Reka Zone Playland IOI Mall, Puchong

Thursday, May 07, 2015


Barulah boleh bercerita harini. Semalam HP kehabisam bateri dari pagi. Charger tinggal kat umah. Biasalah...dah lama cuti, lemau plak semalam sampai charger HP pon lupa nak bawak...ppffttt...Macam mana sehari tanpa HP?? Alaaaaa...boleh jer hidup. Tak der masalah pon...hehehe...Ok...sambung citer.

Cuti panjang haritu bawak anak² kat REKA ZONE PLAYLAND ni lah. Kalau dok memerap kat umah rasa kesian plak kat anak², Main...gaduh...menyepah. Tu lah kerjanya. Kalau kita laki bini jer yang memerap tak per jugak...erkkkk...kahkahkah...Jadinya, demi nak hiburkan hati anak², belanja lah ImanQahirahQhalif ke Reka Zone Playland nih. Pepagi dah soh dorang siap. Pergi awal, boleh balik awal kan. 


Ni entrance fees yang perlu di bayar. Jangan lupa bawak socks sekali yerp. Kalau tak bawak, boleh beli kat kaunter tu. Cantik² color socks yang ada sebab aku tak bawak socks. Jadinya kena lah beli. Harga RM5.50 *tak hingat dah. 


Lepas tu, kalau uolls rasa nak shopping tapi tak nak bawak anak² *boleh ker ☺. Atau pon nak dating tanpa gangguan ker, boleh jugak tinggalkan anak² kat sini. Harga seperti yang tertera di gambar yerp. 


Teruja memasing bila masuk sini. Main lah puas². Maklumlah...1st time masuk tempat macam ni. Selalu main kat playground jer. Kesian kan. Tu yang jakun sket bila dapat main dekat indoor playground yang besar macam ni. Siap nak ajak datang lagi tu. Ada rezeki nanti kita datang lagi yer ImanQahirahQhalif.


Antara play area yang ada kat Reka Zone Playland nih. Best jugak lepak sini. Wifi ada. Toilet disediakan kat dalam tu. Memang selesa lah. 


Tolongggggg...saya lemas dalam timbunan bola...hehehe...Cuba cari benda tersembunyi disitu. Alaaaa...dah nampak pon...haha...

Nak masuk sedekad dah kami. My tall, dark and handsome *from my eyes* husband ☺

Eheemmm...ehemmm...Sementara tunggu anak² main, kita wefie dulu lah. Nak ajak wefie dengan laki sendiri pon segan ko. Boleh gittew. Iyerlah...Orang tu tak suka bergambar. Tapi kan...


Erkkkk...Gambar siapa yang banyak nih??...hahaha...Gambar selfie si abah dengan anak sulung jer tak der. Sebab si abang busy main dengan kawan yang dia baru kenal dalam tu. 

I love you, you love me. We are happy family ☺

Last but not least. Bila dah duduk lama² dalam ni bergambar jer lah kerjanya. Jarang nak bergambar sefamily macam ni. Apatah lagi nak wefie somi isteri. Bagi chance lah sekali sekala tepek dalam blog kan. Dekat 3 jam jugak lah lepak kat Reka Zone Playland. Bila ajak balik memasing berat hati nak balik. 

Kalau nak buat birthday party, boleh jugak buat kat sini. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Reka Zone Playland, boleh lawati:

Website: rekazone.com

Note: Kalau ada rezeki lebih, nak bawak dorang gi District 21 plak ☺


You Might Also Like

19 komen

  1. Singgah petang...
    Oh..nie boleh bawak anak² buah ke sini ni... ;)

    ReplyDelete
  2. nmpk menarik.. lg best dr kidz paradise tu..

    ReplyDelete
  3. Waaa... menarik... lepas ni boleh bawak Akiff ke sini... harga pun murahhhh...

    ReplyDelete
  4. penah G sekali....si syawal takmo balik..hahahhahah

    ReplyDelete
  5. bestnyeeeee..mmg tingin nak bawka mek gie tmpt2 gini..xberkesempatan lagi...boleh terjah nie..

    ReplyDelete
  6. Eh ada ke tempat ni.. tak perasan pulak aku haritu..
    lagi pun baya2 anak aku dah tak sesuai main kat sini hehehe

    ReplyDelete
  7. amboiii comelnyee si adik pose kat bawah tuuu....huhu..

    ReplyDelete
  8. Haaaa 1st time tgk gmbr family mcm ni dgn muka semua ready :)

    ReplyDelete
  9. Macam macam dah ada dekat IOI ni :D

    ReplyDelete
  10. Sekali sekala santai dengan family memang sempoi...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah,
    nampak ceria muka anak-anak comel ni..
    muka anak-anak banyak ikut muka daddy dia :)

    ReplyDelete
  12. heheh kalo bebudak ni g tobat tak mau balik.. main sampai peluh2 la..

    ReplyDelete
  13. Menarik juga bersantai sekeluarga kat sini.. anak2 pasti seronok. Semoga berbahagia sekeluarga di dunia dan akhirat ye... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  14. pernah tgk dr luar je... Hehe...tapi besar juga ioi ni..

    ReplyDelete
  15. Wah...menarik juga ni bw ank kan..

    ReplyDelete
  16. Salam. hee sonoknya main main dgn anak dgn bapak anak anak ;p

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page