PARENTS Bekerja, ANAK Siapa Jaga???

Monday, March 02, 2015


Topik menarik kat Ikim.fm pagi ni. Anak² tinggal ngan siapa bila parents pergi kerja? Ini lah dilema ibu berkerjaya macam aku ni. Bukan semua yang berkemampuan nak jadi surirumah even kerjaya surirumah adalah kerjaya yang paling banyak mendapat pahala. Surirumah adalah pekerjaan terbaik didunia. Hidup kat bandar yang seba serbinya mahal memang agak membebankan bagi golongan marhaen macam aku ni. Nak tak nak...terpaksa juga mencari rezeki. Setiap dari kita ALLAH berikan ujian yang berbeza. 

Macam aku, anak² memang hantar kat nursery dari baby sampai lah dah besar ni. Risau jangan cakap lah. Tapi kena tawakal. Letakkan pergantungan padaNYA sepanjang kita bekerja. Alangkan bestnya kalau kat tempat kerja ni ada disediakan khidmat nursery. Boleh jugak jeguk² anak kan. Perbelanjaan untuk ketiga² anak ni pon dah memakan belanja yang besar. Yuran nursery, yuran tadika dan juga yuran transit. Total jer dekat lapanratus sebulan. 

Nak suruh anak duduk sendiri kat rumah? Pernah terfikir juga dikotak pemikiran aku ni sebab kimi dah 8 tahun. Tapi terfikir jer. Tak teringin pon nak buat. Keselamatan anak keutamaan aku. Tapi ada jer parents yang berani tinggalkan anak² kat umah. Seawal usia 6 tahun dah ditinggalkan sendirian kat rumah sementara parents gi bekerja. Tapi kita tak bolah nak salah anggap dengan golongan macam ni. Faktor kewangan mungkin membataskan mereka nak hantar anak kat pengasuh mahupon nursery. Kos hantar anak² kat pengasuh/Nursery pon tersangat lah mahal skang nih.


Baca article ni dan fahamkan betul². Siapa yang tak nak jadi surirumah. Tengok anak membesar depan mata sendiri. Aku yang tiga anak ni pon rasa kehidupan tu mencabar sebab segala² nya memerlukan kos. Apatah lagi yang anak lagi ramai. Nak tak tak kena juga bekerja untuk menambah pendapatan isi rumah. 

Janganlah salahkan kami surirumah yang berkerjaya ni tak bertanggungjawab sebab tak nak jaga anak sendiri. Sanggup upah orang untuk jaga anak. Tak bermakna jika kami bekerja ni kami lalai dengan tanggungjawab terhadap anak². Semua orang inginkan yang terbaik untuk keluarga mereka kan.

Surirumah atau surirumah yang berkerjaya, kita sama² penat. Bezaya...surirumah dapat uruskan anak² dan banyak masa dengan anak². Kami yang berkerjaya ni? Sampai rumah dah pukul 7.00 malam. Anak² tidur pukul 10.00 malam. Berapa jam kami dengan anak²? 

Note: Luahan perasaan dari orang yang nak jadi surirumah sepenuh masa.


You Might Also Like

26 komen

  1. taksa tadika pun kene cari elok-elok kan..pastu letak kat sana doa biar selamat dunia akhirat mase kiter kerja..

    ReplyDelete
  2. nani dulu masa kcik kecik duduk rumah mak cik sebab mak ayah kerja

    ReplyDelete
  3. anta taska..siyesli sedih gak n nk sangat jd surirumah, tgk anak membesar depan mata..tp apakan daya..huhu..

    ReplyDelete
  4. senasib lah kite, kak..
    cuma anak nory pengasuh jaga, sebelah rumah je,

    ReplyDelete
  5. in shaa Allah.. rezki masing-masing
    berserah pada Allah moga anak2 kita dilindungiNya..
    kite yg surirumah ni tak penah pandang hina pada yg berkerjaya sbb masing-masing ada masalah sendiri, kehidupan sendiri.. surirumah sepenuh masa tak semestinya elok sentiasa pun.. mcm kite cakap tadi, rezki masing-masing.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
  6. Ye sis,betul tu. Sebab itu kathu salute pada ibu² yang berkerjaya. Tabah dan tegar.

    ReplyDelete
  7. Saya tinggal anak kat pengasuh sementara saya ke kerja.... itupun mahal gak kosnya.. apatah lagi orang yang ada ramai anak..

    ReplyDelete
  8. Salam Fiza...saya memahaminya huhu

    ReplyDelete
  9. betul3...semua mak2 semua nak jadi surirumah..sbb boleh jaga sendri anak 24/7..tp tuh la, ekonomi skang memaksa utk mak2 nie bekerja tolong suami..

    ReplyDelete
  10. KALAU SAYA MAMPU, SAYA AKAN SURUH ORANG RUMAH BERHENTI KERJA..

    ReplyDelete
  11. faham sgt apa sis rasa....saya pun camtu gak dulu.cuma skrg rezeki memihak pd saya utk jadi suri rumah sepenuh masa dan boleh buat keje dr rumah.Tak senang hati kdg tu pi keje and anak kat taska kan...teringat n kdg2 terbyg mcm2...huhu.semoga anak2 kita dilindungi Allah swt hendaknya.amin...

    ReplyDelete
  12. memang tak tergamak nak tinggalkan anak2 sendirian kat rumah. Even anak2 nak ikut rombongan sekolah/ kem pun aku mcm susah nak lepaskan.. tp itu lain cerita.. sbb dgn event2 mcm tu diorang boleh survive.. kalau disebabkan mcm kita2 ni mak2 yang bekerjaya, mmg susah nak tinggalkan diorang kat rumah.. bahaya & faktor keselamatan tu penting ;)

    ReplyDelete
  13. Betul la..saya setuju...tapi saya tetap kagum dengan wanita2 yang bekerja ni..macam kami tak kerja memang la jaga anak tu bagus,tapi kami boleh rehat ikut time kami..tapi bagi yang bekerja saya kagum sebab dah la kerja lepas tu balik rumah nak uruskan rumah dan anak2 pulak.nak kena layan laki lagi..mau nya jam 12-1 pagi baru tidur kot..kagum,..cemana la boleh larat buat semua tu..

    ReplyDelete
  14. Sis Jm sangat setuju sekiranya ada ibu2 yg ingin menjadi suri rumah sepenuh masa sbb anak2 lebih terjaga

    ReplyDelete
  15. Kakak dengar juga rancangan ini semalam pagi Fiza.
    Terdengar bagaimana seorg ibu yg punya degree berhenti kerja sebab ada anak kembar yg mula sekolah. Tapi betul rezeki sebenarnya ada buat anak-anak cuma kita ni kadang tak sedar.

    Apa yg pasti anak perlu penjagaan sempurna tak kiralah dari ibu-bapa berkerjaya mahupun yg duduk sepenuhnya di rumah.

    ReplyDelete
  16. moga dimudahkan urusan fiza menempuhnya
    dimurahkan rezeki anak-anak sekeluarga
    insha Allah

    ReplyDelete
  17. SAMALAH ENTAH BILA BOLEH PEGANG STATUS TU..... STILL MENGHARAPKAN GREEN LIGHT DARI EN SOMI... ENTAH BILA TAUN PN TAK TAU LA...

    ReplyDelete
  18. Sabar Puan. Setiap perkara ada baik buruknya...

    ReplyDelete
  19. sama la kita fiza...siapa yg x nak jadi surirumah sepenuh masa...tp hidup di bandar semuanya perlu duit...tapi noe anak umur dah 12 tahun pun noe masih hantar rumah org...tak berani nak bagi dia duduk kat rumah sorang2...takuttt

    ReplyDelete
  20. memang kalau boleh nak jaga sendiri anak2 ni tapi tuntutan hidup ni melebihi segala2nya buat masa sekarang,terpaksa membantu suami mencari rezeki kan

    ReplyDelete
  21. in shaa Allah pasti akan dipermudahkan
    mana tau nanti nanti ke depan akak blh bekerja dri rumah pulak.. aamiin

    ReplyDelete
  22. Fiza, i feel you. Kalau ikutkan hati memang la betapa seronoknya dpt jadi surirumah. Mmg selalu dengar surirumah kata, "ingat jadi surirumah ni senang ke? Tak penat ke?". Ye mmg tahu penat jadi surirumah berbanding dgn org yg kerja pejabat. Tapi sepenat2 surirumah, mereka dapat selesaikan tugas-tugas di rumah dengan sempurna dan tepat pada masanya. Kalau yg kerja di ofis ni, siang mmg la relax, tp bila malam dan hujung minggu je, berhempas pulas nak kena setelkan semua kerja rumah yang tak dpt diselesaikan pada hari bekerja tu.

    Saya, kalo husband dapat increase sale lagi RM5000 sebulan, baru saya berani berenti keja. Huhu.

    ReplyDelete
  23. Betullah, Fiza. I pun ada keinginan yang sama. Tapi I ni spesies tak boleh duduk rumah. Macam orang kena sawan, semua jadi bosan nanti. Lebih banyaklah pergaduhan nampak gayanya. Itu, ini semua kena ikut gaya I.... Fengsan ler....

    Kalau ikutkan hati memang nak berhenti kerja jerk tapi at the same time, tak naklah terima 'suapan' dari suami jerk. Macam tak bebas pulak. Bila tengok anak-anak, memang berbelah bahagi kalau tak spend lebih banyak masa dengan mereka. Nasib I ni pun baik, kerja habis pukul 4.30 petang. Laju-laju pecut balik bila teringatkan anak-anak. Makanya banyak jugalah masa bersama mereka. Nasib lebih baik lagi kerana kakak sudi tolong tengok-tengokkan anak-anak. Kalau tidak, mahu I nekad berhenti kerja. Nak hantar nursery, tak tahan mereka nanti I beri do's and don't s untuk anak-anak I....

    ReplyDelete
  24. Doa lah spy dpt jd surirumahsepenuh masa. Dan bertawakkal pd allah. Allah akn cukupkan rezeki bg mrk yg mahu menjaga anak sendiri dan akan memberinya sumber rezeki dr jalan yg tidak disangka2....

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive