Salam Nuzul Al-Quran 1435H

Monday, July 14, 2014



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Salam Nuzul Al-Quran 1435H buat semua umat islam semua. Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Quran ini.

Note: Harini iols cuti. Tapi terpaksa datang sebab nak key in approve KPI scorecard yang dateline nya harini tapi bos baru bagi harini jugak...ppfftttttt....Rabu ni iols buat lawatan ke rumah uols yerp.



You Might Also Like

16 comments

  1. Esok cuti sempena Nuzul Al-Quran..Yeayyyy =D

    ReplyDelete
  2. Best sana cuti ye Fiza. Bolehlah tadarus lepas zuhor membaca ke asar..
    Johor tak bercuti..

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan yang ke 16 dah...Selamat berpuasa dan saja ja blogwalking ni..Tengok blog kawan2.Datang dari Blog MiaLiana.Seronok sebab Mia rajin kumpul Link semua blogger supaya memudahkan kita blogwalking antara satu sama lain. Selamat berbuka puasa ya ;-) (lagi 3 jam jaa)

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan yang ke 16 dah...Selamat berpuasa dan saja ja blogwalking ni..Tengok blog kawan2.Datang dari Blog MiaLiana.Seronok sebab Mia rajin kumpul Link semua blogger supaya memudahkan kita blogwalking antara satu sama lain. Selamat berbuka puasa ya ;-) (lagi 3 jam jaa)

    ReplyDelete
  5. salam nuzul Quran juga,
    moga perasaan cintakan al Quran
    kekal hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  6. Semoga diberkati kehidupan kita semua... aamiin.

    ReplyDelete
  7. Salam Nuzul Al-Quran 1435H... Bersama kita menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  8. Membaca Al-Quran itu Fardhu Kifayah, Belajar Al-Quran itu Fardhu Ain. Kalau kita baca sahaja tanpa tajwid yang betul, bukan kita yang dapat pahala, namun Al-Quran yang akan melaknati kita. Jadinya, jom belajar Al-Quran.. :)

    ReplyDelete
  9. salam nuzul alquran juga..
    oke je :)

    ReplyDelete
  10. Salam ramadhan ke 18 diucapkan.. saja ja blogwalking dari blog MiaLiana, harap anda lebih success dan teruskan share di blog ini untuk tatapan semua ya ;-) baju raya beli dah ka hehehe ;-)

    ReplyDelete
  11. Semoga kehidupan kita semua sentiasa beroleh keberkatanNya... aamiin.

    ReplyDelete
  12. salam nuzul quran.. semoga ramadhan kali ni dapat meningkatkan pahala kita. aminn

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive