Sekolah Pondok Darul Salam | Sumbangan anda amat Diperlukan!!!

Monday, June 02, 2014


Tak kira kecil atau pon besar sumbangan nya, ianya amatlah di hargai. Aku tak boleh dengar citer² macam ni. Especially bila menatap wajah anak² yatim dalam gambar ni. Apatah lagi melihat tempat mereka menumpang teduh. Semuanya dalam keadaan yang aku rasa serba kekurangan. Kisah ni aku dapat dari colleague aku sendiri. Dia nak buat kutipan  kat office ni untuk disumbangkan ke rumah pondok Darul Salam sabtu nih.

Kisahnya...kawan dia tersesat jalan sampai masuk ke kawasan yang agak ke dalam di Bukit Beruntung. Sekali terjumpa pondok Darul Salam ni. Sempat menyinggah dan amik gambar sambil tu bertanya serba sedikit. Meh baca nih:


Ya! allah...luluh hati aku baca. Makanan pon terpaksa dicatu tu sebab tak cukup. Apatah lagi bekalan elektrik hanya pakai generator jer. Freezer pon tak der untuk letak barang² basah. Bekalan air pulak bergantung pada air sungai yang di pam. Allahu akhbar...ko bayangkan lah betapa susah dan daifnya mereka.

Tempat makan buat anak² yatim piatu :-(

Tempat anak² yatim piatu menumpang teduh. Betapa kita selesa dengan tempat teduhan kita kalau nak dibandingkan dengan mereka :-(

Kawan² yang budiman, inilah masanya untuk kita kumpul saham akhirat. Betapa besar ganjarannya kalau kita membantu anak² yatim piatu ni. Salah satu petua nak murah rezeki adalah murahkan rezeki orang lain, especially anak² yatim piatu yang sememangnya memerlukan bantuan dari kita. Kalau uols rasa nak pergi kat Pondok Darul Salam dan nak tengok sendiri keadaan tempat dan anak² yatim piatu ni, boleh berhubung terus dengan:

USTAZ BABA @ 0111-5787918

Kalau nak sumbang kan baju² terpakai yang masih elok, amat juga dialu² kan. Anak² yatim piatu ni terdiri dari kumpulan umur 7 tahun - 20 tahun. Tapi tak sure berapa ramai perempuan dan lelaki. Kawan office ni call semalam, barang² yang macam mana yang mereka perlukan. Ustaz kata tak kisah...ikhlas lah nak bagi apa pon. Tapi mereka lebih memerlukan makanan kering. Kalau makanan basah mereka tak der tempat nak simpan :-(

Kalau uols nak bagi sumbangan dalam bentuk kewangan, makanan, pakaian dan sebagainya, boleh contact sendiri Ustaz Baba kalau nak tau lebih lanjut. Sama² kita hulurkan bantuan dan ringan kan beban pada mereka yang sangat² memerlukan. Rupanya masih ada lagi sekolah pondok/tahfiz/anak yatim yang daif yang kita tak tau kan. 

Note: Sambil taip sambil menahan sendu dihati. Beruntung PANDA yang penjagaannya dianggarkan RM1.5 juta setahun. Sedangkan anak² yatim piatu ni? Nak makan pon kena catu dan tiada siapa yang nak ambil tahu. Renung² kan lah.







You Might Also Like

26 comments

  1. Ini kalau masuk dlm tv dan-dan itulah baru YB akan dtg dan berjanji akan diberi bekalan elektrik.. Tanggung-jawab masyarakat amnya dan pemimpin khasnya kalau begini sebenarnya..

    ReplyDelete
  2. Salam K.fiza..
    tenkiu sharing.. insyaallah nnti cma panjangkan

    ReplyDelete
  3. sama2 bantu ye . Dtg singgah bila cuti2 sekolah !

    ReplyDelete
  4. mungkin sbb tptnya yg jauh darp jln besar menyebabkan mereka ni terlepas pandang . Tapi klu didaftarkan rasanya akan ada yg meninjau dan cuba membantu ... semoga Allah permudahkan niat mereka . insha Allah akan ramai yang membantu nanti ...

    ReplyDelete
  5. sokong sgt ayat yg last tu kan....sedey bila baca ni

    ReplyDelete
  6. Allahu Akbar..sayu plak rasa hati...
    in shaa Allah, ramai baca ni
    harap dpt la bantu sedikit sebanyak nnt...
    nak kasitau papazakwan la

    ReplyDelete
  7. Insya Allah...
    sama sama kita membantu...
    infaq ke jalanNYA

    ReplyDelete
  8. Sedihnya melihat keadaan rumah tu ... semoga ramailah membantu lepas ni

    ReplyDelete
  9. Ya Allah! sedih nya Fiza... begitu daif tempat mereka, sedangkan kita penuh keselesaan... insyaAllah sama2 kita membantu apa yang patut...

    ReplyDelete
  10. kan.. knp lah kerajaan tak pandang perkara-perkara mcm ni..
    sepatutnya inilah y diutamakan..ini panda... apalah ada pada panda.. mudahan ada pihak berwajib y membantu sekolah pondok ni. kesian kat ank2 y beajar disini

    ReplyDelete
  11. SEMOGA ADA YANG BERMURAH HATI..

    ReplyDelete
  12. sedihkan kak.. keselesaan binatang lebih diutamakan..apakah??? opsss!

    ReplyDelete
  13. terima kasih fiza tolong share
    tempat belajar agama macam ni memang diorang tak pandang
    sebab bila dah pandai agama nanti mesti akan tegur sana sini..
    padahal anak-anak ni nanti insha Allah bakal jadi pelapis ulama..

    ReplyDelete
  14. Perkara-perkara macam ni la yg buat org marah kalau nak beli panda tu serta pembaziran lain. Kalau nak buat benda2 yg menghabiskan duit2 tu semua, tolong la pastikan rakyat semua terbela. No akaun ustaz baba tu takde ke.

    ReplyDelete
  15. daifnya tempat mereka.. Kementerian bertanggungjawab buat pejam mata jer ke...atau kementerian tak tahu akan masalah mereka...

    ReplyDelete
  16. Salam, sis. Kalau sis boleh letakkan sekali no akaun mungkin lebih mudah. Kami ni nak menyumbang, tapi tak mampu bagi banyak:-)

    ReplyDelete
  17. T kasih atas perkongsian ni.. In shaa Allah, akan diusahakan yg termampu. Semoga Allah sentiasa memudahkan segala usaha mereka semua... aamiin...

    ReplyDelete
  18. Ya Allah sy tgk pun sedih kak...kena amik tindakan maklumkan kedaifan mereka...at least msuk tv ke radio.ke kan...thanks kak...nti sy share dengan kawan kawan saya...

    ReplyDelete
  19. Banyak orang susah yang kita tak tawu :'/

    ReplyDelete
  20. Sama2 kita doakan agar mereka dimurahkan rezki dan mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya...

    ReplyDelete
  21. Subhanallah....sedihnya..tq Fiza for sharing

    ReplyDelete
  22. boleh cuba call nanti. ada byk baju kurg yg elok2 tapi tak selesa pakai dah

    ReplyDelete
  23. ALLAHUAKBAR... SIANNYA... xsangka ada yg camni lg kan... sama2lah kita bantu setakat yg mampu

    ReplyDelete
  24. kan..
    in shaa Allah.
    tima kasih kak berkongsi..

    ReplyDelete
  25. salam alaik, boleh beri alamat pondok .terima kasih :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive