Bila Sejuk Bertandang

Tuesday, December 30, 2014

Cuaca pagi ni masih mendung.


Hujan dari semalam. Bersambung sampai petang ni. Masih lagi hujan. Seakan tak mau berhenti. Office pon dah terasa semacam sejuknya. Bila sejuk² macam ni, Mulalah mengundang rasa lapar. Tapi tak per, kat office ada biskut. Macam² jenis biskut ada...biskut gula, biskut lemak dan juga biskut kacang. Boleh buat air...milo, teh-o, nescafe tarik. Semua ada. Kalau tak der kudap kudapan, boleh keluar gi kedai kejap.

Tapi fikiran mula terkenangkan mangsa² banjir. Berebut makanan...tak cukup makan...malahan tak makan berhari². Anak² kecil dan bayi yang tak cukup makanan dan susu. Warga² emas yang kurang tenaga. Dalam keadaan cuaca sejuk lagi. Kita enak berselimut diatas timalm yang empuk. Mereka? Ada ker selimut dan tilam? Cukup kah selimut dan tilam? Ya! allah...hebatnya dugaan mereka. 

LANGIT, BERHENTILAH HUJAN
BUMI, TELANLAH AIR
SUNGAI, REDAKAN GANASMU
JALAN, BUKALAH LALUANMU

Bertabahlan buat mangsa² banjir. Semoga terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menghadapi musibah ini. Buat petugas² dan sukarelawan, semoga dipermudahkan semua urusan olehNYA. 

Note: Rumah opahku kat perak pon ta terkecuali. Air naik paras pinggang. 


You Might Also Like

12 komen

  1. sejuk2 ni urat pun sakit..hehehe..saya dah la tak boleh sejuk sangat..sakit kaki..:)

    ReplyDelete
  2. Setiap hari pasti hujan.. paling merisaukan klu waktu2 hujan terperangkap dlm urusan di KL. Risau klu terjebak dgn banjir kilat yg kerap berlaku...

    ReplyDelete
  3. rumah kakak saya di Jerantut pun kena... terputus hubungan dengan dunia luar.. nak menolong tak mampu...

    ReplyDelete
  4. semoga mrk lbh tabah dr yg kita jangkakan ...

    ReplyDelete
  5. Itulah kan... nak makan pun tak berselera mengenangkan nasib mangsa banjir...
    Semoga mereka diberikan kekuatan...

    ReplyDelete
  6. risau boleh tgk keadaan sekarang hujan tak berenti...kalo naik matahari pon mendung jee

    ReplyDelete
  7. Kat sini mentari muncul kembali! Alhamdulillah... Semoga cuaca baik. Bersyukurlah... dan bersama kita hulurkan bantuan kpd yg memerlukan ya!

    ReplyDelete
  8. tinggi tu..sampai pinggang. Moga opah Fiza selamat.

    Dugaan kali ni mmg sgt berat, pastinya ia utk mengangkat darjat bagi mereka yg bersabar dan tetap dijalan tuhan. (sbb dgrnya masih ramai yg tak solat walau dah ditimpa ujian/peringatan gini).

    ReplyDelete
  9. bila suhu sejuk ni semuanye jadik malam. hahahaha

    Doa zura turut mengiringi mangsa2 banjir seluruh malaysia.
    semoga semua tabah hadapi ujian Allah ini.

    ReplyDelete
  10. Negeri2 area utara pun xterkecuali.. kena tenpias hujan berhari2

    ReplyDelete
  11. Sama lah akak..kat ofis even kat rumah pun rasa sejuk beku....huhuhu

    ReplyDelete
  12. sama la tmpat saya ni
    smlam hujan.pagi tadi pon
    cik abe gtau ptg smlm air kat lembah kuala kangsar naik balik

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page