1 Syawal 1436H | Cerita RAYA!!! - Part 2

Tuesday, August 11, 2015

Amboiiii...siap ada part 2 lagi. Tengah rajin nak menulis ni khenn. Haritu tu Cerita RAYA kat umah sendiri ngan umah mak. Tapi harini nak cerita raya kat umah mertua plak. Sebelum solat jumaat tu kami dah bertolak. Ingatkan jalan tak sesak nak ke Rawang. Sekali dah start sesak kat MRR2 tu. Kat situ kalau tak sesak memang tak sah. Punca sesak sebab lori tersadai baru lepas accident. Haishhhhh....Pemandu² kat malaysia  ni, tu pon jakun nak tengok tau.


Layan gambar dulu sebelum sambung cerita. Wefie anak beranak. Macam² memek muka dibuatnya. Sementara tetamu belum datang beraya ni. Kita curi² masa yang ada.

Ok...sambung. Sampai kat Kg Kenanga, Rawang ngam² time azan jumaat. Tengok² mak mertua tengah layan tetamu yang datang. Makanya...kita tolong lah apa yang patut kan. Mak masak rendang daging, nasi himpit dengan kuah kacang. Memang terbaik lah. Sedap sangat sehingga menjilat sudu. 2 kilo tu mak masak rendang dengan kuah kacang. 

Tetamu plak memang tak putus² datang. Balik tetamu ni, tetamu lain pon sampai. Sumanya datang berjemaah beramai². Kat umah mak tu memang 1st raya dah ramai tetamu. Adik beradik, sepupu sepapat memang ramai. Meriah sangat. 


Tetamu pon dah pulang. Mak pon tengah merehatkan diri kat dalam bilik tu. Orang pon tak der kat hall. Tinggal aku sorang jer. Anak² dah hilang kat umah sebelah. Moh ler kita selfie syiok sendiri. Sesungguhnya nikmat kurus tu hanya sementara. Hanya sempat merasa sampai hari raya pertama jer. Masuk hari seterusnya.....Dah mula menampakkan double chin. Jarum penimbang tak bagi kerjasama bila menunjukkan angka yang menaik bukan menurun yerp. 

Motif??? Kenangan kurus di Hari Raya pertama gittew. Lepas ni memang mengembang setaman. Tahun depan baru bley kurus balik...erkkkk...Tapi kan, bley plak terlupa nak bergambar raya dan berselfie dengan mak mertua. Apa punya menantu lah kan. Lepak umah mak mertua sampai raya ketiga. Pagi raya ketiga tu dah balik bangi. Oh! my Home Sweet Home. 

Malam tu plak, balik umah mak/pak mertua kat gombak plak. Erkkk...berapa bannyak mertua daaa...Tu nanti kita story mory morning glory lah yerp. Sambung next entry lagi lah nampak nya yerp. Dah panjang jugak ni ☺

Note: Minggu ni last raya. Kejap jer kan. 


You Might Also Like

17 komen

  1. Selamat hari raya kak.. hehe

    jom makan Omega, ia bantu kawal berat badan.. tk perlu risau kalau makan banyak..hehe

    ReplyDelete
  2. sume pun dok area kl kl je.. sonok la dekat2

    ReplyDelete
  3. aida lagi la, gambo dgn mak mertua takde.
    gambo dgn mak abah sendiri pun takde!

    ReplyDelete
  4. comel jer fiza pkai SS tu.. geram tau.. mcm tak keyakinan pkai inner tingkat2 tu.. huwaaa

    ReplyDelete
  5. kejap jer dah nak habis syawal..
    Berat saya pun rasa naik mencanak lepas raya ni... arrrgh tidak!!!

    ReplyDelete
  6. Panjang kisah raya Fiza nih..dah nak habis raya masih ada entry raya..hehe

    ReplyDelete
  7. Fiza ni biar betul
    Mak mertua mana pulak lagi ni?

    ReplyDelete
  8. Tahun depan nak buat tema raya warna biru lah. Heheh. Cantik :D

    ReplyDelete
  9. samalah kita pija...masa puasa turun 4 kg...lepas raya naik 8kg...huhuhu

    ReplyDelete
  10. ececeeee double chin la pulak... xdanya double chin... duk kecik molek gitu jugak.. hihii

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya.. masih sempat wish ni hihi..


    www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  12. comel di hari raya.
    aii lajunya jarum penimbang tu naik kak.

    ReplyDelete
  13. entri raya saya belum publish pun lagi... hahahhahah lagi haru!!

    ReplyDelete
  14. CT suka tngk orang pakai inner macam akak pakai.. tp diri sndiri tak reti nak pakai ehe..

    ReplyDelete
  15. raya dah habis dah baru ni saya menyinggah...hehe
    boleh lagi tak agaknya nak wish selamat hari raya...hehe

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive