Fenomena New Moon | #PrayforPantaiTimur

Wednesday, December 24, 2014


Sebak tengok berita malam tadi. Dan juga gambar² kat media sosial. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Kesian kat warga² tua, ibu², anak² kecil dan bayi. Cukupkah makanan mereka? Cukup kah makan mereka? Cukupkah pakaian mereka? Cukupkah selimut mereka? Selesa ker di tempat penempatan sementara?


Hampir tenggelam. Gambar dari [FB]. Bangunan SMK Manik Urai yang makin tinggi airnya. Sedih bila baca kat caption gambar tu [DISINI]. Sedih sangat sebab ramai mangsa terdiri dari kanak². 


Ya! allah...Redakanlah bencana yang kami alami. Lindungilah kami semua. Elakkan daripada berlaku bencana² yang lebih besar dari biasa. Kasihanilah kami semua Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah penetu segalanya. Bantulah kami mangsa² bencana alam. Kami bermohon kepadaMu. Engkaulah maha Pengasih lagi maha Penyayang. Makbulkanlah doa kami Ya! allah. Amin ya rabbal'alamin.

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Fenomena ‘New Moon’ iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini. 

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd Anip berkata, keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac. 

“Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena ‘new moon’ yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa. 

“Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. - [UTUSAN ONLINE]

Note: Sama² kita berdoa semoga mangsa² banjir sentiasa di bawah lindunganNYA. #PrayforPantaiTimur


You Might Also Like

18 comments

  1. SEMOGA MEREKA SABAR DAN TABAH.. RASA NAK TERBANG KAT SANA BAWA MAI KL ...

    ReplyDelete
  2. betul tu..kita yang melihat mereka yang mengalaminya...
    semoga banjir reda dan pulih keadaan ini..

    ReplyDelete
  3. sedih sangat tengokkan...moga cepatlah banjir ni pulih,kesian dekat anak2 kecik,tak dapat nak bayangkan kalau kita kat tempat dorang kat sana tu

    ReplyDelete
  4. pernah merasa dugaan rumah banjir ni, mmg sedih tengok brg2 kita diselaputi lumpur. Tapi itulah ujian, sabar & redha.

    sama2 lah kita doa kan utk mereka yg ditimpa ujian banjir ini.

    ReplyDelete
  5. mudah mudahan surutlahbanjir ni kann :)

    ReplyDelete
  6. moga mereka di sana di lindungi....ammiinnnnnn

    ReplyDelete
  7. risau la
    kg anum air dah naik sampai jalan raya

    ReplyDelete
  8. baru perasan semalam my bos ada cakap pasal newmoon.. ingatkan pasal hari cina ke hape.. biasalah org cina kan ada kepercayaan nya..macam halau hantu kann.. rupenye newmoon bulan dekat dgn bumi..baru tauuu

    ReplyDelete
  9. semoga Allah melindungi mereka, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  10. ya allah besar sungguh ujian keatas bumi malaysia kali ni kan.. harapnya mereka bersabar and marilah sama sama kita berdoa buat insan insan disana..

    ReplyDelete
  11. thanks akak berkongsi info
    kuala kangsar pon teruk banjir
    tenggelam area lembah yg bersebelahan sg perak

    ReplyDelete
  12. Sedih tgk update sana sini psl banjir.. semoga mereka tabah hadapi ujian nie.. :(

    ReplyDelete
  13. Pernah alami banjir besar 2007,sampai sekarang kathy trauma. YaAllah,lindungi mereka semua..:'(

    ReplyDelete
  14. doakan semoga air bah segera surut dan semoga semua mangsa segera pulang ke kediaman masing2

    ReplyDelete
  15. kannn
    sedihnya membayangkan keadaan mereka
    memang bencana banjir kali ni
    moga mereka semua tabah

    ReplyDelete
  16. Apa kan daya kita...hanya mampu melihatnya. Doakan kesejahteraan semua mangsa dan kemudahan buat bantuan dan penyelamat tiba.

    ReplyDelete
  17. Moga urusan bantuan untuk mangsa banjir dipermudahkanlah hendakNYA..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive