Car Wash Service Pon Dah Naik Harga

Tuesday, February 24, 2015


Dah beberapa bulan Mr. Black ni tak berbasuh. Berhabuk, kusam dan kotor jangan cakaplah. Tahan orang yang memandu ni dengan kereta yang comot khenn...hahaha...Kekangan masa sangat membataskan *alasan. Kalau lah Mr. Black ni boeh bercakap. Mesti dia minta dimandikan, Dah lah kerja kat kawasan site. Parking plak kat tempat panas. Sian Mr. Black ni. Sampai kan tinted tu pon dah menggelembung dan dah mula tercabut. Nampak sangat kepanasan yang melampau. Tu baru kepanasan kat dunia, kat SANA nanti? Sama² muhasabah dir. Erkkkkk...panjang plak melalut #ibutigaanak ni.

Ok...cuti CNY haritu. Iman Hakimi kita export balik kampung. Alaaaaa...kat gombak tu jewr. Sibuk nak duduk ngan maksu kesayangan dia tu. Pagi Khamis hantar, pagi Jumaat dah balik ke rumahku syurgaku. Maka tinggal lah si anak dara qahirah dengan si bongsu Iman Qhalif. Sian kat anak² sebab memerap jer kat umah. Jadinya petang jumaat tu meronda-ronda kat Bangi Gateaway. Sabtu plak bos besar kerja. Erkkkk...apa kau merepek lagi ni...hahaha...

Sabtu tu bawak lah anak soleh ngan solehah tu kluar rumah. Gi basuh keta jer pon. Janji keluar jugak dari umah kan. Sebab mata dah sakit tengok keta tu. Dan sebab ada masa. Tu yang gi basuh. Pergi kat tempat biasa aku cuci kereta. Nasib tak banyak kereta yang nak dibasuh. 

Dah nama pon dah lama tak pergi basuh keta kan. Nampak tempat ni dah upgrade. Tapi benda pertama yang aku nampak. HARGA DAH NAIK. Dari RM10 naik RM3 bersamaan dengan RM13. Banyak jugak tu. Aku kan rakyat marhaen. Suma benda kalau boleh nak cari lagi murah. 

Tapi kenaikan dorang bersesuaian dengan tempat yang dorang dah upgrade. Ada ruang menunggu yang ber air-cond. Siap ada wifi percuma lagi tu. Tak payah minta password sebab dah siap tampal. Jimat sket quota HP aku...hahaha...Keselesaan pengguna diutamakan gittew. Macam ni baru pelanggan tak lari. Tapi tu lah...rasa macam kejap plak dia basuh Mr. Black nih. Tak berapa nak bersih sangat dia vacuum dalam tu. Ker aku yang cerewet???

Macam biasa, lepas keta dah bersih, pesanan penaja itu harus di lontarkan pada anak soleh dan solehah. Sila baca dialog #ibutigaanak denagn anak daranya yang mulut bley tahan macam murai:


IBU: Bukak kasut. Tak nak pijak kusyen tu qhalif. Qahirah...jangan  makan dalam kereta. Kereta dah bersih...dah cantik. Ibu dah basuh kereta ni. Tak nak sepah² lagi.
QAHIRAH: Alaaaa...bukan ibu yang basuh. Orang lain yang basuh
IBU: krikkk...krikkk...krikkkk...*bijak...bijakk.

Terkena aku. betul jugak apa yang dia cakap kan. Ibu cuma hantar kereta untuk dibasuh. Tapi orang lain yang basuh. Dengan budak macam ni, kalau nak bercakap kena betul² susun ayat. Kalau tak macam ni lah. Kita balik yang kena...ppffttt...

Note: Kalau nak jimat, better basuh sendiri kan. Macam aku ni setakat basuh kiri, kanan, depan dan belakang tu bolehlah. Tapi yang belah atas tu? Tak cukup ketinggian nak membasuh. Jadinya...suruh orang basuh jer lah. 

  

You Might Also Like

21 komen

  1. mahalnya... tp car wash dkat rumah pun dah naik harga jugak baru2 ni...

    ReplyDelete
  2. baru nak marah..tp bile naik3 ringgit tuh macam2 dieorg provide kan, so kire worth it la kan..bgs dieorg nie..xde la naikkan rege sesuka hati..at least ade something in return..cust pun xkan mengeluh/merungut..

    ReplyDelete
  3. nak basuh kereta sendiri malas. hahaha :P

    ReplyDelete
  4. haah.. carwash dah mahal.. ritu ada cuci pakai yang ikut mesin je.. sebab malas nak tunggu kan.. hehehe.. kat parit raja RM7 untuk keretakecik.. RM9 untuk keta mpv.. kat kl plak RM6 untuk kereta kecik.. RM8 untuk keta mpv.. pelik jugak.. tengok kedai yg sama.. tp harga kat kampung lg mahal..

    ReplyDelete
  5. klu rege naik bersepadan dgn tmpt yg dah diupgrade ok lagi.. tp x syok plak bila basuh/vakum kejap sgt plak ye..
    maybe naik rege sbb cny tak? cer nnt p cuci lg kat situ, hehe..

    ReplyDelete
  6. macam2 kerenah qahirah sekarang ye...kikikikiki...sekarang semua nak naik harga...tunggu GST 1 april ni...

    ReplyDelete
  7. kalau rm13 tapi dah upgrade bagai, ok lah kot..

    ReplyDelete
  8. suami saya selama yang saya kenal dia memang dia cuci kereta sendiri.lagipun itu salah satu aktiviti yang anak2 paling suka..mak pun kadang2 join sekaki..hahaha..mak dok tepi main buih je..muahhaha

    ReplyDelete
  9. Uish mahal nyee nak cuci kereta sekarang. Kalau macam ni rela berpeluh-peluh basuh dekat rumah. huhuhu

    ReplyDelete
  10. Kadang2 terpaksa juga kan hantar cuci ni

    ReplyDelete
  11. naik RM3? banyak juga naiknya tu..huhu
    harapnya berkilau2 lah mr black lepas kna mandi :)

    ReplyDelete
  12. Kira okay la kalo naik harga tapi kita nampak ada penambahbaikan kat tempat menunggu tu. Agaknya sebab tempat menunggu tu ada ekon yg buat fiza rasa sekejap je dia cuci.

    ReplyDelete
  13. A ah.. carwash bnyk tempat yg dah naik harga.. Klu nak basuh sendiri kena hujung minggulah. Tu pun klu tak da plan nak ke mana2. Saya biasanya plan nak basuh kereta hujung minggu jadi mmg tak basuh la.. :D

    ReplyDelete
  14. Naik ke? Tak perasan mak....lagi pun sebab jarang basuh keta hihi...Yg hantar selalu boss...mak tak kuasa nak hantar weyh!

    ReplyDelete
  15. hahaha sekali dgb ibu terkena. dah beranak mmg penyakit mlas cuci kereta semakin menular kot kan

    ReplyDelete
  16. Semua di GST-kan.. Hehehehe..

    ReplyDelete
  17. hahhaa.. kelakar qahirah ! kesian ibu kena setempek..

    ReplyDelete
  18. Betul2.. dah rm13 dah sekarang harge basuh kete.. huhu.. itu belum gst lagi tu

    ReplyDelete
  19. budak2 skang dah pandai nk kenakan kita balik hehehe

    ReplyDelete
  20. hihi.
    kak mai la tempat saya tapi jauh le.8 hengget
    setakat ada tibi channel astro j la.
    aircond + wifi non hado..

    kalau kat kuala kangsar 4 hengget. just cuci yg guna mesin tu. kalau nk vacum kena tambah lg hihi

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive