BANGKITLAH!!!

Friday, November 21, 2014

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula 
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula 
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua 
Sakit pada luka kan pulih semula 
Bangkit!!

Salam jumaat yang indah. Harini nak share perkongsian dari rancangan Semanis Kurma last week. Yang topiknya pada haritu ada lah BANGKIT. Baru hari ni sempat nak karang entry. Buat mereka² yang sedang di uji, meh baca perkongsian ni.

Sesungguhnya perancangan allah itu indah. Ketika kita sedih dia datangkan bahagia. Ketika kita menangis, dia datangkan senyuman. Ketika kita di uji, dia datangkan hikmah.


Dalam hidup kita ni, kita seringkali mengeluh. 'Penatlah…tak laratlah…sampai bila allah nak uji hidup macam ni?' Rupa-rupanya setiap keluhan ini ada jawapan yang indah dari allah di dalam Al-Quran

1)  Ketika kita mengeluh ‘Ya! Allah…susah sangat hidup ini'. Allah jawab.


Inna Ma’al ‘Usri Yusra
Sesungguhnya di sebalik kesusahan itu ada kesenangan.

2) Ketika kita mengeluh Apa sabar2 ni. Ingat senang ke nak sabar?. Allah menjawab.


"Innallaha ma’as sobirin"
Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. Allah sayang orang2 yang sabar ni

3)  Bila kita mengeluh ‘Aduhhh…penatnya..letihnya..tak laratnya’. Allah menjawab.

"Wa ja`alna naumakum subata"
Dan kami menjadikan tidurmu sebagai istirehat. Bila kita bangun ke esok kannya, kita jadi lebih bersemangat.

4) Bila lita mengadu ‘Ya! Allah…serabutnya kepala otak ni. Stressnya’. Allah menjawab.

"Ala bizikrillahi tatmainnul qulub"
Ingat kepada allah, akan ada ketenangan jiwa.

5) Bila kita mengadu dan mengeluh ‘Ya! Allah..beratnya dugaan ini. Dah tak boleh nak tanggung dah dugaan yang allah berikan pada aku ya! Allah'. Allah jawab.


“Layukallifullahu nafsan illa wus’aha”
Allah tidak memberatkan/membebani seseorang melainkan ada kemampuannya.

6) Kita mengeluh juga ‘Sedihnya, tak seronoknya, frustnya, kecewa dalam hidup. Dukacita sungguh² ni'. Allah jawab.


"La tahzan innallaha ma’ana"
Jangan berdukacita. Sesungguhnya allah bersama² kita.

7) Kita mengeluh ‘Bila kita susah. Minta tolong kat sapa2 pon tapi semua tak nak tolong’. Mengeluh lagi ‘Dulu senang orang datang kat kita, Bula dah susah? Ya! Allah…tak der sapa nak tolong'. Rupa² nya allah menjawab keluhan kita. Begitu cantik sekali.

"Ud’uni astajib lakum"
Berdoalah kepadaku, Aku akan kabulkan doa engkau.

Di samping kita berusaha, teruskan berdoa kepada allah SWT kerana setiap doa yang kita pohon kepada allah semuanya allah mustajab yakni allah bagi kabulkan sama ada cepat atau pon lambat. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba² nya. Kadang² allah nak simpan ganjarannya di hari akhirat nanti biar kita istirehat di dalam syurga yang kekal abadi.

Doa supaya ada ketahanan hidup, ada istiqomah, komitmen dan untuk kita bangkit dari kegagalan. Doa nya adalah dari surah Al-Baqarah ayat 286:


Amalkan selepas solat 5 waktu. Inshaa’allah kita ada kekuatan. Kita bangkit dari kegagalan. Bangkit dari kekecewaan untuk kita jadi lebih hebat lagi.

Note: Hidup tanpa ujian, kita tak akan kenal erti KETABAHAN. Hidup tanpa dugaan, kita tak akan kenal erti KESABARAN.


You Might Also Like

7 comments

  1. terima kasih bnyk fiza atas perkongsian ini...sgt mendalam bagi aku.

    ReplyDelete
  2. banyak kata-kata motivasi yang boleh dijadikan panduan...terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Untuk bangkit, kita perlu yakin pada kuasa-Nya. Cuba lalui hari tanpa keluhan tetapi penuh harapan yg hanya disandarkan pada Allah :)

    ReplyDelete
  4. mengecap sesuatu kejayaan bukan seperti naik lif. Tekan butang terus naik. Tidak.. Nak mengecap kejayaan pastinya ada pelbagai rintangan, masalah, seterusnya barulah kejayaan dapat dipegang.. Bukan senang nak senang.. Perlu ada usaha berterusan..

    ReplyDelete
  5. teringat semanis kurma dua minggu lepas.. tak silap topiknya pasal bangkit..

    ReplyDelete
  6. TQ berkongsi ilmu..
    Insya Allah, akan amalkan secara istiqomah ayat 286 Surah Al Baqarah itu

    ReplyDelete
  7. Terima kasih berkongsi ilmu. Hidup penuh dugaanlah baru best. Barulah kita menghargai kehidupan yang ada...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive