Harga?? PM/WA please | Annoying sangat!!!

Wednesday, February 10, 2016


Paling nyiampah kalau nak shopping online dapat peniaga yang macam ni. Suma nak kena PM/WhatsApp. Susah sangat ker nak letak harga terus? Letak harga siap² kan senang. Berkenan terus PM nak beli. Bukan kita ada masa nak compare harga pon. Tak der masa wei nak cari seller mana yang jual lagi murah. Kalau dah berkenan tu memang rasa terus nak beli. Tapi bila soh PM/WhatsApp bagai...hurmmmm...hilang mood terus.

Tapi tu lah...mungkin seller² ni ada alasan yang tersendiri yang kita tak tau kan. Mungkin ada sebab kenapa dorang tak tayangkan harga. Bersangka baik jer lah. Kalau malas nak PM/WhatsApp, cari lah seller lain yang dah terang² letak harga. 

Erkkkk...dah tak tau nak tulis apa. Cuti lama sangat macam ni lah. Tapi office still sunyi sepi sebab masih ramai yang coti. Tapk cuti tapi MC pon iyer gak...ahakssssss...

Note: Seronok betul pagi ni. Sebab jalan clear. 


You Might Also Like

14 komen

  1. kannn tak suka ok sebab nyer nak kene save no la pm pun berzaman nak balas..

    ReplyDelete
  2. kan fiza..kite pun menyampah dgn seller yg rahsia sesgt rege barang..apa la salahnye tunjuk rege..bile yg xde harga tuh la sebenarnye lagi malas kite nak beli walaupun mmg kite nak sgt barang tuh..sanggup lg carik org yg ade letak rege terang2..potong mood betul..

    ReplyDelete
  3. hehe tp kebanyakan seller xletak harga.. hmm sy pun jenis.. nak terus beli.. xde nak banding2kan harga.. malas kan..huhu

    ReplyDelete
  4. Entah lah seller online ni..
    Bermacam cara mereka Fiza..
    Tapi kekadang buat org nak membeli naik muak pulak kan..
    sabar jer lah :)

    ReplyDelete
  5. Hello. Ingin berkongsi sedikit.. Saya juga pembeli, memang suka kalau dapat tahu harga terus. Pada masa yang sama, saya juga penjual. Bila jadi penjual, saya akan keluarkan quotation bergantung kepada quantity. (Harga beli dalam quantity sedikit bawah 10 pcs - memang dah terang-terangan stated di website - tapi tetap ramai tidak baca & selalu bertanya "BERAPA HARGA?" atau "PM SAYA") Terus terang saya prefer customer yang beri cooperation penuh di awal komunikasi dengan memberikan detailed info seperti NAMA, TEL NO, EMAIL ADDRESS, QUANTITY & LOKASI. Kalau tidak, agak susah nak deal & terus terang memang ramai yang contact & bertanya "macam mana saya boleh percaya awak?" , "betul ke barang confirm sampai?" - padahal mereka tidak baca penuh pun info di website atau mereka tak beri email address supaya info penuh boleh dihantarkan kepada mereka termasuk company details, payment method & delivery method. Akhirnya penjual juga yang diragui & dipersalahkan. Kalau client tahu harga sahaja tapi tidak percaya kepada penjual pun waste time sahaja, waste time masa client & waste time masa penjual juga, enquiries dah lah banyak. Ada juga penjual (seperti saya) yang memberikan 'SPECIAL DEAL' kepada client yang beri cooperation penuh dari awal di mana dia menyenangkan kerja penjual. Special Deal yang sama maksudkan adalah saya akan beri SURPRISE TREAT seperti additional discounts(which is not advertised in public), discount voucher atau FREE GIFT! Jadi, cooperation anda terhadap penjual juga penting, mungkin anda berpeluang mendapat rezeki LEBIH tanpa di sangka-sangka hanya kerana anda memilih untuk cuba memahami pihak lain lebih jauh.. Hanya pandangan..

    JESS
    Love Travel >>
    www.facebook.com/lovetravel86
    Universal Marketing Services >>
    http://universalmarketingservices.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Hurmm... Sabar yolah tapi kalau di kedai tak pamer harga satu kesalahan kannssss...

    ReplyDelete
  7. kan...koser nak layan seller suh wasap bagai ni...letak rega siap2 kan senang...grrrr....

    ReplyDelete
  8. aah susah nau nk tepek harga, aah jln pun x jem arini ;)

    ReplyDelete
  9. biasanya bila customer tnya hrga, kami PM terus atau whatsapp klu customer tgglkan harga.. kami tak kan minta diorang PM atau whatsapp... itu cara nak jaga hati pelanggan kalau dah harga tu rahsia... ada sebab juga kenapa sesetgh tu tak bgtau hrga secara umum.. sebab melayu berniaga ni suka potong line orang dan curi customer...

    ReplyDelete
  10. Ada seller yg kata, mereka punya HQ produk tu yg tetapkan syarat macam tu. Takleh pamer harga. Tapi tu takde masalah kalau bila org PM terus jawab laju2. Yang jadi masalahnya, kita pM ari ni, 3 hari lepas tu baru jawab. Pastu mereka marah dan panggil kita back out buyer.

    ReplyDelete
  11. kan..kdg2 bila tnya ssh reply.. huhu

    ReplyDelete
  12. sebab tu lah suka beli offline. lg senang puas hti.. xyah susah susah nk pm ke..
    sbb kadang seksa aje tunggu dorang reply. huhuhuhu

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive