Dinoscovery by Dinosaurs Live! @ Avenue K | Menerokai Dunia Dinasour!!!

Tuesday, September 08, 2015


Bila sebut jer dinosaur, semua dah dapat membayangkan saiznya. Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman Mesozoik yang merupakan "Zaman Dinosaur". Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Nak menerokai dunia dinosaur dengan lebih dekat? Jom datang ke Dinoscovery by Dinosaurs Live! @ Avenue K.


Dinoscovery by Dinosaurs Live! merupakan pameran edutainment yang disokong oleh Malaysia Major Events di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Pameran pendidikan dan pengembaraan yang berkeluasan 13000 kaki persegi kini dibuka di Discoveria yang terletak di Avenue K, Jalan Ampang. Pengunjung akan disambut dengan animatronics dinosaur yang bergerak dan mengaum di tengah² dedaun hijau.  

Baru² ni saya dan keluarga berpeluang berkunjung ke Dinoscovery by Dinosaur Live ni untuk merasai pengalaman kembali ke zaman Dinosaur gittew. Sebelum pengembaraan bermula, kami diberikan Vest sorang satu, 1 torchlight dan juga 1 wristband atau lebih dkenali sebagai Radio Frequency Identification (RFID). Erkkkk...kenapa torchlight dengan wristband tu ada 1 jer? Haaaa...sebab torchlight dengan wristband tu hanya untuk Leader sahaja. So, leader kami pada hari tu adalah:


Leader yang mengetuai pengembaraan. Dah siap suma, ada sesi amik gambar pulak. Family photoshoot gittew kan. Memula kena buat aksi biasa. Pastu kena buat gaya bebas. 

Guung berapi dah meletus pon masih relaks bergambar...ahaksss,,,,

Dinosaur tu. Kenapa tak lari....hahaha....

Cantik hasilnya kan. 


Dah amik gambar, kami diberi briefing dan juga melihat tayangan video mengenai tugasan yang perlu di buat. Dino Quest Map diberi sorang satu. Maka pengembaraan pon bermula. Anak² dah cuak dah bila dengar bunyi dinosaur dari luar. Masuk jer kat dalam, qahirah dah start nangis. Si kimi plak dah menggelabah. Nak keluar plak dia. Si Qhalif gak relaks. Tapi nampak gak muka takut. Lepas di tenteramkan, baru lah ok bebudak tu. Cuma qahirah nak kena berdukung sebab takut,...ppfftttt...

Ok, untuk Dino Quest Map tu, tugasannya adalah anda perlu lekatkan sticker yang di beri di tempat yang betul seperti didalam peta macam nih:


Stepnya, ada beberapa touch screen yang terletak disebelah dinasour. Leader perlu touch wristband yang diberi pada screen. Paparan mengenai dinosaur dan sticker akan terpapar. Dan sticker tu harus di lekatkan pada gambar dinosaur tadi. Untuk mendapat sijil, anda harus selesaikan tugasan dan soalan yang diberi dengan betul. 


Happy budak tu dapat menunggang dinosaur yang besar nih. Boleh plak dia cakap kalau dapat naik dinosaur yang betul² lagi best...pergghhhh...statement dia. Kalau jumpa yang betul² memang tak sempat lari lah kimi.

Ada juga beberapa aktiviti kat dalam ni. Antaranya:

Sumber: Discoveria

Wall Climbing untuk melihat sarang burung prassejarah ni. Race a Theropod...lumba lari dengan dinosaur. Memang kalahlah..hehehe...Memakai ekor gergasi Ankylosaurus. Belajar bagaimana Ankylosaurus digunakan ekornya untuk mempertahankan dirinya. Dinoshooting Range diamana anda diberi senapang paintball untuk menembak nyamuk yang menyerang Diplodocus yang sedang tidur. Menggali fossil yang tersembunyi disebalik pasir. Dan banyak lagi aktiviti² lain.


Selesai tugasan, kita main warna² pulak. Saya tak amik banyak sangat gambar sebab staff Dinoscovery tu kata tak boleh amik gambar kat dalam tu. Jadinya....saya yang mengikut arahan. 

Sumber: Discoveria

Kat dalam ni terdapat juga cafe dan juga kedai souvenir. Sediakan duit jer lah kalau anak² minta belikan macam² yerp. Ok...sambil anak² mewarna, kita semak balik Dino Quest Map tadi. Semak balik jawapan². Betul ker tak. Kalau rasa² dah betul, kita serahkan Dino Quest Map tadi ke kaunter cenderahati untuk mereka semak jawapan.


Yeayyyy....mission accomplished dan dapat sijil. Tapi nama  kena tulis sendiri lah. Tu tulisan si abah. Nanti boleh frame sijil² nih.


Junior Expert Paleontologist of the day. Overall memang best dan puas hati lah. Banyak belajar pasal dinosaur. Anak² lah yang paling happy even memula takut nak masuk. Kalau tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak² atau tak der idea nak bawak dorang jalan², boleh bawak gi Dinoscovery ni.


Harga tiket plak:

Dewasa (With MyKad) RM25.00
Kanak² (With MyKad) RM35.00
Warga Emas (60 ke atas) RM19.00

Address:

Discoveria, Level 4
Avenue K, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
(Berhadapan dengan Suria KLCC)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:











You Might Also Like

14 komen

  1. tiket pun berbaloi-baloi...tunggu budak2 ni besar skit baru boleh bawak

    ReplyDelete
  2. yang sikecik tu pun..hehehe...kalau umur macam Qhalif tu ada banyak tak benda untuk dia join?teringin jugak nak bawak anak2.yang sulung ok la..cuma adik dia la.takut masuk2 dia tak de apa nak buat.

    ReplyDelete
  3. kimi kena baham dulu lah kalo yg betui2 punya.. hakhakhak..

    ReplyDelete
  4. wah dah update!
    anak dara saya pun takut masa dekat dalam tu
    menangis aje keja dia

    ReplyDelete
  5. best gak ni..nak try lah nanti..

    Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  6. Fiza... kakak suka gambar sekeluarga yg di gunung berapi tu cantik.
    Semua senyum happy:)

    ReplyDelete
  7. Aktiviti yg menarik bersama anak2...tq for sharing..

    ReplyDelete
  8. Bestnya akak..harga tiket pun tak mahal sangat.. nnti la bila pi sana boleh singgah...=D

    ReplyDelete
  9. Seronoknya meneroka alam dinasour!

    ReplyDelete
  10. kalau cuti banyak lagi harussss ku terjah main dengan dinasour ni . tapi apakan daya. tengokkkkkkk orang beso2 yang teruja lebih kannnn hahahaha

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive