KEM SMART SOLAT 2015

Thursday, October 08, 2015


Jom mantapkan ilmu solat anak² kita. Buat parents² yang berminat, boleh contact nombor yang tertera pada banner tu. Tempat adalah terhad. Ni saya copy paste balik dari [BLOG RAUDHAH ISLAMIC SCHOOL] tujuan Kem Solat ni diadakan dan antara aktiviti yang disediakan.

Program Kem Smart Solat SEK RENDAH ISLAM RAUDHAH akan diadakan pada 17 dan 18 oktober 2015 (Sabtu- Ahad) bertempat di Sek rendah islam raudhah taman putra kajang. 

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan solat dan ibadah serta memupuk disiplin yang mantap dan menyemai keimanan, keyakinan diri dan berfikiran positif apabila menghadapi dugaan dan masalah dalam hidup. 

Antara aktiviti menarik semasa program ini diadakan ialah praktikal Azan dan Iqamah, praktikal wudhu’, tayammum, bacaan didalam solat dan penampilan istimewa slot bersama IMAM MUDA NAJDI 

PENYERTAAN TERBUKA KEPADA KANAK² YANG BERUMUR 8 HINNGA 12 TAHUN (PENYERTAAN TERHAD) Kepada ibu bapa yang berminat boleh lah menghubungi ustaz dhiya 016-2162600/ustazah yana 016 2162600 atau hadir sendiri di Sek Ren Islam Ar-Raudhah.

Kalau berminat cepat² daftar tau sebab saya dah pon daftarkan Iman Hakimi. Kalau boleh daftar lah minggu ni sebab pendaftaran hanya terhad untuk 100 orang peserta. 

Note: Tengah mencari program/kem motivasi untuk cuti sekolah ni. Biar belajar hidup berdikari sket.


You Might Also Like

8 komen

  1. bagus ada kem macam ni...akak pun teringin nak hantar anak2 nanti, nak cari yang dekat2 dengan rumah

    ReplyDelete
  2. minat la pulak...tapi mcm tak yakin je nak tinggalkan kat kem :(

    ReplyDelete
  3. Best nya lah ada program mcm ni... klu ada kt sini boleh daftarkan hero sy tu...huhu

    ReplyDelete
  4. bagus kalau ada program macam ni. sekurangnya cuti sekolah dorang terisi dengan benda bermanfaat

    ReplyDelete
  5. bagus la ada program macamni.. diorg tak nak tour kat belah utara nie ke..heee

    ReplyDelete
  6. baguslah kem camni
    tapi jauh kajang tu...nak carikan tuk afif juga

    ReplyDelete
  7. bestnya kalau boleh join.. dlu tak ada pon kem2 mcm ni

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive