REVIEW | Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk memang TERBAIK

Wednesday, December 10, 2014


Ok…Setelah melenjan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Kini tiba masanya si pemakai untuk membuat review berkenaan keberkesanan gelang penghalau nyamuk ni terhadap pengguna nya sendiri. Terima Kasih buat Mia Liana  dan juga syarikat X Cube Enterprise kerana memberi peluang untuk mencuba sendiri gelang Bugslock nih. Sebelum tu, mari kita ambil tahu apa itu demam denggi dan statistic ni dulu yerp.

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamukAedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Ini hanya ringkasan. Kalau nak baca lebih lanjut, sila klik [SINI]

Untuk statistiknya pula, Sepanjang minggu ke 47 tahun 2014 dari 16 hingga 22 November, sejumlah 2,400 kes Demam Denggi telah dilaporkan, meningkat 204 kes (9.3%) berbanding dengan minggu sebelumnya iaitu 2,196 kes. Dari Januari hingga 22 November 2014, kumulatif kes Denggi yang dilaporkan di seluruh negara adalah 93,402 kes, meningkat 172% (59,014 kes) berbanding dengan hanya 34,388 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2013. Boleh baca lebih detail kat [SINI]

Nampak tak, kes denggi bukan semakin menurun, tapi semakin meningkat saban tahun. Apa kaitan denggi dengan buglock gelang penghalau nyamuk ni? Haaaa…ni nak berkongsi kisah saya dan anak² yang menggunakan gelang bugslock dan ternyata Bungslock  ni merupakan antara produk anti-nyamuk yang berkesan buat saya dan anak². Kenapa? Sebab saya dan mencubanyanya sendiri.

Posing dengan gelang Bugslock sebelum tidur

Saya menggunakan gelang Bugslock waktu malam ketika anak² hendak tidur. Sebelum tidur memang saya akan sembur dulu ruang tamu dan juga bilik anak² dengan penyembur nyamuk dengan harapan tiada lagi nyamuk yang datang. Tapi berapa lama jer tahan nya kan. Tak lama lepas tu akan kedengaran bunyi nyamuk merayap² kat telinga ni. Siapa yang tak risau kan. Seperti yang saya nyatakan [DISINI] kenapa saya memerlukan gelang Bugslock.

Tapi sejak pakai gelang Bugslock penghalau nyamuk  ni, saya dah jumpa cara mengusir nyamuk yang berkesan dan serasi buat kami sekeluarga tanpa perlu semburan nyamuk lagi. Memang macam tak der dengar bunyi nyamuk plak. Lena anak² tidur. Tak der nak menggaru² macam sebelum ni. Walaupon baunya agak kuat, tapi ianya wangi dan bau yang 100% datangnya dari bahan semulajadi iaitu citronella oil @ Serai Wangi. Mana lagi bagus? Bau semburan nyamuk yang beracun atau bau Serai wangi yang 100% nya semulajadi? Dah tentu serai wangi yang memancarkan aroma dan membuatkan serangga tak tahan dengan baunya kan. Komen anak saya Iman Hakimi ‘Ibu…kita rasa dah tak kena gigit nyamuk lagi lah pakai gelang ni. Best lah ibu’.

Posing dengan gelang Bugslock kat Taman Permainan

Haaaa…tak perlu susah² nak pakai semburan nyamuk yang baunya sangatlah kuat menusuk hidung. Hanya pakai gelang penghalau nyamuk bugslock jer untuk elak kena gigitan nyamuk. Bugslock bukan saja boleh di gunakan di dalam rumah. Malah boleh digunakan semasa berkebun, makan angin dan juga aktivit² luar yang lain. Macam kat playground ni. Jangan tak tau. Saya pon try pakai kat office jugak.


#makbanyakanak posing dengan gelang Bugslock. Kat office ni banyak nyamuk tau. Dari umah sampai ke office di ikutnya #makbanyakanak ni…hehehe…gurau jer. Kawan office ni memang akan sembur dengan penyembur nyamuk yangg tengit baunya tu sebelum mula kan kerja. Bau satu office. Pening rasa kepala. 

Tapi kan, rasa macam magic plak bila pakai gelang Bugslock ni. Dah tak menggaru² dan tak perlu bertepuk tampar lagi. Tak de kelibat nyamuk. Even bau kuat satu office. Tapi baunya wangi semulajadi serai wangi. Memang dah pesan ngan member office ni soh beli gelang Bugslock.

Nak tau tak, kesan semburan nyamuk/serangga ni agak merbahaya buat sesiapa yang mengidap Asma Pesakit asma yang terhidu racun ini boleh mengalami lelah serta merta. Jika kerap kali terhidu racun ini boleh menyebabkan saluran atas pernafasan gatal-gatal, radang kerongkong, rinitis dan berlaku gerakbalas hipersensitiviti. Boleh baca kat [SINI]

Kesimpulannya…kalau tak cuba, kita tak tau keberkesanannya kan. Bugslock gelang penghalau nyamuk bugslock memang merupakan produk anti-nyamuk yang berkesan dan menggunakan 100% bahan semulajadi penting. Tak susah nak menghalau nyamuk ni, hanya pakai gelang bugslock di pergelangan tangan atau di pergelangan kaki merupakan cara mengusir nyamuk dari mendekati kita. Kalau nak elak kena gigitan nyamuk ni, pakailah gelang Bugslock setiap hari. 

Tapi perlu di ingat juga, Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam penularan wabak denggi. Pastikan tiada air yang bertakung terutama di dalam besen air, pasu bunga, bekas plastik dan juga tong² kosong. 

Oh! Ya. Lepas dah pakai gelang Bugslock ni, boleh simpan kembali dalam pek asal sebab ianya jenis plastik yang ber zip. Dan bertahan sehingga 240 jam.

Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 





Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

You Might Also Like

21 komen

  1. terbaik..saya pun suka pakaikan bugslock pada anak2 bila diaorang ketaman.

    ReplyDelete
  2. Memang sangat convenient gelang ni utk pakaikan pada anak-anak.

    ReplyDelete
  3. oo.. berkesan ye bugslock ni. Boleh le saya try nnt.

    ReplyDelete
  4. menang ye aritu?
    nampak menarik, macam nak grab satu juga untuk anak-anak

    ReplyDelete
  5. Menarik produk ni..mudah dan selamat. All the best Fiza.. :)

    ReplyDelete
  6. wahhh review yg sangat menarik akak..mahal ke? berguna nie kalau nk pi travel kan.. mana tahu tempat kita nak pi tue byk nyamuk ke

    ReplyDelete
  7. Ok....sana sini org tgh review benda ni..
    Gelang bawah tu mmg match betul ngan baju hihi

    ReplyDelete
  8. Review yang menarik :). Jom Blogwalking <a href="http://calrasepatrick.blogspot.com/>CalrasePatrick</a>

    ReplyDelete
  9. Review menarik la sis.. All the best..

    ReplyDelete
  10. Owh.. Bagus ni.. Nak try nanti lah

    ReplyDelete
  11. Wah macam best ni... selama ni dok sapu lotion ke anak2 utk halau nyamuk...

    ReplyDelete
  12. bau dia memang best. takde menyengat hidung ke ape ke

    ReplyDelete
  13. yelah musim denggi sana sini kan
    apa nak buat

    bagus gak gelang ni
    bleh kurangkan gigitan nyamuk gitu

    ReplyDelete
  14. tahniah akak sbb menang hadiah ni
    rasanya akak ada menang juga yg sabun ephyra kan.. tahniah :)

    menarik la, saya kt rumah guna kelambu moden je.
    mmg risau sesangat sbb ada anknkecik
    thanks akak berkongsi

    ReplyDelete
  15. Salam, haa sy pun rasa nak beli juga bugslock ni, mmg mudah nak guna..mcm gelang :D
    and ya, racun serangga tu mmg bahaya, cuma b4 ni kite xde option lain so tpakse lah guna..btw, klw nak diy sendiri ubat nyamuk guna serai wangi pun boleh, klik link ini :

    http://lynndamya.blogspot.com/2014/12/cara-buat-ubat-nyamuk-guna-serai-wangi.html

    ReplyDelete
  16. https://www.facebook.com/azzycollections/posts/1355963647851483

    ReplyDelete
  17. selalu pakai sticker je untuk anak.

    sebab bapaknya memang nyamuk tak suka datang.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive