PRODUK REVIEW | INSTANT SHAWL BY FIDAFISS

Friday, June 12, 2015


Macam² jenis tudung yang ada dalam pasaran skang ni. Tudung bawal, tudung awning, selendang dan macam² lagi lah. Material pon ada bermacam² jenis jugak. Pilih jer nak tudung yang macam mana dan apa jenis materialnya. Dari yang murah sampai lah yang mahal/ Pilihan di tangan sendiri kan.

Macam saya yang #makbanyakanak ni, tudung instant menjadi pilihan. Tak payah nak lilit² bagai. Terus sarung jer. Jimat masa dan jimat tenaga sebab tak payah memikir macam mana nak lilit tudung. Iyerlah…kita orang pompuan ni urusan rumahtangga suma buat sendiri. Especially kalau nak keluar berjalan. Mana nak mandi kan anak. Nak siapkan anak dan nak siapkan diri sendiri jugak. Begitu jugak lah pepagi kalau nak gi kerja. Kelam kabut dengan nak siapkan breakfast dan juga anak².

Dengan tudung instant shawl yang mudah nak pakai ni memang menyelamatkan keadaan lah. Erkkkk…panjang plak mukadimahnya yerp….hehehe…Bukan apa, ni nak share dengan uolls ni. Yang masih tercari² tudung instant shawl yang cantik, menarik, tertarik dan da’ bom. Boleh survey² tudung dari FIDAFISS ni. Barang baik kena hebah² kan.

Banyak koleksi tudung dari FIDAFISS ni. Dibahagikan kepada 3 jenis iaiti EXQUISITE, BASIC dan juga INSTANT SHAWL. Meh tengok ni:

Yang ni jenis EXQUISITE.

Alana nama tudung diberi. Memang indah tudung Alana nih.

Yang ni plak Crown Raisya. Cantik crown di tudung tu.

Beralih kepada kategori BASIC

Aisya namanya.

Untuk jenis INSTANT SHAWL plak, ini koleksinya.

Premium Lily. Cantik kan.

Rambang mata tengok tudung² dari FIDAFISS ni. Sebab semuanya cantik²

.• Material: Quality Heavy Chiffon Crepe
• Measurement: Front length: 43cm / Back length : 64cm
• Opacity: 30% transparent

Yang ni plak model tak berbayar menggayakan Instant Shawl Premium Lily Deep Spring Purple. Comey tak kak ton…hehehe…Apa yang saya nak komen, memang best sangat Instant shawl premium lily nih. Mudah dan senang nak menggayakan nya. Tak perlu lilit² sebab memang dah dililit siap². Uolls hanya perlu sarung jer. Kalau rasa kosong, tambah jer brooch kat kiri dan kanan bahu tu.

Yang bestnya, Instant Shawl Premium Lily ni material nya sangat lah lembut. Sebab ianya dibuat dari Quality Heavy Chiffon Crepe. Yang penting, labuh menutup dada sebab measurement nya adalah 43 cm untuk panjang bahagian hadapan dan 64 cm untuk panjang bahagian belakang. Tak perlu risau sebab Instant Shawl Premium Lily ni tak jarang.

Memang tak panas kalau pakai. Cantik terletak dan rasa sejuk jer bila pakai even cuaca panas kat luar tu. Yang menariknya, design di bahagain belakang tudung tu. Cantik beropol² gittew. Lain dari instant shawl yang lain sebab FIDAFISS menampilkan kelainan, keunikan, kualiti dan warna² pilihan terbaik dalam menghasilkan design yang ekslusif. 

Instant Shawl Premium Lily ni sesuai dipakai dimana². Nak pergi kerja, kenduri kendara atau pon untuk gi dinner. Matching dengan kemeja, baju kurung, blouse dan jugak t-shirt. Mix and match lah orang cakap.

Oh! Ya. FIDAFISS adalah satu jenama eksklusif yang bukan sahaja mempunyai pelbagai koleksi premium tudung. Tetapi juga menjual pelbagai pakaian muslimah dan blouse. Cantik² tau. Rupanya FIDAFISS ni 5 tahun bertapak dalam industry fesyen muslimah ni. Kalau berminat nak tengok koleksi jenama FIDAFISS ni, boleh terjah kedai mereka di:

FIDAFISS
Lot G22A, Ground Floor
Subang Parade Shopping Centre
Subang Jaya, 47500
Selanngor Darul Ehsan

Operation Hours:
Monday to Sunday
10:00AM to 10:00PM

Kalau tak dapat nak terjah kedai FIDAFISS pon tak per. Boleh jugak beli secara online. Jom tengok di:

WEBSITE: fidafiss.com 
FACEBOOK: https://www.facebook.com/fidafiss 
INSTAGRAM: https://instagram.com/fidafiss/


Last but not least. FIDAFISS sedang menganjurkan contest di Instagram dan juga FB page mereka. Cepat² follow IG @Fidafiss dan juga like FB page nih. Ikut jer instruction yang dah diberi tu. Mana tahu rezeki uolls boleh menang cash voucher bernilai RM100 nih. Jimat dah duit tudung untuk raya akan datang ni. Jangan lupa tau join contest ni ☺☺



You Might Also Like

14 komen

  1. betul tu fiza...senang ..skrang semua bende ade instant kan.....liieya ade gak 2-3 lai shawl instant nie...senang, sarung lilit2 siapppp heheeheheh

    ReplyDelete
  2. suka jugak pakai yang instant sekarang. senang dan cepat. ehhe

    ReplyDelete
  3. hahahaha..OK..OK...
    sesuai utk wife saya, sebab dia pun makbanyakanak!

    ReplyDelete
  4. Sekali dengan inner ke atau asing2..saya berkenan la yang premium lily coco tu..

    ReplyDelete
  5. cantik!
    malangnya aida x pakai shawl.
    skang tgh cari shawl utk anak2 dara nak beraya :)

    ReplyDelete
  6. cantik tudung2 dia..harga pun leh tahan.. tapi saya kalo nak beli yg bwh RM20, tu pun bg saya dah mahal, hahaha..banyak tanggungan, nak beli pun bajet2... hurm... tapi kan sis, tudung yg sis pakai tu, kalo nak cantik, jgn pakai inner yg lekat kat dahi... tak sesuai la nampak... cam gambar header blog tu cantik....

    ReplyDelete
  7. memang tudunv instant menjadi pilihan skrg ni kan fiza, mudah dan cepat

    ReplyDelete
  8. Best juga shawl instant ni tapi tak berapa pandai bergaya dgn tudung shawl ni. Hehe

    ReplyDelete
  9. Seriously, saya belum pernah pakai instant shawl. Memang kecohlah pepagi tu kalau nak berebut segala. Nak lilit tudung lagi. Nak tempek makeup lagi. Adakalanya tak sempat, terus masuk kereta sebab nak hantar anak pergi sekolah. Kang mak sibuk nak melilit tudung, anak lambat masuk sekolah!

    Boleh juga jenguk-jenguk ni. Raya pun dah nak dekat. Eh, kita belum start puasa lagikan! Lupa pulak kena puasa dulu baru boleh shopping raya~_^

    ReplyDelete
  10. menarik la koleksi yang ada.. jap nak pi terjah! =D

    ReplyDelete
  11. nak try jugak la pakai instant shawl ni..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive