Hi! NOXXA Preasure Cooker

Wednesday, August 26, 2015


Welcome to my kitchen. Please be nice to me hokay...hehehehe...New gadget gittew. Setelah sekian lama terperap dalam kotak. Akhirnya dah selamat di 'pecah dara' kan...wakakaka...Dapat bulan February. Rasmikannya bulan Julai. Berapa lama terperap dalam kotak tu. 

Berkira² jugak nak membelinya. Sebab harga Noxxa Pressure Cooker ni boleh membuntangkan mata gak lah. Beli pon sebab open for kutu Noxxa. Mak kutu dia Jueliza. Asyik tengok dia update pasal masak dalam Noxxa yang super duper cepat tu. Jealous jugak lah rasa sebab rajin sangat memasak...hahaha...Tak boleh jadi nih. Kena rembat gak sebijik. Syukur gak sebab aku beli sebelum GST. Skang ni pitam gak lah nengok harganya. Tapi kalau main kutu tak terasa sangat kot. Boleh rojer Jue kalau nak beli yerp.

Untuk petama kali pakai NPC, aku buat rendang ayam. Tetiba teringin nak merendang masa hari kejadian tu. Siap call and wassup jue lagi tanya cara² nya. Thanks jue. 


Disebabkan keterujaan melampau bila rendang menjadi. Aku lupa nak amik gambar. Ni gambar masa 1st time buat rendang dulu. Dasyat wei. Umur dah 30++ baru tau buat remdang sendiri. Sebelum ni tau makan rendang mak masak jer khenn. Senang rupanya buat rendang erk. Yang best masak dalam NPC ni kan, cepat, mudah dan pantas. Ko tak payah nak kacau² selalu sebab tak melekat rendang dalam tu. Tak sampai sejam kot rendang dah masak. Haishhhh...terliur plak nengok rendang ni.


Menu seterusnya. Buat bihun goreng. Tak hagak². Dalam periuk gak nak diamik gambar. Cer salin dulu dalam pinggan dulu ker kan. Keterujaan katakan. Ko akan teruja bila masakan ko menjadi dalam NPC ni tau....ngeeeee...Tak payah rendam² bihun tu. Basuh² dah terus masuk dalam NPC. Steam dalam 2 minit. Pastikan air mencukupi. Memang cantik kejadiannya. Sekejapan jer siap. 


Mengkambing bakar plak kita. Semuanya homemade. Tak yah makan kat kedai dah lepas ni. Boleh buat sendiri. Jimat kos dan puas hati. Memang lembut jer daging kambing bila masak dalam NPC. Bercerai tulang ngan daging nya. Dasyat tak dasyat lah gambaran yang aku bagi ni. 

Kalau tak percaya, boleh beli NPC dan rasainya sendiri. Perghhhh...ayat. Memang nak soh korang beli pon. Sebab tak rugi kalau beli. Banyak kegunaannya. Orang kata investment yang berbaloi². Kalau ada anak² kecik, boleh masak bubur dalam ni. Memang kejap jer siap. Yang ni aku tak try buat lagi. Tunggu kerajinan tu datang. Kek dan kuih muih pon aku tak try buat lagi dalam NPC ni. Tak tau bila nak try nya. 

Sekian entry review Noxxa Pressure Cooker dari #ibu3anak. Insya'allah...nanti aku sharing resipi dan cara nak masak dalam NPC ni yerp.

Note: Beratur panjang kat ATM machine smalam. Online banking pon busy gak. Hari gaji lepas sebulan tak dapat gaji katakan ☺


You Might Also Like

26 komen

  1. awk..pless buat entry tutorial guna periuk ni..aduyai..mak sy bli periuk ni dah bertaun kt Amway tp smpi skng xgune sbb xreti guna..hahaha....

    ReplyDelete
  2. ingt masa budak2 dpt pensil kaler baru2.. kaler habis2 sapa patah kaler..
    untunglah beli periuk kenyang sekeluarga..mak tgah semangat nak mask haha..

    ReplyDelete
  3. mak -mak mesti terpikat dengan noxxa ni... tapi saya tak beli sebab family saya masih kecil, jadi macam tak berbaloi kalau beli sebab nak membasuh nya sekian hal.. hehe

    ReplyDelete
  4. heheh welcome yang.. sebab mudah tu la nak share dengan kengkawan bagi beli gak..biarla hasutan apa pun.. berbaloi2.. hahahha

    ReplyDelete
  5. bagus nya periuk nih..cepat je ..masak bihun pun boleh cemana agak nya tu ye??rasa macam nak cari satu je...

    ReplyDelete
  6. wahhh hebat kemanin, masakan menjadi tu yang buat teruja sangat kan... berbaloi sangat la. Rendang sejam.. huuuuuuish berbaloi baloi.

    ReplyDelete
  7. Byk benda boleh masak dlm periuk ni ye ...

    ReplyDelete
  8. ni wishlist kak.. ritu ada jugak ngendeng2 ngan asben,,tapi dia kata kena ngandung lagi 1 dulu..hahahhahaa..sabo je lahh..

    ReplyDelete
  9. bagusnya kalau dapat sebuah ni...memudahkan kerja2 memasak di dapur.

    ReplyDelete
  10. teruja plak saya dgn noxxa... tp tu la, rege dia tu..hehheh

    ReplyDelete
  11. Wah wah..chef fiza masak ya. Nampak mengancam macam anak dara ha ha

    ReplyDelete
  12. Suka kan Fiza.
    Kakak beli dulu memula keluar tak silap dah hampir 10 tahun tau sebab masa tu anak kakak yg kecik baby lagi. Paling mudah bila ada tetamu nakmasak daging pun tak risau lambat empok. Lagi satu boleh tinggal buat kerja lain

    Petang tumis sayur pun seminit-dua dah siap.

    ReplyDelete
  13. alamakkk semua dah bernoxxa dah nie!!jeles la nieee!

    ReplyDelete
  14. hehheehheh akhirnya pecah jugak sidara NOXXA...ahakss

    ReplyDelete
  15. inilah rupanya benda yang heboh diperkatakan dalam whatsapp tu
    tak tahu sangat rupa dia
    wei fiza, kira kita lagi hebatlah. dah 32 tahun tak penah sekali masak rendang
    ni tengok fiza masak, rasa nak mencuba plak

    ReplyDelete
  16. kat rumah ni pun ada sbb my kakak jual lah . boleh bakar kek dan roti juga ... memang cepat masak ... selalunya my kakak guna untuk masak sup tulang ...

    ReplyDelete
  17. macam best tapi bila hint2 harga membutang bijik mata takut pulak nak tanya harga hahaha.. saya dulu makan rendang mak buat tapi tahun ni raya hari tu saya pulak masak rendang untuk family makan. mak kata sedap.. siap repeat order sebelum balik sini, masak dulu rendang untuk mak. Saya terharu mak kata sedap air tangan seorang anak ni

    ReplyDelete
  18. Wah syok ni.. seronok masak, puas makan hihii.. maaf lama tak singgah, masa blogging berterabur sikit kebelakangan ni. In shaa Allah, kembali tempo balik nnti.. :D

    ReplyDelete
  19. Ada gak tengok NPC ni tapi reganya memang bulat gak bijik mata tengok..kena rajin guna baru berbaloi belikan?

    ReplyDelete
  20. mudah sgt lah fiza, pasni byk lagi menu boleh cuba

    ReplyDelete
  21. adus. lemah iman ni tngk makanan hahaha..

    ReplyDelete
  22. Fuyoooooooo.... Bis tu bawang tuk masak meehoon bagai tu tak yah tumis dululah ek Fiza.....lebur jer gitu....

    ReplyDelete
  23. teringin nak buat koleksi juga ni
    kena ngumpul ongkos dlu. hihihi
    segalanya jd cepat kan dgn pc

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive