Emergency Lane pon Boleh!!!!

Monday, November 17, 2014

Serious...Aku paling menyampah dengan orang yang suka suki potong barisan. Suka suki potong tak bagi signal. Dan suka suki pakai emergency lane tanpa sebab. Macam ni:

Sebelum bersangka buruk, nak bagitau dulu. Jalan sesak tak bergerak masa gambar ni di captured ok. Bukan sambil memandu sambil amik gambar yerp.

Come on lah....orang lain pon nak balik jugak. Bukan ko sorang jer wei. Ko lagi buat jalan tambah sesak. Kebetulan ada ambulance nak lalu. Tak ke menyusahkan pemandu ambulance? Tak kan tak tau apa fungsi Emergency Lane tu? Meh nak sekolah kan balik.

Adakah anda tahu apakah fungsi Lane Kecemasan di jalan raya?

1) Ia bertujuan untuk digunakan hanya oleh kenderaan kecemasan, iaitu Ambulans, Bomba dan Polis Trafik, apabila perlu.

2) Menghentikan atau Memandu di lorong kecemasan hanya dibenarkan dalam hal 'kecemasan mutlak'.

Ia adalah sangat berbahaya untuk meninggalkan kenderaan anda tidak bergerak di lorong kecemasan.

Ia juga akan menjadi penghalang kepada kenderaan kecemasan yang perlu melalui dengan cepat ke destinasi yang dimaksudkan.

Kesedaran dan pematuhan anda amat dihargai. (Sumber [SINI])

Nampak tak? Sila baca betul² dan fahamkan. Tapi aku tau, ramai pemandu kat Malaysia ni yang tak faham bahasa, selfish dan kedekut. Dah bagi signal pon kedekut nak bagi jalan. Lagi kita nak masuk, lagi dia cucuk ke depan. Stress aku pepagi nak masuk laluan kontra lepas tol Sungai Ramal tu. Bukan suka suki kita nak memotong. Dah laluan kontra tu satu lane jer. Acaner tu.

Kalau bercerita pasal memandu ni, memang sehari semalam tak habis. Jalan sesak boleh di katakan hari². Dah lah makan masa, makan minyak plak tu dengan jalan yang sesak. Pastu minyak minta di isi, tak ker makan duit tu. 

Note: Tunggu bebudak cuti sekolah lah baru jalan tak berapa sesak. 


You Might Also Like

38 komen

  1. memang!!bila cakap mentaliti org malaysia ni rendah tak nak mengaku!

    ReplyDelete
  2. jalan tu memang sll sesak, mmg x blh nk buat ape kan? xkan nak kuar umah sblm subuh plak? huhu..sbr je lh kak..sy pon anti dgn org yg guna emergency lane ni

    ReplyDelete
  3. kalau sistem pengangkutan awam tahap superb
    memang akak tak pakai kereta pun takpe.
    tapi tidak di negara kita ni

    ReplyDelete
  4. Typical Malaysian.
    Tu sebab salah satu sebab kenapa saya nak migrate, ialah sebab dah lama sakit hati tgk sikap driver Malaysia. Hahaha

    ReplyDelete
  5. memang boleh bikin panas kan!
    tu pasal Zura lagi sonok pergi keje naik kenderaan awam skrg nih.
    stress bawa kete kat lembah klang nih.. jem memanjang.

    ReplyDelete
  6. Kadang2 memang geram jgkkan tgk diorg senang2 ptg line guna lane emergency tu....tu yg menybbkan jem lagi...

    ReplyDelete
  7. yunkk cantik blog

    lama x singgah kan huhuh

    hurmma atas jalan nie kalau x sabar memang boleh hangin kekekke

    ReplyDelete
  8. ramai yang ambil ringan pasal emergency lane tu..kat malaysia ni, senang cakap..pantang nampak ada 0, kompem cilok..apa yang saya lihat,langgar peraturan tu perkara biasa je..belum kena memang berani, dah terkena nanti..emm..nyesal tak sudah

    ReplyDelete
  9. kite cukup xsuke tau org yg lalu emergency lane nie..benci..kadang pasal dieorg la jalan jammed..mcm dieorg je nak laju..mcm dieorg je nak cepat..grrr!!!..

    ReplyDelete
  10. btul2.. memang selalu bengang ngn org gini...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah so far aida x pernah guna emergency lane di mana2 pun.
    mr.asben pun sgt x suka guna that lane walau apa pun keadaan trafik!
    and tq for reminder ni :)

    ReplyDelete
  12. Masa I belajar memandu dulu takda pun diajar fungsi laluan kecemasan kat tepi kiri nun. Hahaha.... Tapikan sungguh gitu, I tak pernah menyusahkan orang tau. I tau taraf I sebagai pemandu berhemah kat mana tau! Bila memandu ni, memang hati senang sakit tenat tengok perangai pemandu-pemandu yang ada ni. Nak kata lesen beli, tak juga. Nak kata takda lesen langsung, pun tak juga. Tak fahamlah mereka yang selfish macam ni.

    ReplyDelete
  13. semoga diorang sedar nanti and semoga pemandu lain tidak sebegitu.

    iamFyna^^

    ReplyDelete
  14. Kalau kat hway selalu jd gitu bila time jam. Geram..takde sivik tau!

    ReplyDelete
  15. Selalu mmg gitu la... konon dia nak cepat... padahal menyusahkan org... sabar je la..

    ReplyDelete
  16. lagi satu yang geram biler ada yang sesuka hati pancung depan..kita plak yang kena brek emergency..

    ReplyDelete
  17. sejahat2 ku tak pernah lagi guna lorong emergency lane ni.. hahah paling jahat menyelit jer lah.. heheheh

    ReplyDelete
  18. Mmg letih dgn org yg memandu guna emergency lane ni. Banyk kali bila sampai penghujung, kita yg jadi lambat sbb dia org nak selit masuk lane kita pulak.. Tak bagi boleh jadi gaduh tak pasal2 hhmmm...

    ReplyDelete
  19. sama la..saya pun cukup geram dengan pemandu macam ni..pikir diir sendiri je..orang lain pun nak cepat la.bukan dia je..

    ReplyDelete
  20. Apa yg kita boleh buat eh? Mmg mcm tulah attitude driver dlm Msia ni.

    ReplyDelete
  21. serius.. mmg ramai pemandu kat malaysia selfish dan bahang rambang je memandu,., huhu

    ReplyDelete
  22. I angkat tangan surrender bab bab trafik di malaysia ni hihihih.

    ReplyDelete
  23. Masa kat jalan raya....kadang tu lalau kita terlalu berhemah pun ada pulak yang ambil kesempatan...kalau sama2 bertolak ansur rasanya tak adalah kemalangan kot...

    ReplyDelete
  24. kekadang tahu n paham tapi saja buat2 tak paham.bila ikut nafsu...dan tak sabar2 urmmm... salam kenal dari cik sue

    ReplyDelete
  25. Payah nak cakap pasal hal ni selagi adanya manusia yg pentingkan diri sendiri...

    ReplyDelete
  26. paling annoying mase balik raye semua pon nak guna emergency lane. heh? sepak baru tauuu

    ReplyDelete
  27. EL ni sokmo orang buat motong..
    geram betui
    kdg2 rasa nak bom je keta deme guna c4

    ReplyDelete
  28. kannn sakit hati betol pesen yang gini. sebab dorg la yang boleh jammed tu. kalau memasing tau disiplin atas jalan insyaAllah takde kot jadi jammed teruk gini

    ReplyDelete
  29. Sebelum nak maki, sy cakap assalamualaikum dulu ye.. behehehe.. eh..tau xpe.. tak suka betul orang macam tuu.. macam dia sorg je nak cepat.. it happens for me everyday.. lagi laa jalan mrr2 tuu.. dari 3 line boleh jadi 5,6 line.. mencucuk2 tuu 1 hal.. geramm sgt...

    ReplyDelete
  30. Ada juga yang lane kanan masih kosong,dok potong ikut lane kecemasan jugak.
    Kalau ada akta dapat ganjaran bagi report kesalahan kn best jugak.leh pasang video cam dekat kereta.

    ReplyDelete
  31. manusia yang mementingkan diri sendiri
    kalau bab gini
    biasa sangat jumpa
    tak kena pada keluarga sendiri, boleh lah kan

    ReplyDelete
  32. Akak send jer picture nie ke fb Jpj..nnti depa akan ambik tindakan..harI tue ada terbaca pasal nie kalau tak salah.. tapi pastikan plat no keretail boleh nampak bersama kesalahan depa..

    ReplyDelete
  33. betul tu fiza...kadang2 kalau dorang tgk kita driver perempuan lagi la dorang taknak bagi masuk,walapon signal dah bagi, pemandu malaysia ni mmg kurang berhemah

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive