Apa Perasaan seorang IBU bila ANAK kena CAKAR???

Friday, September 12, 2014

Nak minta pendapat nih. Apa perasaannya? Marah? Sampai rasa nak jumpa budak tu. Salahkan anak sebab cakar anak orang? Budak 2 tahun, apalah yang dia tau kan. Salahkan pengasuh sebab tak perati bebudak main? Ramai lagi bebudak yang dorang nak pantau kot. Salahkan diri sendiri sebab biarkan kuku anak panjang? Kuku budak memang tajam even dah potong pendek.

Kalau jadi kat aku. Sebagai ibu, aku tak der lah marah kalau anak aku kena cakar. Tapi kalau teruk sangat cakarannya memang sebagai ibu pon aku agak terkilan jugak. Tapi sebagai ibu, kita pon tak boleh nak salahkan cikgu nursery jugak. Sebab banyak budak yang dorang kena pantau. Nak salahkan budak lagi lah tak boleh. Tak matang plak kita. Kita sebagai parents pon kena lah faham. Bila dah duduk nursery, macam2 perkara boleh jadi. Salah satu nya bercakaran sampai aksi cakar mencakar nil ah. Lebam2 dan luka2 tu dah biasa. Ok lah…mukadimah pon dah panjang. Aku straight to the point lah.


Balik semalam, cikgu nursery tu cakap ‘Kak…nanti potong kuku Qhalif. Habis budak di cakarnya. Dah 2 orang budak kena cakar’. Aku terkejut lah. Memang silap aku sebab terlupa nak potong kuku ustaz qhalif tu. Panjang sket kuku dia. Bisikan jahat mula cucuk jarum. Dorang tak tolong potongkan ker kalau kuku budak panjang? Tak per, aku bersangka baik. Mungkin dorang pon tak perasan. Sebab ada masanya aku tengok kuku qhalif pendek kalau aku lupa nak potong.

Aku pon tak sangka lah si qhalif ni mencakar bebudak. Alahaiiiiii…Kalau ko cakar abam atau kakak tak per dik. Ko nak cakar harimau kat ibu pon tak per. Tapi kenapa ko cakar anak orang dik. Tak tau pah apa punca percakaran tu. Berebut mainan ker? Atau sebab lain. Aku tengok gak muka budak yang kena cakar tu. Bergaris gak lah. Sian nengok. Aku dah start pandang qhalif. Dia dah diam membisu sebab tau salah dia. Aku pon mulalah berceramah kat ustaz qhalif 2 pusar tu. Kebetulan owner taska sampai. Dia pon bercerita.
Mak budak yang kena cakar tu wassup dia pasal anak dia kena cakar. Cikgu nursery cakap ada 2 kesan cakaran kat muka ngan badan. Tapi tak tau lah sejauh mana teruknya. Aku dah jadi serba salah nih. Tak nak lah sebab anak aku, cikgu nursery dipersalahkan sebab tak jaga budak betul2. Tak nak lah sebab anak aku, owner taska kena menjawab dengan parents. Tak nak lah sebab anak aku, aku sendiri dipersalahkan sebab tak pandai didik anak sampai cakar anak orang dan juga tak pantau kuku anak aku yang panjang tu…erkkkk…Iyerlah…hati manusia kan. Kita rasa benda ni simple jer, tapi bagi dia remeh.

Sebab ada parents yang telalu taksub dengan keselamatan anak dia. Sampai kalau boleh tak nak ada kecederaan atau lebam2 kat badan anak dia sikit pon. Kalau ada calar balar sikit pon dah mula tsunami. Apa yang tak der kat badan anak aku tu? Lebam2, luka2, kesan cakar dan juga benjol2. Suma pernah. Jangan kata aku tak kisah plak pasal keselamatan anak aku. Tapi aku tak lah melatah. Cuma aku Tanya kenapa dan macam mana boleh jadi macam tu. Kita pon kena faham. Fasa budak tengah nak naik dan tengah nak explore sesuatu memang macam tu. Sedangkan kat umah pon dah macam2 inikan kat nursery. As long as anak kita di jaga dengan elok tanpa ada perkara yang serius berlaku, aku dah kira bersyukur.

Pagi ni hantar qhalif dia nangis. Mungkin sebab kes semalam. Erat betul pelukan dia. Tak nak lepas. Tu yang buat aku lemah. Lemah tinggalkan anak dalam keadaan menangis. Perkara yang paling aku tak boleh hadap. Dan aku rasa ibu2 yang lain pon sama.

Gittew lah kisahnya. Luahan perasaan #makbanyakanak *macambanyaksangat. Cuma aku minta cikgu2 nursery tu pantau sket qhalif. Inshaa’allah…kalau aku terserempak dengan perents yang anak dia kena cakar tu, aku nak jumpa and minta maaf bagi pihak anak aku. 

Note: Tiap² minggu ibu akan pastikan kuku kamu pendek yerp iman qhalif. 


You Might Also Like

26 comments

  1. biasa la kalau kena cakar n lebam2 kadang2 anak kita pun buas jugak kankan..hero hihii etromen ja kejanya..

    ReplyDelete
  2. kesian dia
    moga dimudahkan urusan anak-anak fiza

    ReplyDelete
  3. maap la yer kami tergelak baca, wahhh cakaran rimau kau bagi yer. Eh kuku budak, makin kita potong, makin tajam jadinya, si tipah ni every 2 days nak kena trim sebab muka sendiri berbirat dicakarnya. Alaaa budak2 kan, cakar mencakar tu biasa la... a part of learning pun, mak nyer tak payah la kalut lelebih kan, yer la semua orang sayang anak. Jelita ni kat skul bukan takat cakar, biru2 badan bergusti, rilek ah.

    ReplyDelete
  4. Setakat semalam, ada juga nampak kesan-kesan calar kat muka luth, tapi aku tau yg itu dia sendiri cakar. Cuma yg paling obvious semalam ada nampak lebam kat rahang. Tapi buat tak tau je la. Hati tak risau so, takde la nak tanya nenek pengasuh. Lagipun jarang terjadi. Saya pun mcm fiza, saya faham keadaan anak nak membesar ni takkan la langsung takde tersilap sikit. Terjatuh tu biiasa. Masa kita jaga pon ada kemalangan tak sengaja berlaku. Inikan pulak kalau org lain jaga. Saya hanya pegang satu je pesan kakak saya masa mula2 hantar anak kat pengasuh dulu, katanya, tak kiralah pada siapa pun kita beri anak kita untuk dijaga, yang menjaganya tetap adalah Allah. Dialah sebaik-baik penjaga. Jadi tak la rasa risau sgt.

    Pasal Qhalif mencakar, saya rasa elok la Fiza minta maaf bila jumpa mak budak tu. Tunjukkan pada dia yang kita ambil berat tentang keselamatan anak, termasuk anak dia. Dan tunjukkan juga rasa sesal sbb silap tak check kuku anak. HUHU.. citer pasal kuku ni, risau gak kot2 luth ada mencakar org. sbb kuku dia pun selalu panjang dan tajam. ye lah ,kuku nipis ni kan lagi tajam. Harap2 takde la yg kena cakar.

    ReplyDelete
  5. Mengimbau kembali kisah 6 7 tahun lepas ...masa bunda duduk tempat lama...masa tu bunda adalah jaga 7 orang budak...dari 3 parents...
    Ada sorang baby 1 tahun...ada sekali tu baby kene gigit nyamuk ada beberapa bintat...bunda pun tak berapa perasan hari tu...sebelum ni tak pernah pun...bunda mengaku lah..haritu bunda lalai kot...benda tak sengaja pun..

    Esoknya ibu baby tu cakap ngn bunda pasal bintat nyamuk tu...agak terguris jugak hati tua bunda ni...sedey... baru 1st time kot...tak lah serius mana pun..sebelum ni bukan tak pernah bb tu berbintat nyamuk dari rumah dia... memang bunda kalu jaga budak terutama bb bunda cek belek dulu badan bb tu kot2 ada cedera ke bengkak lebam ke dari rumah... nanti petangnya bunda akan tanya ibu2nya kenapa?...untuk membuktikan bukan dari rumah bunda..

    Pada hal banyak lagi benda yang bunda kecil hati tapi bunda simpan...tak nak cepat melatah...bunda dah lebih dewasa dan dah lebih makan garam...dan itu jer cara bunda tambah pendapatan keluarga dari rumah..

    Yang baik tak tegur pun...balik kadang terlajak waktu pun bunda tak kisah pun...kalau duduk di nursery lagi ramai tak terjaga anak ko sorang...lambat sejam bertambahlah ko kena bayar bulan tu...ragamnya...melalaknya bagai..ko tak kira kan...apa lah sangat RM150 yang ko bayar kat aku di bandingkan kat nursery lebih dari tu..bunda tetap bersabar..

    Tapi bab bintat nyamuk tu bunda tak tahan sangat..dengan tegurannya cukup lah. menyedihkan..
    Akhir bulannya bunda tak bagi notis dah...Esok bunda cakap bunda dah tak nak jaga bb dia dah cari lah orang lain...bunda cakap bunda takut nnti apa pulak yang gigit bb ko nanti......mengelabah ambil cuti cari pengasuh lain... ambik ko..kurang ajar lagi dengan orang tua..

    ReplyDelete
  6. Betul....memang le sedih nak tinggalkan anak kat nursery dlm keadaan nangis...omak katanya hehe....
    Tak taulah Fiza nak salahkan sapa.... Kalau teruk sangat cakarnya mungkin sebagai mak bapak sedikit marahlah.... kalau sikit mungkin boleh kejam mata jer kot....Udahlah yg penting awak ketip je kuku si Ustaz tu hehe

    ReplyDelete
  7. ye la, mcm fiza ckp td awal2 tu, nak salahkan ank nampak sgt kita tak matang sbb mmg kita yg salah sbb lupa nak potongkan kuku..

    cikgu pun sepatutnya bila dah jd camtu, amik la inisiatif tolong potongkan kuku qhalif kejap.. bukan selamanya mintak dipotong.. kali ni je, nnt inform la ibu qhalif kata kuku dah dipotong dalam masa yg sama ibu bleh alert la jugak menda ni supaya x lupa lagi.. almaklum, ibu qhalif pun penat gak sbb balik keje lg kan..

    elok la klu nak jumpa parents tu. harap parents tu terima kemaafan dan keadaan jadi normal.. tak best la anak nak berkawan, tp sbb menda kecik camni, mak budak tu tak kasi kawan ngan qhalif ke kan.. tak syok la.. ksian qhalif...

    in shaa Allah, mudahmudahan perkara camni tak terjadi lagi.. sbb ustaz qhalif bijak orgnya :)

    ReplyDelete
  8. tindakan yang baik.. jumpa parent dan say Sorry.. dorang mesti paham..budak2 kan~
    nak salahkan anak kita pon x patut jugak.. dia pon budak2..
    cuma fiza boleh pesan kat teacher dorang pantau lebih sket lah.. takut kejadian berulang.
    Zura pon selalu gak lupa potong kuku anak2.. walaupon dh janji dgn diri sendirik nak potong kuku anak2 seminggu sekali..hehehe.. terlepas pandang. :)

    ReplyDelete
  9. huhuhu..merimau qhalif ye.. jgn mcm tu ye sayang, sian ibu..

    ReplyDelete
  10. aduh!!!! serba salah kite dibuatnye kan fiza...ye sebab anak2 suasana kat taska tak best...ye laa cikgu pun sure rase something dng kite....takpe laa nak bu at camne kalo kite kat situ mesti kite kawal tak jadi hal2 cakar2 ke gaduh2 nie...ni benda dah jadi...nak marah anak kite pun takleh, budak2 kan bukan paham ape...

    lieya setuju laa tindakan fiza tu...mintak maap ngan parents tu kalo terjumpe pastu make sure kuku qhalif sentiasa pendek....

    ReplyDelete
  11. biasa lah tu, mn2 mak pon akan concern kalo anak dia ada luka...mungkin mak budak tu cume tanya cmne blh jadi kot, bkn nk mrh ke ape..lain lah kalo kecederaan yg serius sgt..sb anak sy pn kdg2 tu ad jugak mcm luka cakar, tp xpnh tnya pengasuh dia.sbb luka kecik je kn.hehe

    ReplyDelete
  12. Budak2 kan Fiza.. kadang bukan depa sengaja nak cakar kan..mungkin terpegang ke atau apa... tapi ye lah, pasni kita sendiri lah kena sentiasa pastikan kukuk anak pendek... harapnya ustaz Qhalif tak buat lagi... budak2 biasa lah.. yg parents plak jgn lah panik sgt kan... selagi boleh pantau, kita pantau lah... :)

    ReplyDelete
  13. aduiiii paham sgt perasaan ko nok...harap bersabar la ye...budak2 mmng la mcm tu ye dak...nak mmbesar.....dhla duk ramai2 camtu kan...

    ReplyDelete
  14. fiza, aqish kena pernah kena cakar berparut kat pipi
    tak tercakap masa tgk sebab rasa macam cacat dah pipi

    pernah jugak kena gigit

    tapi bdk2 kecik mana tau apa....so tak ambik hati sgt :)

    ReplyDelete
  15. kalau saya pun mungkin susah hati jugak bila ank kita cakar orang.takut orang kata kita tak jaga anak la,takut orang kata anak kita ganas la..rasanya mak pak budak tu pun risau sebab dia rasa itu kesan yang dia nampak.mungkin bagi dia sebelum ni anak kita ada buat anak dia tapi tak nampak kesan...bila dah berksan kat muka macam tu baru dia tersedar atau perasan sendiri yang anak dia memang selama ni ada orang buat wlaaupun sebenarnya itu lah pertma kali orang berkasar dengan anak dia...

    saya pernah jugak anak bercalar muka orang buat.jadi itu lah yang saya rasa.sebab tu saya gelabah jugak dan jumpa ciikgu sekolah.bukan niat nak marah cuma kita nak tahu cemana benda tu jadi supaya tak berulang.sebab budak2 ni kalau ada orang berkasar dengan dia mula la tak nak ke sekolah.

    ReplyDelete
  16. Kakak rasa mesti ada sebab adik jadi macam tak nak duduk nursery.
    Budak tak pandai menipu. Tak pandai luah dgn kata-kata dia tunjuk dgn perlakuan
    Harap-harap semuanya baik-baik.

    ReplyDelete
  17. kata pon budak... kena la tolerate... kot berdarah tu, mmg akan kecoh cuma skng ni takat cakar tu, mmg tutup mata jer

    ReplyDelete
  18. anak aku luth yg kecil tu pun suka main cakar2 ni..lagi2 muka orng.. dah memang gitu perangai budak.. aku harap x terrruk sgtlah budk yg kena cakar tu.. kalau jumpa parent dia..rsa nk minta maaf juga kan..
    kuku budk ni memng tajam nipis mmeng bergarislah kena cakar sikit pun.. kalau br potong lg tajam

    ReplyDelete
  19. mmg x marah anak dicakar, tp kalau teruk mestilah rasa cam marah ... ala qaleef ke yg mencakar .. haahkan kat nursery x blh nak potongkan ke.. ermmm apa slhnya potongkan ... tidaklah pedas telinga ni mendgrkan sindiran...

    ReplyDelete
  20. Dia nak bergurau tu tapi tak tahu yg perbuatan tu salah.. Tak pelah, nak buat mcm mana.. dah cakar dah hehee.. :D

    ReplyDelete
  21. amboi, tu pun nak tak boleh... lebam2 ke adik cakar member adik tu? hikhik

    ReplyDelete
  22. sabar ye fiza..
    biasalah qalif tgh mbesar tu..
    budak2..kita xleh nk kata apa sgt kan..
    insyallah nanti dia dh x cakar..
    mybe dia geram n bgurau time tu

    ReplyDelete
  23. Hehehe.. ciannya kt budak2 yg kena cakaran qhalif.. garang jugak yer qhalif nie.. =D

    ReplyDelete
  24. kita jumpa mak bapak budka tu dan minta maaf bagi pihak anak kita.slu saya akan buat macam tu. bagi hati ibu bapa reda.kekadang dema memain mmg begtu benda jadi apa budak tahu sangat,

    tapi kita sedara balik rumah budak kena cakar tu akan kena juga marah oleh nak ayah dia walaupun bukan salah anak.klu ibu bapa baik pikir baik2 dema akan ckp elok dekt anak.tapi bagi ibu bapa anak dah kena cam tu iada hak ibu bapa tegas dg anak jangan itu ini bial dkt taska. kesian kanak2 kena cakar.sebahian jiwa kecil mereka kene marah akan bt hati mereka terkongkong utk berinteraksi dg dunia luar.pada hal itu adat berkawan.

    apa setiap anak ada unikcakar skit jer. tak per sama2 kita mujuk anak jgn gaduh lagi :)

    ReplyDelete
  25. nk salahkan siapa pun tak boleh.. mungkin sbb xperasan. lepas ni kena pastikan kuku qhalif tu pendek la. dh biasa main cakar2 tu. hehee

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive