Movie Review | The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D

Thursday, March 05, 2015


Are you ready kids "Aye Aye Captain"
I Can't hear you "AYE AYE CAPTAIN"
Ohh...Who lives in a pineapple under the sea
"Spongebob squarepants"

Lagu pon dah layan. Tapi sampi tu jer lah hafalnya...hahaha...Siapa yang tak kenal dengan cartoon SpongeBob SquarePants kan. Every weekend memang anak² akan tengok citer nih termasuklah mak budak ni skali. Even citer berulang pon tetap setia menonton ko. Tak bosan cartoon nya. Sabtu baru² ni aku and family telah dijemput oleh NICKELODEON untuk exclusive preview screening The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D di TGV Cinemas, Sunway Pyramid. Thanks to Nickelodeon and Anusha @ Edelman ☺


Excited jangan cakap lah. Bila bagitau anak² yang kita semua akan tengok filem SpongeBob, memasing dah tak sabar. Siap ucap ‘Terima Kasih Ibu sebab bawak tengok citer SpongeBob”…Alololo…so sweet tau. Ini pengalaman pertama untuk Qahirah dan Qhalif. Kesian kan sebab baru nak bawak nengok wayang. Risau jugak kalau takut ker kan sebab gelap dalam tu. Alhamdulillah…anak ok jer dok dalam panggung wayang.


Ada macam² aktiviti sebelum tayangan bermula. Yang ni aku terlepas pandang. Sebab sampai agak lewat. Acara dorang buat kat dalam panggung wayang. Masuk² jer tengok tengah umumkan nama2 peserta yang dapat bergambar dengan mascot Invincibubble @ SpongeBob. Nak jugak bergambar tapi anak² tak nak. Kusyuk jer nengok mascot tu. Ok….tak nak bebel panjang². Meh baca sinopsis mengenai The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water ☺


The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D | Siapa yang tak kenal dengan Plankton kan. Si kecil yang berwarna hijau yang juga pemilik Chum Bucket. Misinya ada lah untuk mencuri resipi rahsia Krabby Patty dari saingan perniagaan nya iaitu Mr. Krabs, pemilik Krustry Krab.

Di Bandar dasar laut di Bikini Bottom, Krusty Krab telah diserang oleh Plankton dengan makanan2 gergasi yang tujuannya tuntuk mencuri formula. Dalam masa yang sama, Plankton menggunakan dirinya sebagai umpan. Tapi…Plankton yang menjadi umpan itu hanya sebuah robot untuk mengaburi mata Mr. Krabs. Plankton yang sebenar sedang meyusup masuk ke dalam bilik kebal Mr. Krab untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty. Malangnya…SpongBob sempat menangkap Plankton yang sedang mencuri formula tu. Berlaku lah perebutan dan pergelutan antara Plankton dan SpongeBob.

Tetapi….haaaaaa…Formula tu hilang secara tiba². Di sinilah bermulanya hura hara di Bikini Botton. Bekalan Krabby Patty dah habis. Formula rahsia dah hilang. Tanpa formula rahsia, SpongeBob tak boleh nak buat Krabby Patties. Pelanggan dan jadi kemaruk dan merusuh sebab tak dapat makan Krabby Patty dan mereka mula menyalahkan Plankton kerana mencuri formula rahsia yang sebenarnya hilang secara tiba2. Hanya SpongeBon yang percaya Plankton tak bersalah.

Maka bermulalah kerjasama antara Plankton dan SpongeBob untuk mencari kembali formula rahsia yang hilang tiba2. Mereka mencipta mesin masa yang boleh membawa mereka kepada masa sebelum formula rahsia tu hilang. Bermulalah perjalanan mereka merentas masa. Tapi bukan masa sebelum tu, perjalanan mereka jaun ke masa depan si mana mereka bertemu dengan Bubbles, Ikan lumba² yang ajaib yang tugasnya menyelia kosmos. Akhirnya mereka Berjaya mendapatkan semula formula, tapi formula tu adalah palsu.

Haaaaa…Mana perginya formula rahsia tu? Macam mana SpongeBob SquarePants, Patrick Star, Squidward Tentacles, Mr. Krabs dan juga Sandy Cheeks boleh sampai ke daratan sedangkan mereka tak boleh hidup tanpa air kecuali Sancy Ckeeks. Siapa Burger-Bread the Pirate? Kalau nak tau kesudahan citer ni, silalah ke panggung wayang yang berdekatan yerp. Overall citer ni memang best. Bebudak pon enjoy. Termasuklah makpak budak jugak. 

The SpongeBob Movie: Sponge Out Of Water 3D ini akan akan memulakan tayangannya pada 5 March 2015. Untuk movie trailer, boleh tengok kat [SINI]. Untuk info filem, boleh tengok kat [SINI]. Kalau nak tau pasal rancangan² di NICKELODEON, boleh terjah [FB Nickelodeon].


Note: 1st time buat movire review. Selalu buat product review jer ☺

You Might Also Like

23 komen

  1. best ek? anak2 Ayu dah reqest nak gie tengok dah nanti...

    ReplyDelete
  2. kalau ada keluar kayt astro boleh la langgan tengok..serik dah bawak anak2 masuk tengok wayang..Mikhail dia buat macam taman permainan tu..hehehh

    ReplyDelete
  3. menarik.. budak2 laa yang suka tengok movie sebegini..

    ReplyDelete
  4. wah..tahniah fiza, baca review fiza ni macam best je citer spongebob nih

    ReplyDelete
  5. Bawak budak2 tengok ni mesri seronok abis!

    ReplyDelete
  6. alaa lenkali ajak la kite skali hehe

    ReplyDelete
  7. seronoknyaa tengok movie spongebob ^^

    ReplyDelete
  8. Salam. Hee rajinnya mak buat review movie. Yang penting anak anak dan bapak anak anak pun seronok tengok wayang spongebob kann.

    ReplyDelete
  9. bestnya! kalau anak-anak aku pon confirm suka ni

    ReplyDelete
  10. Bestnya noks ... anak2 pun hepi jer :)

    ReplyDelete
  11. usahkan budak2 sukakan spongebob..mak budak pun layan..(akak le tu)

    ReplyDelete
  12. HUH.. BILALAH SAYA DAPAT MELUANGKAN MASA UNTUK MENONTON WAYANG DENGAN ANAK-ANAK..

    ReplyDelete
  13. wah best lahhh ;- budak-budak suka nie ;)
    tunggu cuti sekolah nak bawak budak-budak ni tgk movie kat gsc Melaka

    ReplyDelete
  14. bestnya...aunty pon tak tengok lagi citer spongebob tu:)

    ReplyDelete
  15. Wahh.. boleh layan sekeluarga ni.. best gak.. :)

    ReplyDelete
  16. bestnya dpt pergi event. di samping ibu dpt buat review dpt juga bawa anak anak berhibur..
    tahniah akak ;)

    ReplyDelete
  17. Rasa mcm ada tgk ari tu adik ipar donlod. Agak kelakar juga movie ni. Tapi mmg mengarut la. Hahah.

    ReplyDelete
  18. tak sabar tgu hujng bulan ni.. nak bawa asya tgk citer ni..

    ReplyDelete
  19. sekali sekala tengok kartun pun bes gak

    ReplyDelete
  20. Si Sheldon pemilik Chum Bucket tu memang jahat. Tak padan kecil tapi perangai.... Macam-macam cara dia nak curi resepi Krabby pattieskan....

    I belum tengoklah. Anak-anak pun tak dapat tengok. Rasanya macam nak download free jerk kalau ada ^_^

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive