A. B. C | Allah Bagi Cuti!!

Monday, June 30, 2014

Salam 2 Ramadhan semua. Harini ni tak der gambar tayang lauk pauk dibulan ramadhan. Tak der story gi solat terawih, done tahajjud, done solat subuh, done sahur dan yang sewaktu dengannya. Biarlah semua amalan² ni hanya kita dan ALLAH jer yang tahu yerp. Ni nak sharing dari Usrah @ TV9 Dihatiku yang iols dengar pagi semalam.

Berkaitan dengan ABC = Allah Bagi Cuti ni lah. Semestinya lah untuk orang perempuan kan. Yang tetiap bulan dapat ABC. Tapi kan, orang lelaki pon ada ABC nya juga. Nak jugak macam orang pompuan kan. Tapi lagi teruk, acaner tu? Ini ustazah yang kata. Bukan iols suka suki mereka cerita hokey. 

Menurut ustazah. Bila kita ABC, banyak masa yang kita ada. Kita tak boleh lah rasa happy sebab tak boleh nak solat. Pastu gi shopping complex menghabiskan masa kat sana. Banyak benda yang kita boleh buat sebenarnya. Antaranya...BERZIKIR, BERSELAWAT, BERSEDEKAH, MEMBACA KITAB²/BUKU² AGAMA dan juga BUAT AMAL KEBAJIKAN. Contohnya gi surau, bersihkan surau atau tolong basuh telekung² wakaf ker. Hargailah masa semasa ABC - ALLAH BAGI CUTI. Guna masa bercuti untuk baca buku² agama untuk menambah ilmu keagamaan. Bukan baca novel yerp *akulahtu. 

Rebutlah pahala semasa CUTI. Uzur/Cuti bukan halangan untuk beribadah kepada allah. Nak seribu daya tak nak seribu dalih kan. Yang penting semasa CUTI, jaga kebersihan diri. Untuk para SUAMI pula hargailah ISTERI semasa mereka CUTI. Jangan rasa semacam/jijik bila Isteri sedang CUTI *mungkin ada suami macam ni kot*. 

KALAU KITA TERHALANG UNTUK MELAKUKAN SOLAT. TAPI KITA TAK TERHALANG UNTUK MENGINGATI ALLAH DENGAN CARA BERTASBIH, BERZIKIR DAN BERTAHMID KEPADA ALLAH. Renug² kan lah.

Note: Pesanan buat diri sendiri juga. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi nafsu pon kena berpuasa juga. Mulut, Lidah, Hati, Mata dan juga Telinga. DIAM adalah lebih baik. 




You Might Also Like

24 comments

  1. Selamat berpuasa kak... terima kasih untuk peringatan ni.

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa sis..good info..thx for sharing.

    ReplyDelete
  3. Betul2. Fiza, nak tny...ms tandem nursing tu, kena bulan puasakan? Pernah fiza tglkan puasa tak?

    ReplyDelete
  4. pesanan yang penuh berharga.
    semoga lepas nih zura akan manfaatkan masa ABC dgn bende2 yang berfaedah.. amin~

    ReplyDelete
  5. Syukur kepada Allah...Allah bagi ABC kepada semua wanita kerana Allah sayang kepada semua wanita2 semua. Selamat berpuasa fiza...boleh puasa tak hari ni heeee

    ReplyDelete
  6. masa ABC ni lah kita blh cari pahala dgn memasak hidangan yg lazat utk org berbuka ...

    ReplyDelete
  7. Ramai juga guna kaedah ABC ni ..
    Nat baru tau hari ni ABC tu apa .. hihihi

    ReplyDelete
  8. kite sokong bab yg amalan kite tuh biar kite ngan Allah je tau..sbb skang nie kat fb mmg ramai org yg share status or upload gambo ala2 gitu..hurmmmm..

    Selamat berpuasa!!!...;D

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum wbt...salam perkenalan..perkongsian menarik sis... kalau Allah bg Cuti, tak bolehlah kita jadikan alasan untuk tidak mengingatiNya kan...

    ReplyDelete
  10. tq for sharing fiza,
    dah baca kat FB td..
    Salam ramadhan dr Lya

    ReplyDelete
  11. Salam ramadhan babe..
    paling meluat dok post2 gmbr mknan.. lepastu siap ambik gambar masa tengah solat.. motip??? ada je tadi aku baca 1 blot tu.. gambar mcm disengajakan ambik masa sia solat anak beranak..huhu

    ReplyDelete
  12. betul2..
    puasa ni asyik fikir nak makan je.. kalau buat amal ibadat sikit mesti boleh lupa pasal mkan.. teralih lah sikit fikiran tu..

    ReplyDelete
  13. beruntung orang perempuan Allah bagi cuti kan.. :)

    ReplyDelete
  14. Betul tu Fiza...semoga kita tergolong diantara mereka2 yang beriman...InsyaAllah...

    ReplyDelete
  15. Nice reminder, Thanks dear =)

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/06/cara-sahur-dan-berbuka-bagi-ibu-hamil-dan-menyusu.html

    ReplyDelete
  16. rasanya dah bertahun saya tak tggal pose sbb period... tp ada tggal pose sbb xlarat sgt.. time tu tgh prgnnat

    ReplyDelete
  17. salam k.fiza..
    huhu..betul2 tu..
    semoga ramadhan kali ini kita isi dgn 'seisi-isi'nya

    ReplyDelete
  18. Salam perkenalan. Thank u for sharing on this. Jemput siggah blog saya http://alamwellness.blogspot.com. Tq

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive