ANAK² Bergaduh? TIPS untuk Hadapi Situasi ANAK² BERGADUH

Wednesday, September 10, 2014

AMARAN!!! ENTRY INI AGAK PANJANG. kALAU MALAS NAK BACA, TEKAN JER BUTANG 'X' KAT ATAS TU YERP. TIADA PAKSAAN. KALAU NAK MENAMBAH ILMU KEIBUBAPAAN, SILA TERUSKAN PEMBACAAN ANDA. SEKIAN.

Gambar ulang tayang jewr

Aku memang dah hadam sangat dengan situasi ni sebab hari² #ImanQahirahQhalif bergaduh. Tak der hari yang dorang tak bergaduh kecuali waktu abam kimi gi skolah. Qahirah gi Playschool dan Qhalif pergi Nursery. Tapi...ha...ada tapi tu. Balik jer amik dorang...ppfftttt...dalam keta dah start bergaduh dah. Rasa nak tinggal memasing kat tepi jalan...hahaha...itu tipu.

Stress??? Ibu mana tak stress kan. Penat balik kerja tak habis lagi. Dengan jalan sesak. Pastu anak membingit dalam keta. Sampai umah sambung gaduh lagi. Dengan yang melalak tak hingat. Si ibu buat apa bila anak gaduh? Ada masa si ibu jadi tukang tengok jer. Ada masa si ibu jadi orang hijau jugak sebab dah tak tahan tengok aksi anak² yang tengah wrestling. Ada masa si ibu pura² jadi buta dan pekak membayangkan tak der apa yang berlaku dan paling tak bley tahan, ada masanya si ibu merajuk masuk bilik kunci pintu tinggalkan anak² bercakaran kat luar sebab tak tahan nak kluar airmata. Kat office bukan main lagi teringat dan rindu demdam kat anak². Bila balik sentap plak bila anak² buat perangai. Apalah #makbanyakanak ni kan. Biasalah bebudak.

Apa punca gaduh? Kalau #ImanQahirahQhalif:

Gambar ulang tayang lagi.

Berebut mainan - Abam tak nak mengalah dengan adik². Si kakak plak apa adik main dia pon nak main pada hal sebelum tu tak hadap pon menan tu. Kalau main sama² dengan aman pon sekejap jer lah. Pastu dah start volume memasing. Si ibu punya suara pon mulalah pitching tinggi kan.

Berebut Buku - Bila sorang dah start menulis atau mewarna, memasing pon sibuk gak nak buat. Dah bagi buku dan kaler pon boleh bergaduh, 'Tu kaler abang', Jawab si adik 'bukan...tu kakak punya. Dapat si adik di amik suma kaler.,ppffttt...

Berebut makan bersuap - Kat umah ni memang anak² makan bersuap. Kecuali qahirah dan Qhalif kekadang makan sendiri. Tapi aku ibu yang malas sebab malas nak mengemas. Ko tau lah bebudak bila makan kan. Sepah jer lebih. Jadinya, suapan dari tangan ibu adalah lebih baik selain dari jimat nak membasuh pinggan. Jangan tak tau, ini pon boleh jadi gaduh. Bila aku suap si kimi, qahirah sentap sebab tak suap dia dulu. Bila suap qahirah si kimi sentap jugak sebab dia anak sulung, kena ikut giliran. Si qhalif pon dah pandai jugak, sentap bila si ibu suap kakak dulu. Alahaiiiii...anak². Kalau ibu sentap tak nak suap korang makan aci tak? Aku senang jer, nak sentap tak nak makan sudah. Lapar nanti jangan cari ibu erk. Last² makan jugak.

Berebut tidur - Memasing berebut nak tidur sebelah ibu. Bilik memasing dah ada. Katil pon dah ada. Tapi masih nak tido ngan ibu jugak. Si qahirah lah yg paling tak tahan. Dia kalau nak tido kena sebelah dia. Tak boleh membelakangkan dia. Si Qhalif plak si kaki menyusu kalau nak tido. Kalau aku mengadap qhalif, si qahirah nangis. Soh baring sebelah qhalif tak nak. Acaner aku nak baring? Sudahnya aku baring tegak dan susukan qhalif atas badan. Start aku baring jer memasing berebut nak baring sebelah. Si kimi siap cakap 'ibu asyik tido ngan adik jer'. Habis ibu ni? Sian jugak sebab tak dapat tido sebelah abah. Sampai aku cakap, gi amik pisau kat dapur. Belah 3 badan ibu ni. Amik sorang satu. Dah geram sangat aku. Lepas ni tido kat katil memasing.

Itu lah diantaranya. Banyak lagi sebenarnya. Nanti bosan plak korang baca panjang sangat...ngeeee...Macam mana nak hadapi situasi anak² yang sedang bergaduh? Meh nak share. Aku baca dari blog RUBYATIKA @ RUBY SPEECH THERAPY.

1) Anda mestilah boleh mengawal diri sendiri. Jangan sehingga anda sendiri termasuk dalam gelanggang pergaduhan. Contohnya anda pula yang mencubit anak, atau anda yang menjerit atau anda yang hempas barang. Ibu bapa adalah orang dewasa, berlagaklah seperti orang dewasa.

Anda mesti ingat bahawa anak-anak ialah cermin terbaik. Mereka meniru setiap perbuatan anda. Jika anda menjerit, mungkin dia diam pada waktu itu (sebab takut dengar suara raksasa anda) tapi di kemudian hari dia akan jerit kepada adik/abangnya seperti apa yang dia dengar.

Yang ni aku mengaku. Agak sukar nak mengawal. Selalunya memang bertempik dulu lah. Kena control ni. Kena belajar walaupon amik masa. Colleague aku pernah citer, kakak dia adalah seorang yang sangat sabar. Tau tak apa yang kakak dia buat bila anak bergaduh. Dia akan pandang ceiling..pandang kipas sambil beristighfar. Mari kita cuba cara ini juga.

2) Latih anak untuk tolak ansur. Tolak ansur memerlukan komunikasi yang bagus. Jika abang inginkan barang dipegang adik, abang tak boleh merampas. Dia ada 3 cara untuk dapatkan barang itu: 

a) Dia kena minta izin
b) Dia kena pujuk
c) Dia kena buat tawaran

Lihat….semuanya memerlukan kebolehan bercakap yang bagus. Saya melatih anak saya untuk bercakap sedemikian. Ia memakan masa. Dari usia 3 tahun lagi saya sudah latih. Jadi apabila masuk 4 tahun, dia sudah lancar.

Ok...yang ni aku kena start ajar qhalif sebab dia belum 3 tahun lagi. Kimi ngan qahirah pon nak kena juga ni. Harap² serap lah. Dan harap² dengan aku sekali lah dapat serap kebolehan bercakap yang bagus. Kena belajar communication skill macam nih. Jangan asyik kebolehan memetir ngan anak² jer...erkkk...ekekeke...

3) Latih anak untuk mengikut GILIRAN. Masing-masing mesti patuh pada tempoh giliran masing-masing. Sebagai ibu bapa, anda adalah penguatkuasa undang-undang giliran. Jangan pula anda melebihkan anak yang manja.

Jika habis gilirannya, dia mesti serahkan pada pihak satu lagi. Jika dia tak nak, anda sebagai penguatkuasa, mestilah ambil saja barang itu dan beri pada seorang lagi. Dia akan nangis, berguling, jerit atau apa saja. Apabila dia faham giliran, dia takkan nangis dah. Dia tahu, nanti gilirannya akan sampai lagi.

Ini pon agak bermasalah juga ni. Dorang kalau dah dapat memang susah lah nak kongsi. Tak per...kita cuba dulu. Tak dapat jadi penguatkuasa undang2 kat tempat lain, dapat jadi penguatkuasa undang2 untuk anak² pon boleh khenn.

5) Kemahiran mengawal tantrum anak-anak. Semasa aksi bergaduh, mereka mungkin ada baling barang, berguling atau menjerit. Jika mereka berdekatan, cepat-cepat leraikan mereka. Pastikan mereka dalam jarak selamat. 

Mereka akan menunjukkan protes dengan pelbagai cara. Anak mungkin sengaja melakukan perbuatan yang dia tahu ibunya tak suka. 

Jika ibu bertindak pada perbuatan protes anak anda yang sengaja tersebut, maka dia berjaya. Dia berjaya mendapat perhatian anda. Maka ibu bapa mesti bijak menilai had protes. Jika anda rasa “ini dah melampau” maka anda kena hadapi dia dan bertegas. Jika dia baling, suruh dia kutip. Jika dia sepahkan semua, suruh dia kemas balik SEMUA. 

Tapi jika anda kuat sabar, anda sewajarnya biarkan saja dia protes. Buat tak tahu saja dan jangan lihat pun apa dia buat. Nanti bila dia letih, dia berhenti sendiri. Sebenarnya ini lebih berkesan kerana lain kali dia tahu dah, perbuatan tantrum hanya meletihkan dirinya sendiri.

Anak² bila datang tantrum dia memang agak mencabar. Ada masa boleh kawal tapi ada masanya si ibu pon dijangkiti tantrum…hahaha. Cara ni memang aku ada buat. Buat tak tau jer lah ngan anak2. Last² anak² datang kat ibu dia sendiri. Kekadang aku ugut, kalau tak amik barang yang dorang campak² atau barang yang tak dikemas, memang aku akan buang dalam tong sampah. Kelam kabut lah memasing. Pastu esok² buat lagi…ppffttt…

Boleh terjah blog RUBYATIKA. Banyak info menarik dalam tu.  

Kita cuba jadi seorang ibu yang sempurna. Tapi tiada seorang ibu pon yang sempurna sebenarnya. Mesti ada kekurangan nya. Kita cuma perlu berusaha untuk jadi ibu yang terbaik untuk anak². Ingat…JADILAH IBU, JANGAN JADI SINGA. Ditujukan khas buat diri sendiri juga. Dan peringatan buat ibu² hebat di luar sana.

Note: Fasa kanak² memang macam ni. Bergaduh jer kot. 



You Might Also Like

29 comments

  1. good sharing...kite pun kadang menyinga gak huhu..kene byk bersabarrrrr -___-

    ReplyDelete
  2. assalam Fiza..masa anak2 acik kecik..susah nak tengok dia orang bergaduh..tak tau lah sebab acik garang ke..sebab adik suka beralah.
    kalau smaa2 tengok tv..tiba2 si angah tinggalkan tv..pi masuk bilik..buat kerja sendiri..maknanya..siabang dah tukar canel..pilih rancangan yang dia suka
    tapi dia tak gaduh dan menjerit menangis ke apa..dia senyap2 tinggalkan tak tengok tv..tu acik tau dah..
    kalau dengan yang bongsu tak pernah gaduh..mungkin sebab jarak jauh..6 tahun..jadi masing2 sayang adik..kalau dah besar ni..adik pun suka mengalah..kalau abang yang suka tunjuk kuasa..menyuruh je..adik ikut je..buat je..walaupun kadang muncung juga..buat tetap buat..ish..panjang pulak acik menulis komen..sebab kawan2 pernah tanya..anak2 acik tak bergaduh ke..katanya..anak dia lelaki perempuan pun boleh bergaduh tendang terajang katanya..tapi tu la..pengalaman acik masa anak kecik..susah nak tengok anak bergaduh..kalau bergurau main2..bergumpal tu ada la..dah namanya lelaki semua kan fiza

    ReplyDelete
  3. sy blm ad mslh ni lagi.cume bab menjerit dpn anak tu kena kontrol la hehe..kang dijeritnya kita pulak..ekekeke

    ReplyDelete
  4. kita sebagai ibu bapa ni memang kena sentiasa belajar kan Fiza..cara2 nak menangani anak2.. org sllu cakap, dah memang lumrah anak2 tahap mrk.mmg suka bergaduh sesama.. kita lah yg kena main peranan kan...
    mcm pernah terjah blog RUBYATIKA tu..mmg banyak ilmu keibubapaan yg boleh kita praktikkan...

    ReplyDelete
  5. hehe...jadilah ibu jgn jadi singa...tp kdg2 jd singa juga bila penat melanda diri kak...ngeee

    ReplyDelete
  6. hahahaha

    kawan cheqna suka cakap ngan anak dia "jangan biar umi jadi hantu"
    cheqna x de anak lagi...jadi tak de pengalaman...tapi n3 ni bagus untuk cheqna jadikan panduan masa depan tq =)

    ReplyDelete
  7. kiter mmg ibu yang tak sempurna, tapi kiter sebagai ibu berusaha untuk menjadi ibu yang sempurna..kan....insyallah info yang baik ni...dan blog yang baik, untuk tahu sikap anak2...TQ beb..

    ReplyDelete
  8. aku suka entry ni..nak save dalam pc supaya aku boleh baca ulang kali kat diri sendiri...thanx darling!

    ReplyDelete
  9. Samalah noks .... bila anak2 bergaduh kononnya belajar mengawal diri tapi lama kelamaan terus berubah jadi orang hijau juga. Huhu

    ReplyDelete
  10. Memang panjang.. Nanti aje baca ye.. :)

    ReplyDelete
  11. huhuhuhu.. selalu sedih kalo baca n3 camnih.. sbb zura nih jenis mak yang garang.. selalu marah anak2. memang cuba untuk kawal.. tapi selalu tidak berjaya. huhuhuhu.. :(

    ReplyDelete
  12. print dan simpan! bule buat guideline bile emyr dah jadik abang nanti hahaha

    ReplyDelete
  13. haaa.. InshaAllah Fiza tips ini boleh membantu saya dalam mengatasi anak2 kembar gadoh.. bayangkan lah budak belomm 2 tahun pandai gadoh, pandai gigit menggigit, cakar mencakar, seram gak tgk dowg gadoh, kenkadang mama dia jadi singa la raksasa lah.. ya Allah tapi bila kite jadi IBU atau MAMA kite jadi seperti tips di atas, hahaha.. tapi byk yg berjaya.. didik anak biar dari rebungnya kan... kalo kite slow, anak pun akan ikut slow.. slow mean dengar arahan dan kata2 ibu yea la..Ibu la penawar segala konflik antara anak2....

    ReplyDelete
  14. hal anak-anak bergaduh ni memang tak boleh elak
    akak biasa juga dengan situasi ni sebab pernah jaga anak sedara
    ilmu parenting ni bagus .
    thanks sahring fiza :)

    ReplyDelete
  15. Anak2 bergaduh sesama sendiri, perkara biasa. Tapi bila anak2 dah mula nak bergaduh dengan ibubapa, apa agaknya dalam fikiran mereka?

    ReplyDelete
  16. fiza, saya yg anak sorang ni pun kdg2 naik hangin jgk nak hadap perangai anak bila dia tantrum. kdg2 ni lagi pelik, takde benda nak berebut dgn sesiapa pun tapi boleh tantrum tetiba. selalunya saya hanya pujuk dia sambil ketawa je. sbb tau dia menangis tu bukan sebab sakit atau apa2 yg masuk akal. kalau nk buat mcm kakak kawan fiza tu, pergh mmg penyabar sungguh dia. hhuhu.

    ReplyDelete
  17. Nice sharing fiza...sama la kita ..semua kt ats ty berlaku jgak pd ank2 lya..huhuhu..kdg2 kena bertempik br ank2 berenti gaduh huhuhu...

    ReplyDelete
  18. I ni... anak2 belum boleh bergaduh sebab kecik lagi kan... tapi nak kena hadam jugak la tips ni untuk future, tapi sekarang pun dah nampak bibit2 cakaran anak2, tipah tertarik rambut jelita sikit jer dah riuh satu umah kakaknya bising, tu baru 3 bulan tempoh bersama... insya Allah mudah mudahan kita semau dapat bersabar dan bertabah hahaha.

    ReplyDelete
  19. Bila anak bergaduh ini lah masa untuk kita ajar anak kita untuk mintaa maaf..dan mengalah..

    ReplyDelete
  20. Alahai... lebih kurang je dgn faris n alisya.... saya pulak bila dorang gaduh, saya akan peluk siapa yg paling hampir dgn saya... sambil peluk smbl cakap tak baik gaduh2... Allah tak suka org yg bergaduh... most of da time, cara tu berkesan...

    ReplyDelete
  21. Anak2 bergaduh ni mmg tak boleh dielak.. Kdg2 rimas tapi klu dia org tidur rumah akak atau nenek dio org, terasa sunyi pulak rumah... bengong jugak jadi klu sunyi hehee.. :D

    ReplyDelete
  22. Mereka semuanya masih 'rebung' lagi mudah untuk dilentur. Kita yg dewasa ini yg kena mengatur dan mendidik sesempura boleh. Insya-Allah kalau lenturan baik dibuat baiklah hasilnya...

    ReplyDelete
  23. Same la...bab ibu kunci diri sndiri dlm bilik tu nah wat gak...hehehe

    ReplyDelete
  24. thanks for the info fiza...klu anak2 selalu bergaduh ni mmg la kena sabar yg amat2...tapi mereka2 ni la yg mengajar kita tuk menjadi org penyabar yg amat...hehehehe...anak2 noe mcm tu jugak...pantang jumpa....tp skang ni aman sikit...sbb sorang dh duduk asrama...hehehehe...

    ReplyDelete
  25. berebut nak tido sama-sama tu yang tak tahan hihii pengalaman..baru 2 orang bekelahi mcm anak 10 letih layan jer la..anak awak yang ke 2 n 3 sama la 4 thn n 2 thn..hahahha mencabarkan jd ibu bekerja..

    ReplyDelete
  26. bagus sgt tips ni kak..gigih sy baca smpai abis wpun anak baru nak masuk dua org!! nmpk x motipnya...sbb mama takut stress nti hahaha..

    ReplyDelete
  27. Dah namanya pun budak budak 3 beradik gitulah gayanya bergaduh memanjang

    ReplyDelete
  28. Nice tips akak.. farah nie anak baru sorang pn kdg2 tak terkawal..tambah la akak yg anak ramai nie...mmg kena ada kesabaran yg sgt tinggi la kan akak.. =D

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive