Pencarian Pelajar Permata Insan 2015

Thursday, April 02, 2015


Berita yang baik, harus di war² kan dan dihebahkan. Seperti tajuk di atas, aku dapat info ni pon dari group WhatsApp. Dan aku rasa ramai yang tak aware dan tak tau pasal Permata Insan nih. Sebab apa tau? Sebab sistem ujiannya dah bermula 1 February 2015. Skang dah pon masuk bulan April kan. 

Untuk kawan² yang ada anak berusia 8 tahun tu, boleh lah mencuba nasib. Jika berjaya, pengajian anak² akan dibiaya olek kerajaan secara percuma sehingga peringkat PhD. Pemilihan peringkat pertama yang dijalankan secara online ini akan berakhir pada 31 Mei 2015. 

Kelayakan Calon

Ujian ini yang dipanggil Ujian UKM 1 adalah satu ujian tapisan IQ berstandard antarabangsa. Semua calon yang layak untuk terpilih ke PERMATA Insan adalah seperti berikut :
  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur 8 tahun dan sedang belajar di TAHUN 2 (darjah 2) Tahap 1 di mana-mana Sekolah Rendah, sama ada Kebangsaan atau Agama di dalam Malaysia.

Apakah itu Ujian UKM 1?

Ujian UKM 1 ini adalah ujian peringkat pertama menerusi pengambilan ujian IQ secara online. Ianya merupakan salah satu proses permulaan dalam pencarian PERMATA Insan bagi kemasukan 2015 ini. Ujian ini akan diberi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 tahun hingga 15 tahun. Terdapat beberapa syarat ketika menjawap soalan saringan ini :
  1. Pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini.
  2. Pelajar  hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini SEKALI sahaja.
  3. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.
 Klik sini untuk mengambil ujian UKM 1http://ukm1.permatapintar.edu.my/
Permata Insan |  merupakan sebuah program yang ditubuh khas di Universiti Sains Islam Malaysia dengan tujuan untuk melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dari awal usia. Falsafah kewujudannya ialah berorientasikan keilmuan Islam yang berasaskan sumber asal iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Fokus utama dalam program yang dirancangkan di bawah akademi ini adalah pembangunan modal insan di kalangan kanak-kanak berumur lapan (8) tahun yang berkebolehan tinggi atau pintar memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasi al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan serta menghubungkaitkannya dengan sains, teknologi, matematik dan sebagainya serta mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam dan mencetuskan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi melalui kesepaduan ilmu aqli dan naqli.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:





You Might Also Like

7 komen

  1. adoyai sayangggnya..anak sy dah djh 3 huhu melepass

    ReplyDelete
  2. tq fiza.
    nak suruh anak2 dara daftar la :)

    ReplyDelete
  3. Bagus ni.. menarik. Thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  4. ada baca gak tentang ni.. klu berjaya suma kos pembelajaran di tanggung kerajaan

    ReplyDelete
  5. Bagus nie akak... Rugi kalau tak grab peluang mcmni...

    ReplyDelete
  6. I baru update profile anak I. Klik-klik aje ada ke patut info anak I tu beragama 'Budhha' dan berbangsa 'India'. Haruslah hangin satu badan Mommynya ni tau....

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page