Jelajah Astro Kasih | Ceramah dan Zikir Perdana MAAL HIJRAH

Friday, October 24, 2014

Alhamdulillah....esok seluruh umat islam akan menyambut kedatangan tahun baru hijrah. Begitu pantas masa berlalu. Bersempena dengan kedatangan tahun baru islam ini, aku nak war² kan pada semua, khususnya pada warga² penduduk Johor Bahru bahawa ceramah Maal Hijrah akan berlangsung di sana.


Jelajah Astro Kasih yang di kendalikan oleh Astro mangalu² kan kedatangan anda semua untuk sama² memeriahkan majlis ilmu sempena Maal Hijrah yang bertemakan 'HIJRAH ROHANI'. Program ini akan berlangsung pada 25 Oktober 2014 @ 8.00 malam bertempat di padang SMK Tengku Temenggong Ahmad Kundang Ulu, Ledang, Johor.

Ceramah dan Zikir Perdana Hijrah Rohani ini juga akan di hadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

Antara barisan selebriti yang turut serta adalah:

Pencetus Ummah / Imam Muda / Ustaz

1. Ustaz Kazim Elias
2. Ustaz Haslin Baharim
3. Ustaz Amaluddin
4. Ustaz Zulkifli Hamat
5. IM Hizbur
6. PU Rahmat
7. PU Yeop
8. PU Fakhrul
9. PU Suffian
10. PU Hafiz ·

Artis:

1. Mawi
2. Fizo Omar
3. Iwan Syahman
4. Ayai Ilusi
5. Daqmie
6. Haziq AF
7. Silah KE3

Buat warga Johor dan kawasan yang sewaktu dengan nya, marilah isi masa terluang anda pada malam tahun baru islam dengan menghadiri dan memeriahkan lagi ceramah dan zikir perdana ini. 

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: ”Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang berkeliling di jalan untuk mencari-cari kumpulan orang yang berzikir. Jika mereka telah menemui kumpulan orang yang berzikir kepada Allah, mereka akan berseru: ”Mari, di sini ada yang kamu semua cari.” Majlis mereka ini akan dikerumuni dengan sayap para malaikat hingga ke langit dunia.” [Sumber: SINI]

Note: Besar ganjarannya kalau kita dapat menghadiri majlis ilmu macam ni.


You Might Also Like

11 komen

  1. mudah-mudahan mendapat manfaat bersama :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semoga makin banyak majlis2 sebegini

    ReplyDelete
  3. PU pun ada..mesti best nih..yang paling best ada ustaz kazim elias..idola makcik2 tu..eheheh

    ReplyDelete
  4. jauhnyeeee... tp best kalau ada ustaz kazim

    ReplyDelete
  5. Sayangnya tak dpt ke sana.. program ilmu yg sgt bagus & bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. bagus program2 sebegini kan.. tambah ilmu !

    ReplyDelete
  7. 31 Oct ni ada malam cinta rasul kat putrajaya.. jom pergi sesama nakkk

    ReplyDelete
  8. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat buat semua yang hadir..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive