Nasi Mandy Ayam | Nasi Arabku Menjadi!!!

Monday, June 02, 2014

Pinggan ku yang klasik ☺

Project hujung minggu. Apa lagi kalau bukan masak memasak. Project kali ni kita buat Nasi Arab uols. Percubaan membuat nasi arab buat pertama kali menjadi. Tak percaya? Cer tengok gambar...kan bukti tu...ekekeke...Silalah percaya sebab aku pakai rempah nasi arab yang dah siap tu. Tinggal masak dan nak perap jewr. #makbanyakanak memang suka benda² simple macam ni khenn.


Tak payah susah² cari bahan. Semua ada dalam tu.. Macam dalam gambar ni. Rempah untuk perap suma ada. Cuma daging kambing ngan ayam jewr lah tak der dalam tu. Melampau lah wei. Gi lah cari sendiri...ahaks...Instruction suma ada. Memang senang bangat lah. Bau masa memasak tu sangatlah sedap menusuk hidung. Bila dah masak lagi lah sedap rasanya. Memang thorrrbaikkk lah. Makan nasi jewr pon dah sodap.

Tapi kan. Kebetulan masa masak ni tomato puree dan cili hijau nan hado. Kita masak pakai apa yang ada jer lah. Cili hijau tu aku ganti ngan cili padi...haha...Tak effect pon rasanya. Pastu kan, aku tak masuk oven pon. Nak cepat punya pasal, kita bakar atas pemanggang yang ajaib tu. Pon boleh juga. 

Ok...kalau uols nak tau, iols pakai pes nasi arab segera dari jenama AL-BAYT. Sekotak ni untuk 4-5 orang makan. Ada perisa Ayam dan Kambing. Harga RM15.00 + RM7.00 (postage). Kalau beli 2 kotak RM9.00 (postage) dan 3-4 kotak RM14.00 untuk kos postage. Kalau berminat, SMS/WhatsApp 018-2910156 (Fiza).

Note: Memandangkan kos sara hidup makin tinggi. Kita kena pandai cari ruang dan peluang untuk buat side income ☺




You Might Also Like

30 comments

  1. tahniah, pandai dah masak nasi arab :)

    ReplyDelete
  2. macam menarik tu..boleh juga dicuba nanti

    ReplyDelete
  3. Sesekali pekena nasi arab ni sedap juge ye. Tapi kalau saya yg masak...huh, belum tentu menjadi. Lagipun makan berdua jer, baik pi kedai jer la... Singgah rumah Fiza boleh kot, hehe

    ReplyDelete
  4. rasa macam nampak rempah ni kat rumah mak mertua ... xtaulah sapa yg beli.. adik ipar kot.. lah jual online ker?? ingatkan ada kat pasaraya...

    ReplyDelete
  5. Amboi! hari ni masuk mana2 blog ada jer santapan mata...
    Macam2 menu...kenyang mata...

    ReplyDelete
  6. Wah wah wah nasi arab tu ..mesti sedapp ni ..Lya tak pernah pon lg buat nasi arab ,..biasa beli jer huhuhu

    ReplyDelete
  7. Mcm sedap ni noks....simple dan mudah gitu :)

    ReplyDelete
  8. sedapnya...boleh tumpang sekaki fiza...

    ReplyDelete
  9. kalau nak betul2 punya nasi arab mandy, hadramaut,etc etc...mai belajar dgn wife saya..keh keh keh

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya. Nak try jugak ni.

    ReplyDelete
  11. Perghhh... terbaek la fiza... (y)

    ReplyDelete
  12. Apa beza nasi ayam biasa dengan nasi mandy ayam ni ye??? Popular juga sekarang ni nasi mandy ni

    ReplyDelete
  13. Senang, cepat dan sedap ye Fiza.
    Nak jadi mak yg aktif kena juga cepat buat kerja tak mahu leceh-leceh.
    Ada yg mudah apa lagi grap ajelah kan:)

    ReplyDelete
  14. wah sedapnyer tengok ayam tu :)

    ReplyDelete
  15. kitaorang penah masak guna rempah nie kat ofis. masak beramai2... sedap :)

    ReplyDelete
  16. Betul sedap nie..okey2 nanti kalau farah nak farah roger akak k.. =D

    ReplyDelete
  17. tak pernah try masak nasi arab ni...memang suke dah cuba sekali terus menjadi.

    ReplyDelete
  18. fiza jual ke? dh mula bisnes ek... tahniah...

    ReplyDelete
  19. Wahh.. mcm best tengok tu.. menyelerakan. Thanks sharing.. menarik jugak nk try nnti... :)

    ReplyDelete
  20. Oo, siap jual dah set nasik arab ni ye. Mmg best fiza masak guna set ni. Saya dah try. Mmg jadi.

    ReplyDelete
  21. sedapnyeee... tunggu raya jelah bru boleh makan. hehee

    ReplyDelete
  22. kan.beli yg ni pastu balik buat dekat rumah.. :)
    tak pernah beli n try lagi

    ReplyDelete
  23. Sedapnya nasi arab! Salam perkenalan. Jemput lawat blog saya http://alamwellness.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah memang sedap. Saya sudah cuba

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive