Sushi King @ Bangi Gateway

Friday, May 08, 2015


Seumur hidup aku. Ini yang pertama *sila baca dalam nada lagu Ukays...hahaha...Pertama kali makan kat Sushi King. Sebelum ni banyak kali en. somi ajak makan. Katanya sedap. Tapi tekak aku kan tekak kampungdotcom. Tak boleh diterima dek tekak dengan sushi nih. Pernah juga try sushi yang ada Jaya Jusco tu. Tapi....tak tertelan sebab bau hanyir seaweed. Kluar balik ko. Buruk betul perangai kan.


Baru² ni En. somi menyuarakan lagi hasrat nak ajak makan kat Sushi King. Katanya bukan sushi jer ada dalam tu. Makanan lain pon ada jugak. Hurrmmmm...fikir panjang jugak. Last² kita setuju jerlah. Maka serombongan lah kami anak beranak gi Sushi King kat Bangi Gateway. Belek² menu dan pilih nak makan apa. Anak² bukan main lagi. Macam qahirah dia nak pernah dating ngan abah dia kat Sushi King berdua *amboi. Tapi si Qhalif ni ha...bukan main teruja tengok sushi tu berpusing². Risau plak aku.


Peri-peri Chicken set pilihan suami. Ada nasi, sup dengan chawanmushi


Mixed Bento pilihan isteri...sedap ☺


Kids set *lupa nama pilihan si anak. Ada chawanmushi jugak

Qahirah ngan Qhalif?? Ibu, abah ngan abang dia punya kan ada. Kongsi sudah. 1st time merasa chawanmushi. Sebelum ni pernah minta resepi kat member blog jugak. Tapi terperap jer. Buatnya tak. Boleh tahan jugak rasanya. 


Sementara tunggu makanan sampai, kita pilih² sushi dulu. Inari...yang ni jer lah yang aku boleh makan. Yang lain tak try pon. Tapi En. somi ada lah makan yang lain jugak. Mana yang ada seaweed memang aku tak boleh telan. Tak tahan bau hanyir nya tu. 

Overall memang ok jugak lah Sushi King pada tekak aku ni. Anak² pon boleh terima. Si kimi pon beriya makan. Next time boleh lah makan kat sini lagi. Bak kata orang...makan sekali, mesti nak makan lagi...hehehe...


Kita wefie dulu sebelum balik. Buat muka cheeky plak dia ☺☺

Note: Kejap jer dah jumaat.









You Might Also Like

19 komen

  1. sesekali makan makanan dari negara lain kan fiza...hehehe...so far ok jerk makan sushi ni..tpi lebih suka pedas...letak lada dia tu..jadi tklah rasa hanyir tu buat tekak jadi loya..

    ReplyDelete
  2. try sakae sushi.. dari segi sushi, rasanya lebih baik lagi.. kalau yg ok lagi katanya sushi tei.. tapi saya tak pernah lagi ke sushi king.. bagi saya tak berapa nak jepun.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. kite suke sushi..nak2 pulak yg raw salmon..sedapppp...kene cuba sekali pasti nak lagi...ewahhhh..ahaha

    ReplyDelete
  4. sedap plk tengok set bento tu. lapar sushi king la pulaaa.... :))

    ReplyDelete
  5. waw sedapnya....lapar perut tgk...

    ReplyDelete
  6. hihi, comel je... akk dgn anak..

    kita belum pernah try mkan sushi .. king ke queen ke. hihi

    ReplyDelete
  7. err..nak ckp malu tapi nak bagitau jugak...tak pernah mkn sushi...*tutupmuka!*

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi masuk sushi king ni. Bukan tekak org jepun katanya .. hehe

    ReplyDelete
  9. teringin nak makna sushi..tp rasa macam tak leh masuk dek tekak

    ReplyDelete
  10. saya pulak satu keluarga tak boleh telan sushi..hahahah...
    tambah2 suami saya..tak garing tak mau..
    makan ayam pun ,kalau ayam rebus2 tu memang tak makan..apa lagi sushi...heheh

    ReplyDelete
  11. Kakak pun tekak kampung juga Fiza tapi seaweed kakak sukalah pulak. Lagi kalau yg ada perisa wasabe macam pedas-pedas gitu sedap pulak kakak rasa:) Itulah citarasa tak sama kan..

    ReplyDelete
  12. samalaaa kak fiza.. tekak kampungdotcom.. heee... xboleh nak telan sushi sushi ni.. sebab mentah kot..

    ReplyDelete
  13. salam ukhwah, erm kak ana pun belum pernah jamah sushi king ni, kena cubalah kan kalau nak tukar selera. :)

    ReplyDelete
  14. Bestnya.. lama tak makan di sushi king ni.. nak pergilah nanti ni.. best.. :)

    ReplyDelete
  15. Suka makanan Jepun tapi hanya bento atau tepanyaki terutama kalau lauk ikan salmon! nyum...nyummm

    ReplyDelete
  16. Selfie dengan perut kekenyangan..hahaha

    ReplyDelete
  17. Suka Sushi king. Yg lain tak pernah masuk. Fiza, saya pulak suka yg banyak seaweed. heheh.

    ReplyDelete
  18. sushi king sedap !! layan sushi kt sini je. hehehe

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive