Sultan Arabic and Iranian Restaurant @ Cyberjaya

Wednesday, November 05, 2014


Nak share ngan uolls restaurant Arab kat Cyberjaya ni. Kalau nak ikutkan, memang banyak kedai makanan arab kat Cyberjaya ni selain dari SABA Restaurant. Kebetulan last week bebudak office ni ajak try makan kat Sultan Restauran ni. Maka kita turutkan saja. Lagi pon dah lama tak pekena Nasi Arab.

Sedikit info: We are serving most the middle eastern cusines, which is fully prepared by our professional chiefs .you can enjoy in our restaurant with the Wonderful atmosphere we provide to our customers. We are fully prepared to arrange catering services.Tagline dorang Best Arabic Food In Town. Memang kena sangat sebab makanan kat Sultan ni memang sedap². Dan juga banyak variety food.


Disebabkan dah lama tak makan nasi arab. Aku order Chicken Mandy nih. Tengok kat dalam food menu macam ok lah...tak banyak sangat. Sekali bila dah dapat...hamikkk ko...banyak portion nya. Tapi kan, rasa nasi arab ni memang thorrbaikkk lah. Sedap sangat. Especially sup tu. Sambal tu pon sedap pastu ayam dia lembut sangat. Aku rasa dah makan banyak. Tapi postion tu macam tak surut² plak...hahaha...Memang tak habis wei. Tapau bawak balik. Siap dorang bagi extra sambal for FOC/ Kalau kat tempat lain kena bayar kan. 


Side dish kitorang order PIzza ni. Perghhhhh...sedap jaddah (jaddah = sungguh²). Dapat plak panas². Makan pon dalam keadaan panas². Memang melecur lidah ko...haha...Tapi makan panas² tu lah yang sedap kan. Roti pon lembut. 

Sumber gambar [SINI]

Antara menu² lain. Member order Beef Burger with Cheese. Sedap sebab daging dia lembut and juicy. Pastu member yang lagi sorang tu order Spaghetti Bolognese. Pon sedap jugak. Dah kenapa semuanya sedap ni. Terbayang² kesedapan makanan² kat situ. Nak kena repeat lagi nih.

Apa yang bestnya, harga adalah sangat berpatutan. Boleh di katakan murah lah compared to restaurant arab yang lain. Fruit juice plak ko order satu pon dah cukup untuk berkongsi 2 orang. Sebab mug dia besar. Hiasan and decorasi pon menarik  Bukan tu jer, Sultan Restaurant ni pon ada menyediakan khidmat catering dan juga delivery service. Tapi delivery service m kena order secara banyak kot. Takkan ko order satu makanan pastu nak suruh dorang hantar kat. Rugi jer. Yang penting, restaurant ni bukak 24 jam hokay. Kalau nak try, Ni address nya:

SULTAN RESTAURANT 
No 43-G,
Biz Avenue ,
Neo Cyber,
LINGKARAN CYBER POINT BARAT,
63000 Cyberjaya
SMS:0178801813

Sekian review jalan² cari makan area office dari #makbanyakanak. Tapi serious, memang tak rugi makan kat sini.

Note: Sambil taip sambil terbayang nasi arab ☺


You Might Also Like

16 comments

  1. Hah, yang ni tak terjumpa lagi. Kat belah mana nih? Bukan kat area-area Saba ke? Tapi takpa, soal peta ni serahkan pada laki I yang bijak laksana tu. Jarang sesat. Kalau I sensorang yang drive haruslah sampai ke Johor Bahru sana!

    Eh, macam dah lama tak pekena nasi Arab. Macam teringin-ingin pulak tekak ni bila membaca kisah nasi Arab ni. Portion nasi Arab memanglah besar bersesuaian dengan badan Pak Arab yang bagak-bagak tu. Makanya, I selalu bawa bekas makanan my youngest son dan dengan muka slumber terus tapau bawa balik!

    ReplyDelete
  2. yg kita plak sambil baca sambil terbayang nasi arab tu hihi

    ReplyDelete
  3. mcm nak try jer . cuma satu je masalah saya . saya ni jenis mkn tak byk . tapau je lah jwbnya .

    ReplyDelete
  4. Hmmm...good review ni...boleh cuba..
    Saya cuma pernah makan kat Saba tu aja masa gi Cyberjaya

    ReplyDelete
  5. Sedapnya! Agak jauh dari rumahku tapi tak apa. Boleh terjah!!

    ReplyDelete
  6. cyberjaya memang byk makanan arab ....:)

    ReplyDelete
  7. Rasanya pernah baru2 ni baca review pasal tempat makan nih..

    ReplyDelete
  8. Salam fiza.Thank u for the idea makanan arab ni.I've to a few places for this type of restaurant but this one really look different.Jemput datang blog i .Boleh sharing2 a lot of things.Thanks

    ReplyDelete
  9. tgk pizza tu mmg menggiurkn..grrrr

    ReplyDelete
  10. Tak pernah try makan lagi nasik arab.. Tp orang kata nasi arab mmg portion dia banyak kan? sebab tu badan org arab besar2.. Hehe.. Cyberjaya tak jauh tu.. Nanti boleh cuba2.. ^^,
    RosmizaAliDotCom

    ReplyDelete
  11. Ada 1 restoran nasi arab sebaris dgn saba pun sedap..tp lupa apa nama restoran tuu.
    sultan ni area mana sis..

    ReplyDelete
  12. walla nampak mcm best jugak ni fiza, boleh dicuba nnti !

    ReplyDelete
  13. Alahaiiii lapar la plak... dah la tak makan lagi ni... dan2 rasa kene g makan nasi.. heheh

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive