Breastfeeding Journey | Susahnya nak Wean Off!!!

Wednesday, June 03, 2015


'As difficult as it is for some women to begin breastfeeding, it's even harder for others to say goodbye to nursing. While lifestyle and career demands can make it difficult to breastfeed as long as you would like, don't be surprised if weaning your baby presents even more challenges'

Betul sangat² dengan apa yang diperkatakan nih. Macam mana susahnya nak memulakan proses menyusukan anak. Macam tu jugaklah susahnya nak berhentikan anak dari menyusu badan. Lagi mencabar kot.

Ko nengok lah anak soleh si Qhalif nih. Macam ni lah keadaannya bila aku tak bagi nenen. Macam ni lah dia bila aku buat tak tau bila dia nak nenen dan macam ni lah keadaannya bila aku stop kan nenen tapi dia nak nenen lagi...ppftttt...

Terbaring merengek² atas lantai ni sambil berzikir...'nak nenen...nak nenen...ibu, nak nenen'. Apa yang aku tak letak? Cili sos sudah. Kopi pon sudah. Tapi tak jalan jugak. Rasa macam nak letak perasa cili padi jer. Tapi kang menggelupur sebab pijar cili plak nanti....hahaha...Rasa jer macam nak buat tapi tak perfikir plak nak seksa diri sendiri dengan seksa mulut anak sampai macam tu skali...ngeeee...

Bukan tak saiko. Sambil nenen tu pon aku dah cakap. Tapi ibarat mencurah air didaun keladi gittew. Makin kita nak wean off main galak dia menyusu. Lama dia mengempeng lagi adalah. Especially time nak tido malam. Bangun malam untuk menyusu pon kekadang 2-3 kali jugak lah. Dah macam baby plak ko dik. Offer jugak botol susu. Tak nak. Tapi kalau dah kehausan sangat, baru dia minta botol.

Hurrrmmmm...tak tau lah sampai bila si anak soleh ni nak menyusu. Nak wean off kimi dulu pon lebih kurang macam ni jugak. Tapi kimi dulu [wean off masa umur dia 2 tahun 11 bulan]. Qahirah paling senang. Tetiba tak nak nyusu dah. Qhalif plak skang dah 3 tahun 1 bulan. Masih tiada tanda² nak berhenti menyusu. 


Me and my baby tua. Dah makin moncong mulut tu. Nak ibu bagi adik ker baru nak stop nenen...erkkkk...hahaha...

Note: Kalau ikut cerita mak aku, dalam adik beradik, aku yang paling lama menyusu. Patutlah ☺


You Might Also Like

27 komen

  1. Hehehe.. Kelakar je baca.. Hehe

    ReplyDelete
  2. kalau gini, jawabnya kene bg adik ni... hehhe

    ReplyDelete
  3. lama jugak kan nak berhenti menyusu...kalau bekerja macam mana pulak kan..mesti malam dia merengek nak susu...heheh..masa kakak ipar dlu macam2 dia buat nak hentikan anak dari menyusu badan..

    ReplyDelete
  4. sama la qahirah ngan nayli.. senang je nak wean off.. in shaa Allah, tak lama lagi imam muda pun gitu la jugak.. takes time skettt jek lagi hehe.. dia tak puas nak manja2 lg ngan ibu ni.... :)

    ReplyDelete
  5. alamak, dh blh dpt adik ni..hehe..dia mmg xminum botol eh?? mcm anak sy wean off masa 1y8m..hampir 2bulan gak la sblm tu duk on off..wean off pn sebab nipple melecet, so mmg doc x bg la dia hisap..mula2 tu mmg dia nangis la mlm2 mtk nak susu, tp tahan gak telinga bgn buat susu botol...x lama pn dia mcm tu..x smpi seminggu dia dh blh trm da, x hisap nenen..cme ad tabiat baru nak kne pgg2 nenen baru blh tido.hahaha

    ReplyDelete
  6. kak dulu letak jadam yg pahit tu...ikutkan anak mmg xkan dilepaskannya.

    ReplyDelete
  7. hehe...anak-anak saya pun berhenti sendiri
    ni adik saya, anak dia cukup payah nak berhenti
    padahal adik saya tengah mengandung tu
    camne entah nak buat, dah try macam-macam cara

    ReplyDelete
  8. cili padi..tp sanggup ke calit cili padi kat situ..ayarkk..try letak yg pahit2 pulak..hehehe..

    lamanye anak2 bf..alhamdulillah..si mek tuh 5 6 bulan dh xnk dh..penah sekali try sua, sekali die pandang pelik ngan muke2 pastu geleng2 kepala..hahaha..

    ReplyDelete
  9. Anak dara awak tu sama macam mikhail saya ni la..berenti sendiir..kadang2 saya yang saja2 nak bagi nenen kat dia kalau dia degil dan nakal..hahahh

    ReplyDelete
  10. Hahaha mcam2 gaya dia yer.. i pun tengah nak slow down si Tipah ni, umur baru setahun tapi sebab dah nak ke kita kan.. nak cuba2 bagi minum trhough sippy cup pulak. Jelita dulu senang jer I buh something comot terus dia tak nak.. dirtayyy katanya hahaha.

    ReplyDelete
  11. Hehe.. Like mother like son =)

    ReplyDelete
  12. hahahah ikut mak dia ni, dah besar hero fiza ni

    ReplyDelete
  13. huhuhu...siannnn cik abang ni..cepatla ibu..bagi qhaliff adik ajelaa...

    ReplyDelete
  14. hehehe cer bagi dia adik..sure dia wean off punya ...

    ReplyDelete
  15. Ala... bagi ajelah Fiza selagi belum ada tanda nak ada adik.
    Mestilah tak puas macam kita kalau tak dpt nasi macam mana?

    ReplyDelete
  16. Sian qhaliff sis.. Sedih tgk.

    ReplyDelete
  17. so skrg dah tahu la Qhalif ikut sapa kan...hehehe=)

    ReplyDelete
  18. Kalau ikut cerita arwah mak, saya pun yg paling lama menyusu badan. Sbb anak bongsu kan? Fiza, skrg Luth dah 2 tahun 3 bulan. Pun mmg la ada plan nak wean off. Tapi dlm masa yg sama rasa mcm sedih plak. Mak yg lebih2 rase sedih kekeke. Rasanya kena dpt adik baru kot baru Luth boleh berenti nenen.

    ReplyDelete
  19. anak2 ikut emak ler tu :)
    tak syak lagi dah... hi hi hi...

    ReplyDelete
  20. ada kena mengena ke sis.. ahahaha. dh besaq si bongsu ni :)

    ReplyDelete
  21. alahai..tengok gaya irine pon macam payah jugak nak wean off nanti.. lagi laa dia mengempeng jenis x nak lepas... selagi tak betul2 lena tidur..sedar je tu org tarik..kekeke

    ReplyDelete
  22. Habis tu kalau dah begitu sejarah keluarga emaknya, mana boleh salahkan anak kalau dia tak mahu stop nenen. Hihihi....

    Tak tahulah macamana sebab anak-anak saya pun menyusu badan tak sampai 2 tahun. Lepas tu lebih banyak susu formula sampai membuak-buak badan masing-masing. Tapi si Adik tu dah mula kurang menyusu botol. Dah malu kot tahun depan nak pergi tadika!

    ReplyDelete
  23. fiza....mcm elly ank ke3 ni...mmg dah kena wean off, sbb dah ada baby in tummy..hihi.. tp msa tu dia 2 tahun 5bulan.. lmbt jugak si dini ni wean off, banding dgn abg2 nya... (2 thn 2bln je). elly letakkan asam jawa..lumur ler.. tepek2 kan.. skli bila malam dia nak..dia rasa masam... dia ckp..eyeekkk... n mtk air jek..
    2 hari letak...akhirnya berjya wean off... hihiih...

    ceria2 ke blog elly.. ;)
    GET CLEAN HOMECARE SHAKLEE

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive