Resepi NOXXA | Choc Moist Cake Steam

Wednesday, November 18, 2015

Citer pasal Noxxa Pressure Cooker kembali lagi. Ni project weekend haritu. Tak pernah lagi buat kek dalam periuk ajaib nih. Tetiba teringin nak buat kek coklat. Skang ni asal teringin jer rasa nak terus buat. Jumpa plak resepi simple macam mana nak buat choc moist noxxa dalam group. Apalagi...bahan² memang dah ada. Tunggu nak proses jer.


Lepas steam 20 minit, maka ini lah hasilnya. Perrgghhhh...rasa terliur balik nengok kek sendiri. Sedap dan moist gittew. Risau gak takut tak jadi sebab 1st time buat kek steam dalam Noxxa nih. Selalu kita bako jer. Memandangkan tungku tak der. jadinya pakai direct inner. Masuk kan terus dalam tu. Steam 20 minit. Sekejapan jer siap. Tapi kalau steam 15 minit pon dah ok. Sebab bila steam 20 minit ni nampak kulit luar tu ter garing sket. Tapi tetap moist didalam. Tak per...try and error kan. 

Nak resepi ker...hahaha...Ni resepi paling simple dan sangat mudah. No mixer. Pakai whisk jer. Boleh sado lengan tu...ahaksss...

Gambar ulang tayang. Ni resepi [lain]

Bahan A

* 1 Cawan serbuk koko
* 1 Cawan gula pasir
* 1 Cawan susu pekat
* 1 Cawan minyak masak *kalau tak nak manis lepak 1/2 cawan jer
3 Biji telur

Bahan B (Di ayak)

2 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil Soda bikarbonat
1 Sudu kecil Serbuk penaik

Cara² membuatnya

1. Masak bahan² bertanda * dengan api yang sederhana dan sejuk kan
2. Pukul telur hingga gebu
3. Bila bahan² bertanda * dah sejuk, masukkan telur yang dah dipukul tadi
4. Masukkan bahan² B sedikit demi sedikit dan gaul sebati
5. Tuang adunan tadi ke dalam Noxxa Pressure Cooker dan setkan button steam selama 20 minit

Bahan² untuk Topping (ganache)

1/2 Cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
* Buat kaedah double boiled

Masa tengah steam tu ko kena menadah telinga jer lah dengar bunyi beep..beep sebab pakai direct inner kan. Kalau pakai acuan tak der bunyi tu. Tapi tak yah risau. Tak meletup pon...hehehe...Ni ada tips mengukus atau steam dalam Noxxa.


Masih boleh baca kan. Selamat mencuba. Anak² pon soh buat kek lagi nih. Haaishhhh...seronok korang kan boleh request. Nanti ibu buat lagi yerp. 

Note: Tahniah buat adik² UPSR. Tahniah juga buat ibu². Cemerlang atau tak...jangan lupa peluk anak² dan ucap tahniah. Mereka dah cuba yang terbaik ☺ 


You Might Also Like

30 comments

  1. Tq sharing Fiza..
    Akak pun baru jer nak explore noxxa ni..
    Belum cuba buat kek lagi..
    Nanti nak cubalah guna steam ni :)

    ReplyDelete
  2. waahhh.. hebat betol periuk nih.. mcm2 boleh buat. haini saja dh 3 blog cerita pasal periuk noxxa nih. teringin jugak nak beli sebijik. hehehehe

    ReplyDelete
  3. nie yg rase mcm nak beli noxxa nieeee...;p

    ReplyDelete
  4. noxxa mak dah brabuk dah.. lama tak guna..
    nak pi lap lap habuk la.. geram tngk org buat macam2 guna noxxa.. ehehe..

    ReplyDelete
  5. Bak sini sikit.. Pos laju erk.. :)

    ReplyDelete
  6. yeaa sedap tgk kek tu.. tp tak leh makan.. kang makan jenuh sakit kepalak..

    ReplyDelete
  7. bestnya kalau ada periuk tu.. huwaaa...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh maen kutu puan..siyes..mmg superb ngn piyok nh,mcm2 leh msk..boleh wasap sy 0139938024..siap tnjuk cre guna n msk lg..

      Delete
  8. yum yum :)
    rajin nyer ibu baking.
    untung anak-anak.
    aida ni kayu skit bab buat kek.
    tak naik... bantat!

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaaa :) Nani selalu tak menjadi bila buat kek coklat T_T

    ReplyDelete
  10. wahhh rajin mak ye skrg nie...kekeke...

    ReplyDelete
  11. nak kena main kutu la cenggini beli periuk Noxxa ni. tengok ramai update senang masak pakai periuk ni haihhhh

    ReplyDelete
  12. Wahhhhh.....dah lama mak tak membaking ni, rasa teringin pulak nak buat.
    Tapi mak bako jerlah kat oven, nak masak pakai Noxxa nan hado hihi...

    ReplyDelete
  13. tabah ko whisk ya.. hihihi
    nanti bleh try

    ReplyDelete
  14. Puas hati bila apa yg dibuat menjadi Fiza:)

    ReplyDelete
  15. slmt ptg fiza
    kaknoor mcm tingin jugak nk buat
    belum pernah try buat kek dgn noxxa ni

    ReplyDelete
  16. mudah dan cepat.
    20 mnit tu mmg sekejapan je tunggu, kan! menarik la

    ReplyDelete
  17. nampak sedap fiza
    saya biasa juga buat kek coklat ni tapi bako
    ingat nak beli jugalah menatang noxxa ni

    ReplyDelete
  18. Noxxa lagi ^_^ Hari ni je tak tahulah berapa kali I catch up entri kawan-kawan bercerita pasal Noxxa. Jealous hamba tau. Nak beli kata HD buat menyemak rumah aje. Rajin masaknya tak juga, tetap pi makan luar ^_^ Nantilah I kena buktikan dulu I rajin kat dapur barulah boleh beli. Masa tu orang dah tak hairan, I terkial-kiallah guna periuk ni. Hehehe ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan takbeli...hadiahkan kpd diri sendiri pc noxxa nih.

      Delete
  19. Silalah like page saya Periuk Tekanan Noxxa dan 100 Resepi. TQ

    ReplyDelete
  20. Mai pm akak laju-laju di 019-249 4819. Akak boleh bagi harga sgt istimewa free delivery ke Semenanjung dan Sabah/Sarawak.

    ReplyDelete
  21. Wow...thanks for the sharing and tips... #sayanewbienoxxa

    ReplyDelete
  22. tq for sharing..saya dah cuba dan menjadi..alhamdulillah

    ReplyDelete
  23. Berminat dgn Periuk noxxa Dan bread maker serta iron pm 012-2747791...nak join kutu pun boleh

    ReplyDelete
  24. Periuk ni bln june 2017 naik harga. Sapa nak hargs ahli, msi wasap ibu. Kalo jd ahli lagi bagus...dpt beli rm42.40 kurang dari harga ahli untuk belian pertama dlm masa 30 hari jd ahli. Ibuyati ,wasap 019-2494819

    ReplyDelete
  25. Periuk ni bln june 2017 naik harga. Sapa nak hargs ahli, msi wasap ibu. Kalo jd ahli lagi bagus...dpt beli rm42.40 kurang dari harga ahli untuk belian pertama dlm masa 30 hari jd ahli. Ibuyati ,wasap 019-2494819

    ReplyDelete
  26. Lepas habis steam 20 minit tu bole terus bukak periuk ke sis?

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive