Project Hujung Minggu | Egg Toast, Baked Potato Cheese and Thin Crust Pizza

Monday, June 09, 2014

Haaaaa...amik ko. Tajuk bukan main panjang lagi. Malas nak create banyak² entry sebab kekangan masa. Jadinya kita jadikan dalam satu entry. Macam biasa, project hujung minggu bagi surirumah sepenuh masa dihujung minggu adalah masak, kemas, basuh baju, lipat baju, jaga anak, mandikan anak, bertekak ngan anak...hahaha...dan banyak lagi kerja lah. Kalau minggu lepas iols buat Nasi Arab - Nasi Mandy Ayam. Tapi untuk project masak minggu ni kita ber western lah pulak. Kerajinan tahap langit ke tujuh sudah datang ko. Untuk menu pertama:


Amacammm...ini namanya Egg Toast. Takkan nak resipi kot. Dah terang² bahan² nya hanya roti dan terlur jer khenn. Cuma kalau nak perasa tambahan, tambahlah lada sulah atau lada hitam. Aku pakau pemanggang ajaib yang  memang ajaib tu. Malas nak bakar dalam oven. Rasa dia memang thorrbaikkkk lah. Makan plak panas² kan...perghhhhh...silalah buat kalau tak percaya...hahaha...Tapi kan, api jangan lah beso sangat. Kang hitam plak roti tu. Pastu telur tu jangan masak sagat. Biarkan separuh masak. 


Kita teruskan untuk menu kedua. Baked Potato Cheese nama diberi...cewahhhh...mengancam tak? Terliur tak? Rajin tak aku buat...hehehe...Nak resipi lettew kan. Jangan salin jer. Mesti buat tau. 

Bahan² nya:

Kentang *ikut suka hati nak buat berapa biji
Daging cincang *Tak kisah jenama apa janji halalan toyiban
Meatloaf/pepperoni
Sos preego tradisional *Tak kisah jenama apa janji halalan toyiban
Bawang besar/holland *Suka hati. Janji bawang
Black pepper
Cili sos
Cheese *parmesan, single kraft dan apa² janji cheese 

Cara penyediaan
  1. Goreng bawang sampai kekuningan
  2. Masukkan daging cincang dan meatloaf/pepperoni
  3. Masukkan sos preego 
  4. Campur sedikit sos cili dan gaul rata
  5. Tabur black pepper 
Kentang tu direbus dulu. Pastu dibelah dua. Korek isi dalam tu. Jangan ko korek sampai bocor plak kentang tu. Pastu letak bahan² yang digoreng tadi. Boleh juga letak kentang rebus tadi. Di selangselikan lah kekdahnya. Tapi aku tak letak sebab kentang aku tu tak berapa masak. Gelojoh nyer pasal kan. Tak menyempat² nak tunggu kentang empuk. Gigih ah aku korek sebab agak keras lagi kentangnya. Jangan tiru cara aku yerp. 

Dah siap suma ko taburlah cheese kat atas tu. Aku pakai keju parmesan. Memandangkan keju tu mahal, aku berjimat cermat supaya boleh pakai untuk jangka masa yang panjang...muahahaha...Taburlah banyak mana uols nak tabur. Pastu letak dalam aluminium foil. Kita bakar saja dalam pemanggang ajaib yang memang ajaib. Api kecik yer uols. 

Untuk menu ketiga tu lagi simple. Pakai wrap jer. Aku pernah up entry sebelum ni [DISINI]. Tapi nak up lagi...hehehe...Memandangkan meatloaf jer yang ada, kita belasah jer lah. Sapu sos preego atas wrap tu. Letak meatloaf/papperoni/hot dog pastu tabur keju parmesan. Bakar dalam PA *malasnaktaippanjang². Api kecik yerp. Perghhhhh...memang sedap. Sebijik thin cruct dominos.

OK...selesai. Tunggu next project masak² dihujung minggu lagi yerp. Cuba tau.

Note: Rasa macam nak buat blueberry cheesecake minggu ni. Cheese pon dah beli. Haishhhhh...menternak lemak tak habis².




You Might Also Like

29 comments

  1. yang roti dgn telur tu mmg meltingggggg sgt okehhhhhh....

    ReplyDelete
  2. eh roti ngan telur tu, ada kawan Ros pun pernah buat.. Ros pun teringin jugak nak try, tapi tak terbuat lagi. hikhik

    ReplyDelete
  3. akak minta yang kentang tu, sedap nyew :)

    ReplyDelete
  4. rajinnyaaa...terbaiklaaa...suka kentang tu..macam best je..tp yg best nya kalo western2 ni memang guna sos sama je..

    ReplyDelete
  5. ternak jangan tak ternak, hehe...
    pizza tu nmpk menarik!

    ReplyDelete
  6. betul sungguh rajin ni . banyak menu .

    ReplyDelete
  7. hai fiza...sihat tak? telan air liur akak menengok menu2 nih..baked potato macam hmmm...mcm nak try je buat..hehehe

    ReplyDelete
  8. Paling best telur tu sebab sedap dan super senang....hhehe

    ReplyDelete
  9. terbaiklah kakak, nak cuba juga..tq for sharing

    ReplyDelete
  10. wow .. ni bebetul cobaaan ni mengoda tekak dibuanya adeh.... mmg lari diet tau ... sblm pose ni baik kt masak dan makan apa yg dihajati ngeh . ngeh .. kang siang tak boleh makan kalau pose...

    ReplyDelete
  11. wah menarik tu...resepi pertama pernah cuba..kena cuba resepi kedua pulak..kalau tgh rajin mesti mcm2 blh buatkan..samalah dengan saya...

    ReplyDelete
  12. aku teruja dengan Baked Potato Cheese ko tu.. nak buat rasa mcm malas..
    tengok lah bila tahem nya aku nak buat sok.. hehehe susah2 sgt ko buat kan je lah utk aku.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Cube ber experiment...buat bluberry cheese leleh...hahaha

    ReplyDelete
  14. hujung minggu la paling best nak cuba resepi baru kan. sebab masa panjang dan ramai tukang makan hihihi

    ReplyDelete
  15. Rajinnya ko main masak2 noks......betul2 menternak lemak ni...hehe

    ReplyDelete
  16. salam k.fiza..
    aa..dapnye..dapnye.. ghase mcm nk try bake potato tu.. nyum3...

    ReplyDelete
  17. Anak bunda ada tengok egg toast fiza dalam fb bunda semalam... dia beli roti nak buat harini... tak taulah dia ke bunda yang buat nanti.. hihi...

    ReplyDelete
  18. simple semuanya.blh cba buat utk suami.nk diet katanya :)
    PA mmg membantu.guna oven kuat plak letriknya.hihi

    ReplyDelete
  19. emm nyum2 sedapnya fiza, kreatif tau

    ReplyDelete
  20. Wahh.. lapar pulak tengok awal2 pagi ni hehee.. :D

    ReplyDelete
  21. blueberry cheese cake bleh guna PA tak? ehehe...

    Fiza punye PA ni brand apa? Cap ikan atau Giacomo?

    ReplyDelete
  22. nampak macam senang jer nak buat yer kak.. nnti farah cuba buat naaa...=D

    ReplyDelete
  23. wah bestnya... yg potato tu xpnh mkn lg

    ReplyDelete
  24. lagi sedapp ni.. yg atas tu penah buat tp sejak pembakar roti hilang tanpa dikesan dh tak buat. nyum2.. waktu berbuka pun nk dekat dh ni. hehee

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum...

    Menu2 yang mudah untuk dipraktikkan ... nampak sedap dan lazat2 sesangat..

    mselim3

    pls: datang daripada blog bunda.. promote entry nie.. egg toast baked... terbaik.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive