Kek untuk Anak | Choc Moist Cake Homemade

Friday, October 17, 2014

Kek tak cukup hiasan

Amacam...lulus tak?...ekekeke...Bulan lepas nyer citer. Masa birthday Qahirah haritu. #makbanyakanak ni terasa teringin nak buat kek untuk harijadi anaknya sendiri. Gigih tak gigih lah kan. Kebetulan bahan² dah ada. Cuma nak kena beli butter jer. Balik kerja terus gi cari barang yang tak cukup nak buat kek. Pastu gi beli kek siap² untuk celebrate kat playschool dengan kawan² keesokannya. 

Cube teka mana saya ☺☺

Memalam…tunggu bakal birthday girl tido dulu, barulah si ibu menjalankan projek bakar membakar. Nak surprise katakana. Si anak dara ni plak jenis tido lambat. Sebab kat sekolah dah puas tido. Si cikgu lah citer ni. Nak tergelak aku dengar…”Kak…qahirah kalau tido lama betul. Dari pukul 12.00 pm sampai pukul 4.00 pm. Itu pon kena kejut baru bangun”. Patutlah kat umah ko hari2 tido lewat erk kakak. Pulun tido habis-habisan kat nursery rupanya. Erkkkk…dah nak tersasar plak citer aku nih. Sambungggg…

Pukul 11.00 pm aku start buat kek. Memang aku cari resipi yang simple, mudah dan cepat. Memang terbaik lah sebab tak payah pakai mixer. Jimat tenaga dan masa aku dari nak keluarkan mixer dan nak basuh. Dekat pukul 1.00 am siap suma. Tiba masa nak hias...coklat M&M tak cukup sebab dah kena bedal dek anak². Mana yang sempat di selamatkan jer lah. Janji tak nampak kosong kek tu.

Abam yang over

Birthday girl ni tak tau ibu dia dah buatkan kek khas untuk dia. Untung kamu kakak. Birthday Abam Kimi ngan adik Qhalif haritu ibu tak sempat pon buat. Beli jer. Tapi awak...siap beli kek celebrate kat skolah ngan ibu buat lagi. Tak per...next year ibu buat kek setiap kali birthday anak². Tak payah beli² dah,

Bila suma dah ada, Apalagi...kita keluarkan kek lah. SURPRISE!!! Tanjat birthday girl tengok ada kek. Suka lettew kan. Nanti birthday ibu buat macam ni jugak tau...hehehe...Ibu happy bila tengok anak happy. Rasa seronok dan puas hati dapat buat birthday kek untuk anak. 

Erkkkk...aku ingatkan nak kongsikan resipi Choc Moist kek yang simple ni. Tapi macam dah panjang plak entry ni. Kang panjang² sangat uolls bosan plak. Esok lah aku buat entry resepi yerp. Tapi memang senang ☺☺

Note: Rasa macam nak buat kek harini.


You Might Also Like

27 comments

  1. assalam Fiza..memang gigih ibu buat untuk anak..jam 11 baru mula..mestu la anak seronok sangat kan Fiza

    ReplyDelete
  2. lulusss dgn jayanye...hehehe..

    face reaction birthday girl mesti priceless kan time tuh...;D

    ReplyDelete
  3. cantikk.. aku ingatkan ko beli kek tu.. wpun tak cukup sifat janji anak2 suka.. janji rasa sedap.. :D

    ReplyDelete
  4. wahhh...cantik lah kek tu Fiza .. anak mesti suka & suprise sangat..
    boleh lah share resepi... hehe.. boleh cuba nti bila dah ada mood nak baking..:)

    ReplyDelete
  5. wajib kene share resepi ni..yummyyy
    salam kenalan ya:)

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat kek surprise..happy birthday Kakak! semoga membesar jadi anak yang solehah..

    by the way, kak fiza, blog saya ada masalah sikit, jadi terpaksa tukar link. jemput singgah ye : blognisalpunya.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. teringin nak mkn kek coklat cengini...tp malas buat...apapun hasil air tgn mak mesti anak gumbira...hihi

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya, happy belated birthday qahirah

    ReplyDelete
  9. hebakkkkk la ibu qahirah ni..seriusli amie tak pernah wat kek..rasa macam kagum betui dgn org yg wat kek canggih2 ni

    ReplyDelete
  10. ok je ni..
    lya suka simple mcm ni...
    yumms..sedapnnya tgk coklat penuh atas kek..

    birthday girl hujung sekali sbelah kiri kan?

    ReplyDelete
  11. Hiasan soletan cokelat tu dah cukup meliurkan dah.. nampak sangat sedap xD
    Sanah Helwah (Happy Birthday) buat anak.. semoga menjadi seorang yg solehah ^^

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum,
    pertama kali singgah di sini..hmm, nampak sedap jer kek tu...

    ReplyDelete
  13. weh cepak cepak buh resepi, bunyi senang jer terus I gatal tangan hahahaha, nampak marveles habis dah.
    eh nursery sana biar jer eh bebudak tidur selama depa nak? Kat sini tak pernah lagi tengok bebudak yang tidur selama tu, hahaha selalu dorang akan pelan2 kejutkan makan2 dan buat aktiviti.

    ReplyDelete
  14. lulus! Fiza
    happy birthday Qahirah
    alhamdulillah, dapat makan kek air tangan ibu :)

    ReplyDelete
  15. Salam Jumaat Fiza..bertuah kakak dapat kek special dari ummi...

    ReplyDelete
  16. rajin nyer ibu!!!tergugat la mama izwa kat sini..

    ReplyDelete
  17. wah nampak sedap sgt tu Fiza, air tangan sendiri untuk anak2 mmg terbaiklah !

    ReplyDelete
  18. kek buat sendirik???
    kagumnyeeeee!
    kena belajar buat kek jugak nampaknye..:)

    ReplyDelete
  19. untungla dapat mak yang buat kek untuk anak..hehehe =)

    ReplyDelete
  20. Salam. Hee sungguh meriah menyambut harijadi.

    ReplyDelete
  21. Macam sedap jer macam best jer hehe

    ReplyDelete
  22. Kalau dah azam tahun baru tu rajin nak buat kek (untuk birthday anak-anak) sudilah kiranya taja kek kawan-kawan juga. Eh, my birthday Jun 29 *tetiba jek*

    ReplyDelete
  23. comelnya kek dan qahirah seronok.. hehee.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive