Gardenia Choc Stick

Thursday, November 13, 2014

Segmen bakar membakar dari dapur #makbanyakanak kembali lagi. Resipi yang simple lagi sedap uolls. Dapat ni pon kat FB. Tapi lupa kat group mana satu. Sebab banyak sangat join group resipi dan juga bakar membakar ni.


Ni lah dia projek bakar membakar dari malam tadi membawak ke pagi ni. Membakar roti tu semalam. Tapi biasalah kan, bila #makbanyakanak ni tidurkan anak² dengan dia sekali tidur. Hormon OXYTOCIN dah mula merembes katakan...hahaha...HORMON OXYTOCIN ini adalah hormin yang dirembeskan oleh badan kita semasa menyusu yang membuatkan kita rasa relaxing. Dalam erti kata lain, Oxytocin is the hormone of love which also causes us to relax. Ehhh...dah nak tersasar entry aku ni. Meh kita sambung.

Aku bakar roti dalam pemanggang ajaib yang sememangnya ajaib tu jer. Malas aku nak pakai oven. Lepas dah bakar aku biar dalam tu. sebab anak² dah minta di tidurkan. Jadinya...pagi ni aku panaskan balik roti tu...hahaha...tak senunuh kan. Sebenarnya aku testing jer buat. Sebab ada baki roti yang tak habis lagi. Tak tau lah roti tu dah expired ker belum. Dah hilang tagnya. Aku bedal jer....kahkahkahh...lagi tak senunuh. Nak buat puding roti, bahan² tak cukup. Puas memikir, baru teringat yang aku ada screen capture resipi nih. Yang aku suka suki namakan GARDENIA CHOC STICK.

Bahan² nya macam dalam gambar kat atas tu lah. Cuma uolls POTONG² ROTI TU KECIK². Ikut suka hati lah nak potong mcm mana kan. Nak buat love² pon boleh. BAKAR DALAM PEMANGGANG AJAIB (Api Kecik). BILA DAH RANGUP, SILALAH ANGKAT *nak kena bagitau jugak tu ☺*. PANASKAN COKLAT MASAKAN (Buat kaedah double boil) + BUTTER + SUSU PEKAT (Agak² lah sukatan nya) DAN KACAU SEBATI. BILA DAH SEBATI, LETAK JER ROTI BAKAR DALAM COKLAT TU. PASTU GOLEKKAN DALAM NESTUM. Dah siap untuk di makan.

Rasanya??? Kalau di tanya pada orang yang kuat makan dan suka makan macam aku ni, semuanya sedap. Tolak batu ngan kayu jer...hahaha...Tapi memang sedap wei. krup..krap...krup...krappp...sebab rasanya yang rangup. Terpejam² mata ko sambil makan sebab kesedapannya tu...hahaha...over tau. Tak caya, sila lah buat yerp. 

Note: Balance roti ada lagi tu. Balik ni nak sambung buat. Untuk kudapan anak² ☺


You Might Also Like

31 komen

  1. senang sgt nie..boleh cubeeee..;)

    ReplyDelete
  2. hat nak cair coklet tu ya ampun malas betul.. satgi tak abis mesti kita yg duk calit jilat makan cekelat tu.. pehtu baru fikir gems nanti.. hahaha.. ritu jue buat ganache coklat letak serbuk coklat + susu pekat.. sedap jugak tp manis melecaih.. hahhaha

    ReplyDelete
  3. kecur ailio baca n3 nih lah!
    ahahahaha.. nak cuba jugak lah. memang roti tu kekal rangup eh walaupon dh celop dlm coklat?

    ReplyDelete
  4. sedappkan.. senang pun senang .. tp x sempat² nak buat lg huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. sebagai peminat coklat, sha pun nak try... huwaaaa apa ni pepagi tengok resepi sedap... sobs

    ReplyDelete
  6. gaul dgn coklat masa tgh panas2 tu ke nok?rasa cam nak terai aje..roti selalu tak laku kalo makan cenggitu aje

    ReplyDelete
  7. rajinnya mak banyak anak nie hehheheheh

    fiza, baru tau awak keje dekat dengan SKCJ :)
    ada diskaun tak ? hehhehehe

    ReplyDelete
  8. menarik!!! saya da la penggemar ceklat! nyummy!!! :)
    thanks for the recipe! :)

    ainniah.com

    ReplyDelete
  9. Peh! Aydin mmg minat ni. Klu choc, no. 1. Boleh try!

    ReplyDelete
  10. wah best ni nak nya klu ada belen2 roti tu kan, nanti nak try lah buat

    ReplyDelete
  11. As'salam,new resipi yg kena cuba ni..utk kudapan anak2 yg pstinya amat menyelerakan dan yg penting tidak ada sebarang perisa tambahan.....tq for resipi...

    ReplyDelete
  12. kalo ape2 makan dgn coklat mmg sedap Fiza... leh try dear.. tq 4 da resepi.. heeeee~

    ReplyDelete
  13. sedap ni...kreatif gitu...

    ReplyDelete
  14. salam..singgah sini..

    macam menarik la resepi sempoi nih..
    boleh simpan lelama tak klo dah siap?

    kudap kudap depan tivi pon caree nih..hihi..

    ReplyDelete
  15. kan? kalau yang jenis kaki makan ni.. semua sedap.kalau yang cerewet ni susah sikit yang sedap boleh jadi tak sedap hahahaha

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap... tapi sy selalu failed cair kan coklat masakan.. msti coklat yang sy buat tak sedap huhu sadis... boleh try untuk puteri sorang tu

    ReplyDelete
  17. Alamak lazatnye la hai..ni bkn anak je..maknye sekali ngadap ni

    ReplyDelete
  18. Boleh try!
    Sebab saya baru belikan wife saya pemanggang ajaib tu..hahaha

    ReplyDelete
  19. Menarik resepi ni. Lagi2 kalau boleh guna pemanggang ajaib. Nnt nak cuba juga lah.

    ReplyDelete
  20. umah aida ni sgt selalu ada roti terbiar hingga expired !!!

    ReplyDelete
  21. boleh cuba weekend ni...roti pun ada, nestum ada.tinggal nak kena beli coklat je

    Masalah Kesuburan Penyebab Wanita Sengsara Bila Berhadapan 3 Situasi Sukar

    ReplyDelete
  22. Nice tutorial. Sedap tu sis, boleh la sy try :)
    Salam perkenalan sis. Follow sini #1327
    Jemput singgah : Tieysmilez@blogspot.com

    ReplyDelete
  23. I baca rasa macam manis sesangat tau. Tapi takpa kalau tak cuba memang tak tahulah apa rasanya. Sat-sat I kopipes habis-habisan. Kang silap turun ilmu masakan, lain pulak jadinya!

    ReplyDelete
  24. Wah.. menarik ni... boleh simpan dlm bekas kedap udara ke? Atau hanya boleh bakar n trs mkn?

    ReplyDelete
  25. menarik ni. leh buatkan utk asya jugak

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive