASTFEEDING dan Cabaran nak WEANING-OFF!!!. Ini soalannya:


Thanks anon sebab bertanya. Dia nak tau macam mana nak buat cara psikologi untuk bercerai susu ni. Seingat aku yang ingat² lupa ni, memang aku pernah up entry pasal wean-off Iman Hakimi dulu. Jadinya kita korek² entry² lama. Situasi anon ni sama macam aku dulu...pregnant dan anak masih nak menyusu badan. Aku buat entry throwback lah yerp. Cuma point penting yang aku amik dan tambah. Kalau nak baca penuh, boleh baca full entry Cerita Cerai Susu Badan.

Waning off @ Cerai susu...Ianya bukan satu perasaan yang mengembirakan, tapi perasaan sedih dan berbelah bagi. Dalam fikiran ni nak wean off...letak cili sos lah, beli jadam lah, tapi tak pakai pon. Pastu letak akar batawali. Memang pahit. Tapi sebenarnya perasaan tak sampai hati tu begitu kuat. Gi basuh balik bila tengok muka kesian anak. Kata hati yang kalau boleh tak nak wean-off. Tapi terpaksa buat jugak. Aku still BF iman even Breast dan nipple rasa sangat sakit. Tapi bila keadaan dah bertambah teruk di mana belahan² kecil kemerahan dah mula kelihatan kat keliling nipple, aku kena stop kan jugak. Memang agak susah nak wean off kimi dulu. Lagi aku nak wean off, lagi galak dia menyusu.

Kebetulan terbaca blog Mommy Lyna pasal petua cerai susu badan. Aku print entry tu, nak hubby baca sebab husband pon memainkan peranan penting gak. Malam tu aku cuba buat kat iman. Guna Psychology lah konon. Dengan muka sedih aku cakap nenen sakit, siap tunjuk kat dia lagi (^_^). Pastu aku cakap "iman dah big boy, tak bley nenen lagi" sambil peluk dan cium dia. Hhmmmm...kejap jer. Bila nak tido mintak candu balik. Tapi kali ni nekad, aku tak bagi. Iman merengek, merajuk...aku tepuk punggung nak soh tido dia tolak tangan aku "jangan tepuk", huhuhu...sedih tu. 

Beberapa malam jugaklah macam tu, nak tido jer mesti mintak nenen, bangun malam nak nenen. Tapi aku tetap tak bagi, terpaksalah bangun bancuh susu. Alhamdulillah...lepas seminggu tu iman dah tak nak BF. Yang aku perasan, bila dia rindu sangat dengan BF moment tu, malam sebelum tido dia akan peluk aku dan di sembamkan muka kat breat aku (^_^)...sian, dapat bau pon jadilah ☺☺☺. 

Kekadang saja aku offer nenen, pastu dia cakap "tak nak, nenen ibu sakit, abah pon tak bley nenen"...erkkk...apa kene mengena dgn abah plak. Sejak dah wean-off nih, jarang lah iman bangun malam, sebelum tido dah bagi susu dulu. Lena sketlah tido malam ku (^_^). 

Gittew lah kisahnya. Kesimpulan...selalu ingatkan anak yang tak boleh susu lagi sebab dah besar. Sambil cakap tu berilah pelukan dan ciuman selalu kat anak. Katakan kita tetap sayangkan dia even dia tak menyusu lagi. Good luck lah pada kawan² yang tengah nak wean off tu termasuklah aku ni ha. 

Note: Antara ImanQahirahQhalif, Qahirah agak senang nak wean off. Si qhalif ni pon payah nampak gayanya ni. Lagi kita nak stop lagi galak dia mengempeng, especially malam. Dah macam tak nak lepas dibuatnya. Sakit wei...ppfftttt...




You Might Also Like

36 comments

  1. uwaaa...yang nota tu mmg sama ngan nayli...camno la hai..huhu

    ReplyDelete
  2. klu melekat aje..sapu dgn bakawali..pahit..compom dh tak nak mengempeng lgi..

    ReplyDelete
  3. salam pagi...sedih juga pabila anak kecil kita terpaksa bercerai susu badan yg jadi tempatnya bergantung setiap hari ya..

    ReplyDelete
  4. saya pun tak guna kaedah letak letak benda kat B.. saya cuma pujuk.. peluk2 je.. alhamdulillah dedua okay.. yg ketiga ni tak wean lagi.. tgh pregnant gak.. mmg perit.. tapi tak sampai hati..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum
    anum singgah sekejap
    sory x sempat nak baca entry
    bz ngan thesis arghhhhhhh pening2

    ReplyDelete
  6. ha.. ha... iman bijak ingat pesan diatu...
    memamng ibu kena kuatkan semangat taknak bagi...
    jangan dengar pujuk rayu si comel...

    ReplyDelete
  7. part ni yg paling sedih kan :( sobsss..

    ReplyDelete
  8. aku tau kau mmg champion babe.. keep it up lepas ni boleh ngandung sorang lagi & win of BF to ur kid hehe

    ReplyDelete
  9. fuhhh.. memang berat hati kita kan..
    nak2 bila dia merengek sebelom tido tuh.. kadang2 mengalir jugak air mata tapi keraskan jugak hati. huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak fiza, pengorbanan seorang ibu.nak cerai susu badan pun boleh masuk part sedih dalam hidup kan.. Allahurabbi. Tersengih sheila baca, Iman pandai2 je cakap abah pun takleh isap. hahahahhaha. singgah menabung darlie sini.. in shaa Allah, tips ni berguna untuk semua mommy yang nak weaning off. heee thanks akak share ilmu berguna ~~~

    ReplyDelete
  11. mula tu memang kesian bila nak ceraikan susu..tp memandangkan anak dah besar kena kuatkan semangat...

    ReplyDelete
  12. okay.. ada lagi setahun 6 bulan untuk weaning off ekeke

    ReplyDelete
  13. Harap dapatlah membantu yg bertanya itu ye Fiza.
    Bukan mudah nak ceraikan susu - budak lagi nak bagi dia faham lagi..

    ReplyDelete
  14. ho...sweet rasanya nikmat bahagia dan puaskan susukan anak.saya dpt lama susukan anak dalam sebulan lebih sb masa pas habis pantang sy dpt keje baru.pastu anak takder sapa jaga.letak anak kt kg dalam masa seminggu uh......tu terus susu botol uhuk..

    tapi plan klu hamil say anak susukan anak 2 tahun itu kalau ada rezeki hamil kali kedua. hais...sekarang susah jer nak lekat waa...........

    http://cahayacinta.com/2014/04/29/panduan-memberi-sambil-memujuk-anak-makan-ubat-mengikut-peringkat-umur/

    ReplyDelete
  15. pendekatan psikologi..InsyaAllah boleh... :)

    ReplyDelete
  16. wish me luck kak! masih belum berjaya... huhuhu

    ReplyDelete
  17. Idah tak ada pengalaman menyusukan anak lama2 nie... walaupun anak 5 tapi sorang jer yang paling lama dapat menyusu badan yakni 9 bulan... susu mudah kering dan selalu tersumbat... uhuk3x... ;(

    ReplyDelete
  18. salam k.fiza..
    huhuhuterus terang, cma tak merasa 'keperitan' cerai susu dgn anak2 sbb diorg 6 bulan jer dah tak mo menyusu,.. huhuhu...
    thanks sharing..

    ReplyDelete
  19. Salam kak, sy cuma nk berkongsi cerita..skrg ni dlm proses nak stop BF sbb anak dh 1thn 11bln n sy lak tgh pregnant ank ke2..mmg susah nak bg dia stop, perasaan bercampur baur..berat rasa hati..ari tu ms mula2 dpt tau preg sy cb stop BF, sapu serbuk kopi yg dibancuh dgn sedikit air, tnjuk kt dia, bila nmpk kopi tu kering berkeping-keping kt situ, sy ckp umi sakit..dia rs kesian kot, bila mlm dia mnta nk nenen sy bgtau nenen sakit, pastu dia faham sndiri, bila rs nk nenen je dia ckp nenen umi sakit, trs tkr mnta susu..tp nak tunggu dia lena mmg berjam2, kesian plk tgk..lps 3hr strt menetek semula smpi skrg cuma dh kurang skit. klu dulu kt rmh lgsg xnk ssu botol tp skrg ni ms nk tidur je mntk nenen..sambil menyusu sy bgtau dia lps ni dah tak blh nenen sbb adik dh besar, bg bby je nenen..alhamdulillah la skrg dia dia dh makin kurang BF walaupun blm stop sepenuhnya. Sy cadang nk bg dia stop dgn cara gna psikologi je, xnak la sapu batawali tu sume sbb kesian dgn dia..tp hati ni masih berat nak lepaskan sbb bila kita BF rs mmg rapat sgt dgn anak n paling best sbb anak manja sgt dgn kita...hehehe

    ReplyDelete
  20. Guna psychology mmg kaedah terbaik kak.. mula2 mmg susah tp lama2 berhasil..=D

    ReplyDelete
  21. betul... ada masa kita kena tegas dalam bab bab macam nikan Fiza...

    ReplyDelete
  22. gd info & tq berkongsi sama yer fiza

    ReplyDelete
  23. jengjengjeng... dia kata abah pun takleh nenen ntah2 dia dah ternampak sesuatu.. okkkk owww...

    ReplyDelete
  24. bagis tips ni...sy boleh amalkan nti..tp mcm mn perasaan masa tu, mesti berbelah bagi..sedih..

    ReplyDelete
  25. dulu masa AF pun buat cara yang sama... ckp susu dah habis... mmg la kesian... tapi sekejap je... lama2 AF sendiri yang ckp tak nak dah... tapi moment tu mmg sedih la... huhu

    ReplyDelete
  26. hahaha.. ayat merajuk bkn main lg kan. selalu bdk girl senang la. teringat msa kecik2. 2 thn dh xnk BF

    ReplyDelete
  27. dah lama sangat cerai susu badan ni...good info fiza...sbg rujukan kepada mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  28. Huhu..lom ada pgalaman....mgkn 1 ari nnt.insya Allah..

    ReplyDelete
  29. sekali dgn abah terkena. hihi

    thanks akak berkongsi :)

    ReplyDelete
  30. memang memerlukan kerjasama suami isteri. Saya blom lagi mampu nak cerai susu. Anak dah 2 taun 2 bulan. Tak mau FM huhuhuh...

    ReplyDelete
  31. Saya tengah berusaha nak wean off tp hati berbelah bahagi lagi..kesian waaaaa. betul sama cam u makin nak kasi berenti makin galak dia nak.. thanks for info

    ReplyDelete
  32. situasi saya pulak, anak sulung lg sebulan nk genap 2 tahun. Minum susu botol jugak tp masih nak berebut nenen dgn si adik yg baru 4 bulan. kalau saya buat cara psiko kata nenen sakit, nnti dia pelik pulak tgk adik menyusu elok je.. mmg susah kalau dia masih nk nenen, kesian kt adik. kadang dlm kereta pon dia berebut nak duduk depan. ada idea tak nk buat mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nk tanya,anak sulung puan masih nenen lg ke? Sbb sy nk tahu cara puan cerai susu dgn anak sulung kerana sy pun alami situasi yg sama dgn puan,anak sulung masih nak nenen walaupun dh ada adik

      Delete
  33. Saya pun baru je lepas cerai susu.Jemputla baca pengalaman saya pula ^)

    bentara13.blogspot.com

    ReplyDelete
  34. Harapnya sy kuat utk pisahkan anak dgn susu bdan.Dah masuk 2 tahun sbln anak tapi masih blm berjaya ceraikan susu bdan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu mesti kental hatinya ..go fisya go...don give up ;)

      Delete

Popular Posts

Labels

Blog Archive