AL..EL..MC | Lumrah Ibu Bekerja

Thursday, April 09, 2015


Assalamua'alaikum

Rasa macam dah lama jer tak update. Padahal baru 2 hari. Bila mood blogging up and down. Macam ni lah. Ok...sambung citer. Nak citer pasal cuti ni ha. Semalam terpaksa amik Emergency Leave bila Qhalif tak sihat. Start dari isnin tu badan dia dedar. Lunch time terpaksa balik sebab pengasuh cakap badan dia still dedar. 

Ni lah masalah bila demam on and off. Malam semalam badan dia kembali panas. Tidur pon tak lena. Si ibu apatah lagi kan. Bila anak tak sihat memang ko nak tidur pon tak tenteram. Mengempeng jer lah kerjanya. Nak hantar nursery memang tak sampai hati. Kejam plak rasa sebab anak demam still nak hantar nursery. 

Bila dah jadi ibu yang bekerja ni, banyak benda yang unexpected...yerlah, bila anak demam tiba², takkan nak gi keja gak kan, sanggup ker hantar anak kat nursery lagi bila temperature anak dah cecah 38-40'c...Emergency Leave lah kesudahannya, klo demam anak tak kebah 2-3 hari, 2-3 hari gaklah si ibu ni EL. 

Teringat masa anak² kena Chickenpox. Memula kimi kena. Baik jer si abang, adik² plak kena secara berjemaah. Cuti plak tinggal nyawa² ikan. Nasib lah dapat doctor yang prihatin. Anak yang kena Chickenpox, ibu yang dapat MC. Tapi berapa hari jer yang dapat. Selebihnya kena apply Annual Leave lah. Tapi tu tahun 2013. Skang kalau anak kena CP memang susah doctor nak bagi MC kat si ibu. Ikut pada budi bicara doctor jugak kot. 

Inilah lumrah ibu bekerja, AL..EL..MC..memang takkan terpisah. Lain lah kalau kita ni ada kuasa yang buat kita boleh tau bila anak kita nak sakit. Boleh apply cuti siap² kan. Tapi kuasa tu hanya ada padaNYA. Bukan apa, ada bos² yang jenis tak reti bahasa dan pertikaikan bila kita ni EL sebab nak jaga anak sakit. 

Note: Kejap jer dah khamis.


You Might Also Like

17 komen

  1. moga qhalif cepat sembuh..
    selalu mandikan dia n jerlum ngan air asam jawa..
    demam tambah umur kot ni..
    bertabah ye ibu

    ReplyDelete
  2. huwaaaa..betul..cuti tahunan mmg abis ke anak je kan..hehe..

    esok baru plan nak mc sbb xde sape nak jaga qisya..tp jd ke idok, xpasti lg..hehe

    ReplyDelete
  3. Tertarik dengan entri ni terutama bab yang last tu.kadang bukan setakat bos yang tak faham,yang seperjawatan pun pertikaikan.

    Tentang cuti dah nyawa-nyawa ikan,memang sedihlah sebab cuti tahunan tak banyak mana kan.IbuNoey dulu pun pernah kehabisan cuti sebelum sampai hujung tahun sebab spend cuti untuk jaga anak tak sihat.tapi demi anak-anak,tak kisahlah..

    ReplyDelete
  4. itulah pengorbanan ibu bekerjaya...demi menjaga amanah Allah. Bos yg tak paham tu, tak tau nak kata apa..takde perasaan ke apa.

    ReplyDelete
  5. mmg itu la lumrah bila kiter sebagai ibu bekerja kan/..////

    ReplyDelete
  6. apa boleh buat.. ujian diberi dlm membesarkan anak2.. yg bos2 tak faham tu rasa nyer xde anak lagi kot huhuhuuu.. :P

    ReplyDelete
  7. adat ibu berkerja gitulah fiza...untung juga ada kerja...

    ReplyDelete
  8. Benda 3 tu semua memang tak dapat dipisahkan dengan kita noks ... huhu

    ReplyDelete
  9. Betul tu Fiza....Mmg tu lah mainan ibu yg bekerja. Kerja ofis pulak terbengkalai. Dapat boss ok tak per, tp yelah kita pun paham kerja takkan nak terbengkalai lama .....

    ReplyDelete
  10. Salam. Hee dilema ibu bertugas kerja ;p

    ReplyDelete
  11. betul...tu laa realiti ibu yg bekerja...bos pon mmg kena memahami situasi cenggini

    ReplyDelete
  12. Kan... Ibu dan cuti tak dapt dipisahkan

    ReplyDelete
  13. Setuju tu, Fiza. Memang cuti kita mak-mak berkerjaya ni hanya untuk keluarga sahaja tapi walau apa pun kita tak pernah menyesal pun kena ambil MC ke, AL ke, mahupun EL. Kalau dapat emak yang terlebih prihatin macam I, temperature anak baru nak naik sikit, dah panik-panik dok sms bos kata nak cuti. Tetiba anak okey jerk lepas tu tak jadi demam. Badan panas sebab emak juga yang terlupa nak buka air-cond :)

    ReplyDelete
  14. betul tu kak
    ibu tak kerja pon risau inikan pulak ibu ibu yg bekerja..
    in shaa Allah smga dipermudahkan semuanya nanti.aamiin

    ReplyDelete
  15. pengorbanan mummies2 yang bekerja =)

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page