Pantas dan Cepat dengan Ready to Cook Sets!!!

Wednesday, July 16, 2014


Ayam dah siap perap. Serious sedap. Dan juga set sayur kangkung

Tak tau lah kat kedai lain ada buat macam ni ker tak. Tapi kat bangi ni aku baru jumpa kedai yang jual barang2 basah dan sayur yang dah siap sedia untuk dimasak. Bahan2 suma dah ada. Sayur pon dah siap dipotong. Cuma ko tinggal nak masak jer. Mudah kan.

Kedai ni dah lama wujud. Tapi baru tergerak nak singgah. Sebab aku ingatkan kedai ni jual daging jer. Rupanya salah telahan aku. Tu lah, sapa soh tak tengok dulu kan. Memang halalan toyiban sebab barang2 memang dari pengusaha melayu islam macam mee hoon, dim sum, meatball dan juga sos perapan, black pepper sos dan bbq. Agak truja gak lah sebab 1st time jumpa kedai runcit macam ni. Untuk #makbanyakanak macam aku ni memang semuanya kena serba cepat. Antara lain ready to cook sets:


Set Kerang


Set untuk sup tulang

Harga pada aku ok lah. Berpatutan dan masih mampu lagi lah untuk aku membeli kat kedai nih. Ada macam² lagi tapi tangan aku dan penuh dengan barang² PARAM. Dapat snap mana yang ada jer lah.



Kebetulan masa pergi tu ada plak set nenas ngan ikan masin. Tak yah susah2 ko nak cari ikan masin dan nak beli nenas sebiji semata2 nak buat gulai. Suma dah siap termasuk pes dia skali. Sangatlah mudah dan cepat. Pastu rasa pon tak berapa pedas sangat. Boleh lah bagi anak² makan.

Ok...untuk orang2 Bangi yang masih tak familiar atau tak tahu kewujudan kedai ni, meh iols nak war2 kan. Nama kedai ni: HS NADA SDN BHD kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Sederet dengan 99 Speedmart. Boleh layari FB HD Nada. kalau nak tau lebih lanjut.

Note: Nanti nak try Dim Sum plak. Haritu dah habis stok.

posted from Bloggeroid



You Might Also Like

26 comments

  1. seronoknya kalo ada mcm ni dkt sini..jimat segalanya hehehe

    ReplyDelete
  2. bestnya.. hahhh nak g cari lah.. tgh tak der idea nak masak dah nii....

    ReplyDelete
  3. JEMAH PON PENAH g KEDAI NI....KAT AEIN BIG PON ADA GAK BUAT GINI

    ReplyDelete
  4. xpe, janji kita dpt masak sendiri
    walau bukan kita sediakan sebijik-sebijik bahannya...

    ReplyDelete
  5. senang la kalo ada kedai yang sediakan set camni..ye la, kalo famili kecik tak payah nak beli banyak2..beli sekali masak pon cukup..

    ReplyDelete
  6. ADUHHH senang kejeeee..kat sini ade perapan daging dan ayam jek!

    ReplyDelete
  7. mudahnya kak ada servis macamni..memang sesuai sangat la utk orang2 yg sibuk kan.. =D

    ReplyDelete
  8. hoi... senang gila kerja mcm ni.. syoknya

    ReplyDelete
  9. dijamin bersih balik tak payah basuh ke ni babe??
    kalau gitu mmg mudah giler lah kerja org ppuan.. hahhaa aku pun suka :D

    ReplyDelete
  10. cepatkan bleh save mase & tak membazir...:)

    ReplyDelete
  11. Bagus peniaga tu.. Dia cuba permudahkan orang.. Kalau kita nak meniaga pun, buat produk untuk memudahkan orang / orang selalu pakai.. :)

    ReplyDelete
  12. menarik idea ni fiza...lieya selalu jumpe utk set tomyam jek...yg ni mcm2 ade kan...senang utk wanita berkerja mcm kite nieh..... lieya selalu gak ke bangi belah2 situ...nanti leh laa try tgk2 kedai tu.....

    mcm lieya ni siap2 buat stok blend bawang..cili...halia..senang nak masak cedok2 jek....

    ReplyDelete
  13. dekat pasar tani ofis saya pun ade jual yang set-set macam ni ...senang kan ...

    ReplyDelete
  14. wahh...memang menyenangkan lah kedai ni Fiza.. klu ada kat sini kedai mcm ni, mmg atie lah pelanggan tetap..hehe.. cepat je nak masak kan sebab dah siap set utk masak...

    ReplyDelete
  15. wow!!! sgt menarik la fiza. tak pernah lagi aida jumpa kat melaka ni...

    ReplyDelete
  16. mmg membantu ni kan.
    kalau dkt saya dh capai.sng j.
    tak payah nk beli banyak2..

    ReplyDelete
  17. Bunda rasa pernah juga terjumpa barangan siap paking set2 macam ni..

    ReplyDelete
  18. Mmg mudah kan... thanks sharing info ye...

    ReplyDelete
  19. Mudah dan senang kan ..Untuk ibu2 yang berkerja sesuai sgt ni ,..

    ReplyDelete
  20. haaa... dulu masa idah projek site kat LHDN Jalan Duta... setiap tengahari akan ada pasar kat depan tu... masa tu lah pertama kali idah jumpa yang macam nie... semua dah siap packing kecik2... senang kan... sampaikan ikan pun tak payah kunyit garam dah... tinggal goreng jer... hehehe...

    ReplyDelete
  21. kerja memasak lebih senang mcm ni.. harga pun berpatutan..

    ReplyDelete
  22. Jom like fb kami www.facebook.com/Ready2CookBangi

    ReplyDelete
  23. Terima kasih atas sokongan...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive