Sana Sini Sesak!!!

Monday, July 13, 2015

Makin nak raya makin sesak dibuatnya. Jalan raya sesak. Shopping mall sesak. Kedai bakery pon sesak jugak...ppffttt...Ingatkan bila gi kedai bakery dah hujung² nak raya ni tak der lah sesak sangat. Sekali ramalanku salah belaka. Sesak wei.


Tu lah...awal² tak nak buat kuih. Bila dah nak raya baru nak buat khenn. Biasalah...preparation last minute memang syiok...ppffttt...Nak buat kuih pon ikut mood gak. Mood rajin tak datang lagi. Baru ni ha mood dah naik. Nak masuk Bangi pon dah sesak. Inikan pulak kat area situ, memang sesak.

Sebelum kluar smalam ajak husband gi singgah Yummie Bakery jap. Tak lama pon. Tapi bila masuk jer kedai...perghhhhh...orang dah beratur panjang nak membayar. Yang nak membeli barang pon ramai jugak. Berlaga² punggung dibuatnya. Capai mana yang sempat. Tak sanggup lah haku dok dalam tu. Nak bayar pon amik masa. 

Tak puas hati, gi kedai Makcik Bakery plak. Ok sket lah. Tak sesak macam kat Yummie. Beratur pon tak panjang dan tak lama. Total beli barang² smalam pon boleh tahan jugak wei. Malam ni nak start baking. Si kimi dah sibuk tanya bila ibu nak buat kuih raya. Nak tolong  katanya.

Note: Esok last day kerja.

You Might Also Like

13 comments

  1. Melaka pun boleh tahan sesak jugak..

    ReplyDelete
  2. esok dah cuti? bestnya...
    selamat hari raya my dear!!
    mintak maaf zahir batin ye...

    ReplyDelete
  3. selamat membaking kuih dan kek ya..

    ReplyDelete
  4. saya buat kuih malam ni..InsyaAllah...harap2 dipermudahkan..ekekekk..

    ReplyDelete
  5. Fiza dok mane? gi beli bahan wat kuih kat Yummie Bangi ek... lame dah tak masuk bangi..sbb tak berbuka kat luar...tak beli barang kuih..tak lalu bangi.. selalu alamanda..sjak anak 3 ni..lagi susah nak jalan2..malas la snang, heeee~

    ReplyDelete
  6. Memang sesak sangat sekarang. Kadang kadang nak gi mana mana pun malas

    ReplyDelete
  7. Masih sempat lagi nak buat kuih raya.. dapat 2, 3 balang syukur dah.. ;)

    ReplyDelete
  8. wah kuih apa tu nak buat fiza?
    best nyer...
    tahniah tau. sebab aida ke laut planning nak buat kuih dgn anak2 dara...

    ReplyDelete
  9. kedai Yummie kat bandar baru tu ek ? hehehe.. akak duduk area sana ke ?
    kat belakang lot ni ada kedai barang2 bakeri gak kan ? ritu kazen malas bratur kat Yummie dia
    pi kedai belakang je.. lengang sikit..

    ReplyDelete
  10. untung pndai masakk.. kuih raya bleh buat sndiri.. bkn tak pandai masak tp kurang buat kuih nii.. hahaha

    ReplyDelete
  11. sama la dgn saya kak
    23 ramadan baru terkedek beli barang buat sekut
    pastu memalam berjaga.gigih siapkan sekut raya. hadoi la..

    byk ke akak buat sekut ?

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive