Potty Training Qhalif | Mission Accomplished!!!

Friday, February 12, 2016

gambar ulang tayang jer

Alhamdulillah...misi nak potty training Iman Qhalif berjaya. Bukan mudah nak potty training ni sebenarnya. Sebelum ni dah try buat. Tapi Qhalif nampaknya masih belum bersedia. Jadinya...cuti panjang yang ada baru ni, aku manfaatkan sepenuhnya masa yang ada. 

Kalau sebelum ni siang Qhalif tak pakai pampers. Pastu asal nak yak jer mesti minta pampers. Tapi skang ni no more pampers untuk tido malam dan nak kluar gi jalan². Seronok bukan main IbuAbah sebab anak soleh Iman Qhalif dah berjaya jimatkan perbelanjaan bulanan untuk beli pampers. Good job son. 

Agak mencabar sebenarnya nak potty training anak ni. Lebih² lagi kalau si anak belum betul² bersedia. Tipu lah kalau aku cakap dalam tempoh nak potty training tu aku tak marah kat anak. Dah banyak kali cakap, tapi kencing tetap merata. Tak sempat nak masuk toilet gittew. Kencing time tido. Memang menguji kesabaran. Tu belum berak tercicir lagi. Nasib keras. Kalau cair?? Sambil lap lantai sambil kesat air mata dibuatnya.

Kunci untuk semua ni adalah SABAR. Ko nak ajar anak free diapers. Tapi bila anak ko tak sempat gi toilet, ko marah. Acaner tu? Hilang semangat budak tu nak belajar. Practice make perfect kan. Kena lah step by step. Tak kan harini ajar esok ko dah expect anak tu dah pandai. No..no..no... Kena lah bagi anak tu masa untuk adapt bila tak pakai pampers.

Bila siang anak dah pandai kencing sendiri. Cuba plak waktu malam. Aku start tak pakaikan pampers waktu malam last week. Itu pon sebab terlupa. Sekali bangun pagi memang kering. Pastu weekend haritu try lagi. Erkkkk...kering lah toto. Dengan tak der alas² nya lah. Start dari haritu sampai lah harini memang tak pakai pampers waktu malam dah. Tapi make sure soh anak kencing dulu sebelum tidur yerp.

Bila dah malam pon tak pakai pampers. Kita pergi ke next step. Jangan pakaikan pampers waktu nak keluar jalan² plak. Sebelum ni tak confident. Siap bersoal jawab laki bini...'Nak pakaikan pampers ker tak ni bang?'...Tanya si isteri. 'Ntah...pakai jer lah'...jawab laki. 'Kita cuba dulu tak pakaikan pampers. Try ajar'...jawab si isteri. Kebetulan sabtu tu kluar. Qhalif pon rela bila kluar tak pakai pampers. Kalau sebelum ni memang  minta pampers. Maknanya?? Dia dah bersedia lah tu. 

Amazingly...dia tak terkencing dalam seluar pon. Tapi kita kena kerap tanya kat anak sama ada dia nak kencing/berak atau tak. Hari pertama keluar jalan² berjaya. Hari kedua gi majlis kawin pon tak pakaikan pampers dan berjaya jugak. Perasaan teruja nya bila anak dah free dapers tu hanya DIA jer yang tahu. 

Lepas ni nak ajar basuh yak sendiri plak. Kalau yak aku kena tunggu kat toilet sebab dia tak confident lagi nak dok kat toilet bowl tu. Tak per...dah pandai yak kat toilet pon ibu dah bersyukur nak. Try gak soh dia basuh yak sendiri. Bley plak anak soleh ni cakap 'kita geli lah ibu'...ppffttttt....

Gittew lah kisah aku dan potty training nya, Terpanjang plak. Next entry aku share tips untuk potty training plak yerp. Lain orang lain caranya kan. 

Note: Tak yah risau pasal harga pampers lagi dah ☺☺


You Might Also Like

26 comments

  1. yeayyyy!!!..kite nie yg xstart lg pun dh neves2 dh pikir mcm mana la nnt nk diaperless kan si semek tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... boleh dah ajar semek tu ☺☺

      Delete
  2. nasib baik kitaorg taska yg train..balik cuma sambung belajar jek

    ReplyDelete
  3. Qhalif umur berapa? Saya nanti tak tau la bila nak start potty train kan si luth tu. Rasa macam nak biar je sampai dia ready sendiri. Heheh. Boleh gitu. Mgkn sebab saya pemalas dan kurang menyabor kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan april ni dah 4 tahun Lyd. Biar lah luth bersedia. Jangan di paksa ☺☺

      Delete
  4. Betul cara Fiza tu kita yg kena rajin dan peka
    Tanya selalu lama-lama dia sendiri akan inform bila nak membuang

    ReplyDelete
  5. qhalif thn ni berapa thn fiza?..pling susah kitorg rasa nk ceraikn masa tido kot..asik accident aje..penat asik kena angkut tilam jemur..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak masuk 4 tahun bulan april ni babe. Ko alas lah dengan protector sheet ☺☺

      Delete
  6. suka baca kisah potty training anak2. setiap orang punya pengalaman yang berbeza...

    ReplyDelete
  7. Tak pernah melalui sangat bab ni... Sbb ank free drypers sendiri..

    ReplyDelete
  8. bukan senang juga nk tinggalkan pampers anak2 yg dibiasakan sejak lahir perlu banyak bersabar kan fiza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Menguji kesabaran betul.

      Delete
  9. kan.. jimat kak.. dkna nak jer ajar mikhail, tapi dia tak pandai cakap lagi..hahaha.. keluar bilik air lepas mandi terus kencing merata, tu tanda dia pun tak sedia, ibu yang excited hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...tunggu mikhail betul2 bersedia.

      Delete
  10. hehe...mcm2 ragam dlm tempoh nk melatih ni.. mmg kna byk2 bersabar, esp bila ank terbabas tu..

    apa2 pon..gud boy qhalif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu lya. Bab terbabas yg tak tahan tu.

      Delete

Popular Posts

Labels

Blog Archive