Kuey Teow Cantonese Banjir!!!

Wednesday, August 20, 2014

Kuey Teow Cantonese banjir tak cukup bahan

Banjir dengan kuah sebab iols suka kuah yang banyak. Terliur ker?....hehehe...Alaaaa...setakat kuey teow tak der maknanya nak terlur kan. Tapi orang kuat makan macam aku ni memang pantang nampak gambar makanan. Ni sendiri tepek pon dah mula  kecur ailio....hahahaha...

1st time ko buat kuey teow cantonese ni. Selalu buat kuey teow goreng jewr. Lepas ni tak payah nak order² lagi dah. Buat sendiri jer lah. Senang dan simple jer resipinya. Yang pasti ianya cepat siap. Kalau rasa² dah muak makan nasi untuk dinner, atau rasa malas nak masak berat², atau nak masak yang simple² bolehlah buat kuey teow ni. Yang pasti anak² suka. Bebudak kalau makanan berkuah macam ni memang laju jer makan. Nak resipi ker?...hehehe...sudah tahu bertanya pula yer.

Bahan²

Kuey Teow 
Sos tiram
Bawang putih
Ayam/Udang/Sotong
Fishball/Fishcake 
Sayur Sawi
Carrot
Baby corn
Cube ayam 
Telur
Tepung jagung

Cara² (Kuew Teow)

1- Goreng kuey teow dengan sos tiram sesudu. Kalau goreng sepeket letak lah byk sket.
2- Dah sebati angkat dan asingkan. Tak perlu goreng lama²

Cara² (Kuah)

1- Tumis bawang putih
2- Masukkan Ayam/udang/sotong
3- Letak air. Terpulang nak banyak mana
4- Dah menggelegak masukkan cube ayam ngan fishball/fishcake
5- Masukkan carrot sebab carrot amik masa untuk lembut kan
6- Pecah kan telur sebiji *Nak lebih dari sebiji pon boleh. ISE (Ikut Suka Engkau) 
7- Masukkan sayur sawi dan baby corn
8- Lastly letak bancuhan tepung jagung untuk bagi kuah likat dan pekat

Dah siap. Makan paneh²...perghhhh...sodap. Terpulang lah pada uols sama ada nak letak ayam saja, atau sotong saja atau udang saja atau nak letak semua sekali pon lantaklah. Korang yang nak masak kan. Untuk tambah penyedap, ko buat lah cili kicap. Memang sodap wei. Bertambah² suami makan wa cakap lu. Selamat mencuba ☺

Note: Lately ni aku rajin plak cuba masakan baru. Orang kuat makan memang macam ni. 



You Might Also Like

26 comments

  1. memang bebetul banjir tu..
    terasa nak makan gak..resepi simple ni yang best nak buat..

    ReplyDelete
  2. tq share resepi..
    nampak menarik :)

    ReplyDelete
  3. perggghhh terrer tu ....mesti sedap ni

    ReplyDelete
  4. Wahh nampak sedap. Terliur nengoknya..hehehe :)

    ReplyDelete
  5. Wah, sedapnya :) Boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  6. memang kecur ailiyo.. lagi lagi telur tu ngan kuning2 dia kan.. perghh...

    ReplyDelete
  7. yumm.. nmpk pom sedap sangat..
    xpernah jgk buat.. biasa beli je..
    blh r cuba resepi ni

    ReplyDelete
  8. tak cukup bahan sikit2 takpe...rasa masih sedap...hehe

    ReplyDelete
  9. wahh sedapnya.. tapi malas plak nak bikin..

    ReplyDelete
  10. mmg terliurrr..nampakk sedappp...huhuhuhu..dah la pose ni.....nasib x pregnant..kalau mengidam habiss la.....hahahhahah

    ReplyDelete
  11. Memang nampak sedap sangat tu..tapi Che Mid tak pernah terfikir nak masak. asek nak makan kat luar je. kalau kat umah, beli kue tiau untuk goreng je..bukannya susah mana pun...ooops, kita posa lagi leee..

    ReplyDelete
  12. wahh sedapnya fiza, keco ailio :)

    ReplyDelete
  13. sedapnyeeeee.. terliur orang puasa tengok. hehehehe
    boleh cuba nanti.. tq~

    ReplyDelete
  14. sekarang mood lapar...so sedappp tengok gambo pon dah sedap nih...hahhahahaa
    selalu letak yee mee je :)

    ReplyDelete
  15. seriusss dah lama x buat !
    aduhh lapar nie
    cayalah dik !

    ReplyDelete
  16. salam singgah. memang terliur!!!!!!! nampak ala-ala megi gitu. yummyyyyyyyyyyy ^_^

    ReplyDelete
  17. Wahh... klu buat mkn malam pun best tu.. :)

    ReplyDelete
  18. Farah nie hantu kueyteow akak.. masak p la apa pn semua rasa sedap.. =D

    ReplyDelete
  19. malam2 ni...sambil tengok tv...tiba2 lapar pulak tengok kuey teow cantonese fiza ni..

    ReplyDelete
  20. makan ngan cabai potong...perghhhh

    ReplyDelete
  21. wah nampak sedap ni... ai pun terliur weh......huhuhu

    ReplyDelete
  22. Sedapnya...
    Mujur dah dekat nak berbuka ni fiza..

    Selamat berpuasa dan berbuka fiza 😊

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive