Resepi Choc Moist Cake Simple

Friday, October 17, 2014

Kalau semalam tayang gambar Kek untuk Anak | Choc Moist Cake Homemade. Harini resepi dari dapur #makbanyakanak datang lagi untuk berkongsi resepinya pula yerp...hehehe... Siapa yang tak suka resepi yang simple dan mudah kan. Lebih² lagi resepi kek. Yang paling best, ko tak payah susah² nak keluarkan mixer dari kabinet sebab choc moist cake ni tak perlukan mixer. Pakai whisk saja. Kalau uolls terlebih rajin, boleh jer kalau nak pakai. Tak der masalah pon...hahaha...Tapi aku lebih rela pakai whisk. Sambil whisk sambil ko senaman tangan sket. Kasi ketul² muscle kluar. Tapi kena selalu buat kek lah macam ni...ekekeke...

Ok...kita mulakan. Bahan² yang diperlukan adalah:


Bahan A

1 cawan serbuk koko ( Aku pakai Van Houten)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair (Aku pakai Fresh Milk. Pon boleh jugak)
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B 

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C 

1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)


Cara² membuatnya:
  1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika
  2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.
  3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla kedalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.
  4. Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.
  5. Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 190'c selama 40 minit. Tapi ikut pada oven uolls jugak lah. Agak² sudah. 
Bahan² untuk Topping (ganache)

300 gm coklat masakan *dipotong kecil (Pakai cocoe powder pon boleh. Tapi aku campur)  
1 sudu besar susu pekat 
1/2 cawan susu cair (aku pakai fresh milk)
2 sudu besar butter 

Cara²

1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler. 
2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair. 
3. Curahkan ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
4. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Nak makan panas² pon boleh. Ikut selera tekak.

Gambar ulang tayang

Ginilah hasilnya. Jenuh gak nak letak topping ni wei. Selekeh di buatnya. Tapi aku trim bagi nampak cantik sket. Nak topping kat bahagian tepi kek ni yang payah sket. Tak der skill lagi. Ni yang rasa macam nak amik kelas bakery. Abam sayang...boleh taja tak...hehehe...

Note: Dah lama tak buat cheesecake. 

You Might Also Like

33 comments

  1. kemas betul fiza buat toping tu....:)

    ReplyDelete
  2. tgh usha2 ape brg yg xde..hurmmmm..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak fiza, adoyaii terliurnya tengok kak choc moist ni.. nak sket... hihiii sheila tak reti baking laaa. teringin nak cuba, tapi bila sampai kedai hati tak kuat pula. kuikuiiii ;p

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak fiza, adoyaii terliurnya tengok kak choc moist ni.. nak sket... hihiii sheila tak reti baking laaa. teringin nak cuba, tapi bila sampai kedai hati tak kuat pula. kuikuiiii ;p

    ReplyDelete
  5. Ohsem.. simple jer tapi, susu pekat tu yang maleh sikit nak panjang langkah ke kedai asian ni. ok bookmark dulu nnt dah dapat susu pekat kita godek ke sini yer. thanks for the recipe :D

    ReplyDelete
  6. Aku.. kek coklat ni je aku buat jarang x jd

    ReplyDelete
  7. thanks sharing recipe nya fiza
    menjadi kek birthday anaknda
    :)

    ReplyDelete
  8. kek coklat semua orang suka makan kan..sedap dan simple..^_^

    ReplyDelete
  9. mudahnya.. thanx share resepi.. :)

    ReplyDelete
  10. yummy... siap letak M&M ni anak-anak mesti berebut :)

    jemput join >> http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

    ReplyDelete
  11. Nampak kecoklatannya noks......aku je yg malas nak bake2 kek ni tu sebab jarang update pasal kek dalam blog....hehehe

    ReplyDelete
  12. comel sangat cawan2 penyukat tu..warna warni sungguh hihi

    ReplyDelete
  13. Wahh... simple tp menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  14. wah menarik...tq share resepi ek.. :D

    ReplyDelete
  15. Buat memang xpandai....tapi kalau makan, memang no. 1 hehe...

    ReplyDelete
  16. Wahhh sedapp tu ..Buat tuk anak2 ..

    ReplyDelete
  17. wah...akak..chef plak ke...hehe...saya x nak belajar buat...x minat nk makan..boleh ke mcm ni? :)

    ReplyDelete
  18. M&M yang kat atas tu buat I teruja lebih sikit. Rajinnya buat kek alahai. Kita ni dalam 10 tahun, sekali pun tak pernah. Oppsss.... bocor rahsia pulak. Aib oiii...

    ReplyDelete
  19. #makbanyakanak pun rajinnnn.. hri tu nk g yummy, adoiyaiii, jem kemain.. g kat bakeri sblh mohd chan, konon nk cri tepung..pastu jd blur.. dh lama gamaknya x msuk bakeri kan..hahaha

    ReplyDelete
  20. SIL aku buat cake ni pun tak pakai butter.. dia pakai minyak..
    mcm ni pun sedap kannn.. kalau pakai butter rasa lain sikit... sedappp

    ReplyDelete
  21. SIL aku buat cake ni pun tak pakai butter.. dia pakai minyak..
    mcm ni pun sedap kannn.. kalau pakai butter rasa lain sikit... sedappp

    ReplyDelete
  22. Bookmark. Nak try guna resipi ni pulak. Hehe. Sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  23. nak deco ni kena ada peralatan lengkap kot, baru senang nak buat yg tepi2 tu.

    ReplyDelete
  24. sedapnya... terliur dh ni tgk moist tu..

    ReplyDelete
  25. macma mudha jer nak buatlah heee

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive