Selamat Hari Malaysia 2014

Tuesday, September 16, 2014


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahanIndonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak danSemenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Sumber: [SINI]
Selamat Menyambut Hari Malaysia semua. Saya bangga jadi rakyat MALAYSIA yang berbilang kaum, Dapat menikmati kehidupan yang Aman dan Harmoni. Bersyukur lah dengan keamanan yang kita kecapi hari ini.

You Might Also Like

17 comments

  1. selamat menyambut hari Malaysia kak.. :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari Malaysia. Semoga kita semua dapat terus kecapi rahmat dan kasih sayang-Nya

    ReplyDelete
  3. selamat bercuti dan selamat hari malaysia..:)

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Malaysia.. Saya anak Malaysia!!!

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut hari Malaysia! :)

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Malaysia Fiza...
    moga penyatuan Sabah, Sarawak & Tanah Semenanjung ini membawa seribu kebaikan..hidup dalam harmoni selamanya...amin! :)

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Malaysia Fiza, thx ada info tentang sejarah penubuhan Malaysia... mase sekolah ade subjek sejarah memain...tak mo belajar....

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Malaysia akak.. bangga jugak jadi rakyat Malaysia..=D

    ReplyDelete
  9. akak juga bangga jadi rakyat Malaysia.. semoga Malaysia terus aman dan yang tak suka Malaysiatu pergilah jauh2...

    ReplyDelete
  10. Semoga Malaysia terus aman & makmur... aamiin.

    ReplyDelete
  11. selamat hari malaysia.. cuti yg best tu

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive