Sakit itu Penghapus Dosa² Kecil

Monday, October 05, 2015

Alhamdulillah syukur. Masih diberi nyawa untuk bernafas. Syukur juga sebab diuji dengan kesakitan yang biasa² jer kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang diuji dengan lebih hebat lagi. Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

Janganlah anggap sakit yang datang tu sebagai bebanan. Anggaplah ianya sebagai tanda ingatan ALLAH pada kita untuk sentiasa mengingati Nikmat yang telah diberikan. Pandanglah kesskitan dan musibah yang datang sebagai Nikmat dari ALLAH untuk membersihkan dosa² kita. Erkkkk…panjang mukadimahnya. Dah macam ustajah plak ☺☺


Kisah minggu lepas. Bila orang yang jarang sakit tetiba jatuh sakit. Sekali datang siap dengan package…Batuk² sampai tak lena tidur. Sakit tekak perit tak hingat. Nak menelan ailio pon tak selesa. Dan juga selsema tahap hidung tersumbat sampai sakit kepala dibuatnya. Selsema yang dah macam paip bocor. Bersin² tak terkira berapa kali sehari.

Aku plak jenis tak suka gi klinik. Kalau boleh biar lah baik sendiri. Tapi hari rabu tu dah tak tahan sangat bila mata dah start panas dan pedih². Finally…menyerah diri juga kat klinik. Dapatlah MC sehari. MC pertama untuk tahun 2015.

Jumaat plak turn qahirah tak sihat. Panas badan pagi tu sampai 38’c. Badan dia dah gigil². Ibu mana yang tak risau bila anak tak sihat kan. Dah tak der hati rasa nak gi kerja. Amik EL. Bagi makan ubat tak nak. Bagi lah madu. Melepek dari pagi sampai petang. Monitor suhu badan & bagi makan madu. Alhamdulillah….malam tu dah aktif balik. Lega ibu nak. Penangan jerebu barangkali.

Take care semua. Jerebu oh! jerebu. Cepatlah berlalu. Rindu nak menatap awan yang biru. Rindu nak melihat pelangi ciptaanMU. Rindu nak menghidu udara segar pemberianMU. 

Note: Kejap jer dah oktober. Minggu depan dah masuk tahun baru hijrah.


You Might Also Like

9 comments

  1. Moga cepat sembuh.
    skrg cuaca x baik kan.. senang kena penyakit.
    nak bawak anak2 berjalan pon risau.
    semalam keluar pergi beli barang dapar pon sekejap jer.
    trus ajak balik. risau pikirkan anak2. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Hai supermom...
    Kesakitan itu penghapus dosa2 kecik dan kesakitan itu tanda ALLAH rindu kepada hamba2 ya untuk berhubung denganNya..
    Semoga cepat sembuh...

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
  3. moga cepat sihat nok....insyaAllah terhapus dosa2 kecil...

    ReplyDelete
  4. Moga ibu dan anak cepat sembuh ...

    ReplyDelete
  5. Kan.. Rindu dengan semua tu..baru sedar nikmatnya udara segar..

    ReplyDelete
  6. betul tu...mungkin cuaca juga menyumbang kepada kesihatan sekarang ni, anak2 akak pun demam,selsema, batuk dan muntah2

    ReplyDelete
  7. MC pertama? hebatnya fiza
    saya kerap betul sakitnya...rasanya habis MC untuk thn ni
    hopefully fiza dah sembuh ye

    ReplyDelete
  8. dh ok ke akak?? alhamdulillah sakit yg xberapa nak teruk mcm org lain.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive