PARENTING | TIPS/ADAB Membangunkan ANAK dari Tidur!!!

Thursday, October 16, 2014


Nak kejutkan anak pon ada adabnya juga tau. Bukan main sergah jer. Kalau sebelum ni kita belajar TIPS| Anak Mudah Bangun Pagi. Macam biasa, sharing is caring kali ni aku nak berkongsi tips atau adab² macam mana nak bangun kan anak waktu pagi. Boleh juga di aplikasikan untuk semua lapisan umur yerp. Perkongsian dari Usrati di IKIM.fm. Tapi aku tak sempat nak salin. Kebetulan ada yang kongsikan dalam group WhatsApp. Bagus sangat lah tu. Meh baca nih.

Sebelum kita nak kejutkan anak bangun dari tidur, mulakan dengan Interaksi, kucupan dan doa kerana ianya mustajab sewaktu anak bangun pagi dan ke sekolah. Mungkin ada yang rasa mengucup anak yang sedang tidur itu satu yang tiada manafaat kerana ia bersifat sehala. Mulakan dahulu dengan kucupan kasih sayang kepada anak yang sedang tidur (jangan dilupa isteri yang banyak berjasa juga). Sumber [SINI]. Ok…sambung.

Ada doa yang sangat mudah, cepat, pendek dan senang untuk di amalkan. Doa yang paling bagus ini boleh di amalkan saat kita mengejutkan anak bangun dari tidur dan juga sewaktu menghantar atau menjemput anak dari sekolah atau bila² masa sahaja. Doa nya:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH YA ….. (Sebut nama penuh anak). Mudah sangat kan. Tapi kita selalu terlepas pandang dengan kalimah yang istimewa ini. Kenapa istimewa buat anak²? Cuba fahami maksudnya:

ASSALAM: SEJAHTERA

- Awal2 lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari tersebut. Kita mendoakan kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

WARAHMATULLAH: RAHMAT ALLAH

- Kita mengharapkan Rahmat allah menjadi bekalan untuk anak² kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankah Rahmat allah itu yang sangat² kita harapkan?

WABARAKATUH: BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH

- Kita mendoakan anak² kita diberi berkat oleh allah dalam setiap amalannya, perbuatannya dan apa saja yang berkaitan dengan dirinya. Kita mahukan keberkatan untuknya.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum dengan penuh kasih saying kepada  mereka ketika mengucapkannya. Semoga anak² kita sentiasa sejahtera dalam Rahmat allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Dan juga tips² lain.

1) Jangan sekali-kali sergah anak atau menengking sewaktu mengejutkan mereka. Ini boleh mematikan jiwa mereka. Kita cuma perlu rapatkan diri, body contact, seakrab mungkin dengan anak sejak kecil, biar anak rasa hangat tubuh kita, berlaku energy transfer dan mereka akan sentiasa mengenang dan respek dengan kita. Sumber [SINI]

2) Sentuh hujung ibu jari kaki anak dan goyang perlahan² sambil panggil namanya dengan lembut. Boleh juga garu sket tapak kaki anak tu. Ni mak aku pernah ajar. 

3) Kejut dan sambil tu puji² lah sket. Contohnya: ‘Anak ibu yang baik, yang bijak, yang soleh…bangun sayang’…Haaaaa…gittew lah.

4) Bila anak dah bangun tu, gosok2 lah kepala dia. Cakap dengan lemah lembut soh gi mandi dan bersiap². Puji² lah lagi sebab senang nak bangun pagi. Kita yang dah beso ni pon dah kembang setaman perumahan bila di puji, inikan pulak budak². Mestilah dorang suka kan.

Selamat mencuba semua. Jangan di herdik kalau anak tu tak bangun yerp. Lakukan dengan penuh kesabaran. Peringatan buat diri sendiri juga nih. 

Note: Macam aku, kalau abahnya kejut memang cergas jer bangun. Cer ibunya kejut. Banyak kali kejut baru nak bangun.


You Might Also Like

44 komen

  1. rara pun selalu kalau kejut anak,slow2 gitu,xleh kelam kabut.kesian dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam tu lah nak kejut anak. Lemah lembut ☺

      Delete
  2. anak sebesar twin, mmg kene lembut2... tapi tak sah kalo tak menangis merengek minta nyonyot botol susu pepagi.. nak tukar baju taska je, hurm.. ade masa2 nye twin okey..senyap je tak merengek pun, boleh cuba la tips fiza bg ni..TQ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita emme. Mcm qhalif still BF lagi. Asal bangun jer nak nneenn dulu. Kekadang kita angkat terus masuk keta. Tak sampai hati plak nak kejut ☺

      Delete
  3. hahah setuju lah kita pagi2 en suami kejutkan..kalau ana selalu panggil manja2 ja..cepat dia bangun kadang2 buat lawak2 dulu..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auuwwww...sweet nya en somi kejutkan. Kena manja² baru bangun erk ☺

      Delete
  4. bagus praktikkan ni...nanti senang bangun pagi...

    ReplyDelete
  5. Huhu.. Anak saya pon susah nak bangun.. Kadang-kadang senang jugak bangun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mcm anaksaya jugak. Ada masa bangun sendiri. Ada masa susah nak bangun.

      Delete
  6. TQ sharing Fiza... amat bermanfaat ilmu ni... sllu skrg ni, sy bagi salam kat Pa'e bila dia baru sedar dr tidur tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama² atie. Saya pon kekadang mcm tu gak. Dah bangun baru bagi salam.

      Delete
  7. aku suka belai2 bila kejutkan anak aku.. sbb tak suka nak terpekik terlolong pagi2.. nanti spoil mood budak2..

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yg berguna buat ibu bapa semua.

    ReplyDelete
  9. memang 'ayah' ada kuasa mengejut yang luar biasa kan..panggil nama sekali je terus bukak mata. kalau 'mak' dok keluar masuk bilik pun tak rasa apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn...Heran jugak tau. Panggil sekali jer terus bukak mata. Kalau ibu panggil berat betul mata tu nak bukak tau.

      Delete
  10. fiza, terbaliklah plak...kalau kak mieja....akak kejut cepat jerk bgn, kalau papa yg kejut lg depa tarik selimut.....adehhhhhh.................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekeke...terbalik plak. Kalau ngan saya memang tak jalan kak.

      Delete
  11. Salam. Hee anak emak memang manja dengan emak sebab itu susah emaknya hendak mengejut dari tidur.

    ReplyDelete
  12. TQ share tips ni..
    Sebab anak bujang saya tu, adoiiii..tiap kali kejut pagi nak gi tadika, mesti nangis!!

    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama² doc. Macam anak dara saya jugak. Ada masa bila kejut mesti nangis. Drama queen katakan...hehehe...

      Delete
  13. Anak saya lak bangun sendiri..tak yah kejut.bunyi je jam terus bangun.kadang2 dia kejut ibu dia..hahahha...

    ReplyDelete
  14. Tips yang berguna. Perasan tak bila kita marah baru nak sebut nama anak penuh..hihi

    Rupanya nak kejutkan anak pun kena panggil nama penuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa...betul lah. Saya kalau marah memang akan sebut nama penuh ☺

      Delete
  15. Tq atas perkongsian puan ni.. nti nak cuba dkat anak.. :)

    ReplyDelete
  16. tips yg bagus fiza....dulu lieya mmg ckp "mia mija bangon jom sekolah" tapi sejak bace tips mcm ni kat fb terus tukar dah...mmg mulekan ndgn salam dan sebut name penoh anak....moga2 berkat pagi anak2 kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah lieya. Skang memang mulakan dengan salam setiap pagi nak kejut anak² ☺

      Delete
  17. Tips yang sangat baik semoga boleh menjadi panduan kepada ibu bapa lain...

    ReplyDelete
  18. tq for sharing..

    setuju sgt2.. sebab kt nk kejutkan roh dr tidur kena selembutnya..bru ank x nngis n peel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama² lya. Betul tu. Tak boleh main sergah jer kan.

      Delete
  19. Ohh menarik juga nih.. betul tu, kita sendiri kalau kena sergah utk kejut bangun mesti stress apatah lagi anak2 kecil kan?

    ReplyDelete
  20. vry gd sharing.... KA pun kalau nk bgnkan anak2 siap peluk bagai specially adik hehehe

    ReplyDelete
  21. Thank you, Fiza. I biasanya kalau kejut anak, dengan I sekali landing balik sambil gomol mereka. Memang terbangun ler dah Mommynya dok geletek sana-sini, tarik-tarik hidung, telinga mana je spot yang menggelikan. Tapi tak pernah pulak baca doa yang pendek tu. Senang sungguh. Nanti nak buat juga kat anak-anak mulai esok pagi!

    ReplyDelete
  22. Menarik ni. Boleh diamalkan. Lg2 ank dah nak masuk tadika taun depan

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive