Penyakit KENCING MANIS Jatuh Nombor 2?????

Friday, October 03, 2014

Ha'ah...dah tak champion penyakit Kencing Manis ni sebab dah turun pangkat. Nak tau penyakit apa yang champion skang ni? Meh kita tengok:


Hahahaha...Betul lah tu kan. Ada jer idea dorang ni kan. Tapi beli nasi lemak. Kakak tu pon mengadu pasal suma barang dah naik 20 sen. Gittew lah kesannya. Impact yang sangat besar bila harga minyak start naik. 

Semalam aku gi isi minyak. Tapi isi RM20 jelah. Tak cukup duit *naksebutjugaktu. Kalau sebelum ni minyak dapat 9.524. Tapi bila dah naik ni dapat 8.70 liter jer wei. Banyak jugak tu bagi rakyat marhaen macam aku ni. Gi minum smalam. Order air MILO. RM2.70 skang. Lepas ni gi kedai bawak bekal air siap² jer lah yerp.

Bertabahlah buat semua rakyat Malaysia yerp. Bersyukurlah...Malaysia masih aman *ayat cliche. Tragedi Oktober sungguh ni. Kebetulan plak nak dekat Hari Raya Korban. Memang 'Terkorban' rakyat di buatnya sebab rakyat terpaksa 'Berkorban' dengan kenaikan harga minyak nih. Memang aku minta BR1M lah tahun depan.

Note: Aku rasa syarikat pon kena tengok balik gaji pekerja. Dengan kos sara hidup yang makin tinggi ni. Tapi gaji? Naik tak seberapa. Yang tak dapat kenaikan lagi lah kesian. 



You Might Also Like

18 komen

  1. Apa nak buat noks .... rakyat juga yg terima akibat . Yg kaya terus kaya, yg miskin bertambah miskin ... huhu

    ReplyDelete
  2. huhuhu..speechless..teruskan kehidupan seperti biasa walaupun agak terasa jugak dgn kos sara hidup yg semakin meningkat..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat. Sesuatu untuk kamu di blog KA . TQ http://www.kesumaangsana.blogspot.com/2014/10/re-publish-n3-pendek-tentang-adik-tapi.html

    ReplyDelete
  4. Salam K.Fiza..
    huhu..walaupun cma g keja bawak moto..ttp jugak terasa impaknya..20 tu bernilai!
    huhuhu..cepat betul kedai mknn naikkan harga :(

    ReplyDelete
  5. Penyakit kencing rakyat tu agak serius kak.haha.
    Bila minyak naik, bersedialah untuk barang2 lain naik.huhu.
    Gaji tak jugak naik

    ReplyDelete
  6. aduiiii...makin mahal la semua benda nanti...tu belum lagi dgn GST nya

    ReplyDelete
  7. hhahaahha..skang nie mcm2 bentuk rupe ngan ayat kuau sejak minyal naik..ade je idea..hehe..

    ReplyDelete
  8. mahal nya..air milo pun 2.70 dah ..tambah 2 ringgit lagi dah boleh beli milo sebungkus kat kedai.balik bancuh sendiri...aduhai..semua mahal dah sekarang ni..sabar je la..suara kita bukan siapa2 dengar pun..

    ReplyDelete
  9. Entahlah Fiza kakak nak ketawa atau nak marah sebab rasa geram masih tak hilang lagi dgn kenaikan 20 sen seliter tu...

    ReplyDelete
  10. Nak nanges! Tapi, sy suka entri awak ni. Best sgt!

    ReplyDelete
  11. Syarikat dah patut-patut fikirkan semula tanggagaji untuk pekerja. Gaji maintain sama je tapi harga barang makin menjadi-jadi pulak sekarang ni. Duit RM100 cam dah takda nilai untuk kita mak-mak ni. Minyak naik 20sen semua benda pun akan naik 20 kali ganda daripada nilai 20 sen ni. Argh...stress, stress.... lebih baik blogwalking, tak pakai RON95 pun!

    ReplyDelete
  12. Dia cakap kerajaan tak menaikkan harga minyak, sebaliknya menurunkan subsidi... ayat tak boleh bla btul lah.. :D

    ReplyDelete
  13. bhahahaha takmo komen lelebih gambar tu tapi bahahha kelakar !! CT nye kete dulu full tank rm50 aje skarang dah nearly rm80 !! mcm dah bawak MPV rasanya padahal kete cinonet aje. dahlah iols ni penganggur so income pun nyawa nyawa ikan aje.. sedih betullah T.T

    ReplyDelete
  14. Ermmm malas nk komen akak.. sedeyy..*Ermmm syukurlah Malaysia masih aman....huhuhu

    ReplyDelete
  15. hehehe no komen tu tp satu je, fikirlah hak orang lain kan

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive