Arabian Cuisine | Lamb Oven & Lamb Ukda

Thursday, November 12, 2015

Kisah jalan² cari makan ternak lemak masa raya deepavali baru ni. Sian nengok anak² terperap kat umah. Nak main kat taman hujan plak. Jadinya petang tu kluar lah kejap amik angin sampailah malam. Kekonon malam tak nak lah makan nasi. Asyik nasi jer bosan lah pulak kan. Husband suggest makanan arab. Ke Restoran Arab lah kita. 


Selera arab kita malam tu. Suggestion dari dorang kalau tak nak makan nasi, amik set Lamb Oven dengan Lamb Ukda. Tersembunyi plak lamb kat pinggan sebelah tu. Risau gak takut tak boleh terima dek tekak kan. Sekali bila masuk mulut.....perghhhhhhhh...sedap tak terkata. Daging kambing tu lembut sangat. Makan plak pakai tangan. Memang nikmat wei. Licin pinggan. Dah macam orang kebulur plak kalau nengok. Anak² pon suka. Ingat nak tambah roti lagi, Gravy plak tak cukup. Takkan nak order lagi. Kepanasan plak ko malam nanti kalau makan kambing banyak sangat. 

Sebelum ni husband ada beli gak makanan arab. Roti (macam dalam gambar tu) dengan Fasha namanya (masakan kambing style arab lah). Memang besar betul roti dia. Ingatkan ada jual kat situ. Rupanya itu makanan arab Yemen katanya. Yang kitorang makan ni makanan arab Syria. Gittew...ada macam² rupanya masakan dari timur tengah ni. 

Memang akan repeat lagi datang kat sini. Dok terbayang² jer ni kesedapan Lamb oven dengan Lamb Ukda tu. Memang thorrbaikkkk....serius cakap. Next visit nanti aku amik gambar proper sket. Dorang pon soh datang lagi. Try nasik plak katanya. Layanan memang tip top. Ahmad nama dia. Handsome....erkkkkk...hahahaha...Pandai cakap bahasa melayu. Dah macam style Chef Ammar plak bila bercakap. Haaaa...tak kenal Chef Ammar? Silalah google. Kalau uolls nak try. Ni alamatnya:

RESTORAN ALZAHARA
THE FINEST ARABIAN CUISINE
NO. 1, JALAN KAJANG IMPIAN 1/2
TAMAN KAJANG IMPIAN, SEKSYEN 7
43650 BANGI, SELANGOR

Kedai dia kat belakang Restoran Redwok. Kat belah hujung skali. Memang senang nak cari. Yang bestnya...no 6% GST and no 10% service charge.

Note: Kat Bangi ni apa yang tak der. Berlambak kedai makan. Sampai tak tau nak makan kat mana. 


You Might Also Like

11 komen

  1. alamak jauh la pulak bangi..tp kalau tersesat boleh la terjah..hehe

    ReplyDelete
  2. Sesekali kena Arabian punya food kan Fiza.. sedap juga ye..
    Masuklah kat tekak kan.. tu rasa nak mengulang lagi ye..
    Akak tengok gambar pun dah rasa nak gi terjah jer restoran tu..

    ReplyDelete
  3. nampak pun dah tau sedap...hehe..
    sy tak berapa makan sgt makanan Arab Fiza... klu en suami memang peberet dia.. :)

    ReplyDelete
  4. bangi dah jadik syurga makanan and fesyen..sampai buntu nak pilih..

    ReplyDelete
  5. Okkkkk....lapar la pulak tengok pic ni, mau mlm ni gi bangi cari kedai nak makan Lamb Ukda. Menggugat jiwa betul la.

    ReplyDelete
  6. jauh sangat tu akak nak pergi...erkkk jauh sangat ke s.alam-bangi tu hehehe

    ReplyDelete
  7. hadoi... dap nyer.
    yes la, fiza.
    kajang, cheras, bangi ~ byk kedai makan best best.
    untong laaaa...
    kalau aida naik umah kakak kat btho tu, memang best.
    kalau nak makan2 mesti aida pilih kedai yg best best.
    kat melaka? huh tak best sebab x byk choice.

    ReplyDelete
  8. Minggu lepas nak ke Bangi kononnya nak berJJCM tapi terlupa pulak nak google makan di mana. Okeylah ni boleh try lain kali kalau dah terlajak ke selatan sana. Selalunya ke utara aje hala tuju kami sekeluarga ni sebab kat belah-belah sana pun banyak makanan sedap ^_^

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page