Mee Udang Paling Sedap @ D’Laila Mee Udang, Nilai

Wednesday, May 18, 2016

Sumber: FB D'Laila. Gambar aku amik tak cantik. Gelap gelita.

Citer hujung bulan lepas. Dapat gak merasa kesedapan Mee Udang D’Laila yang orang kata antara yang tersedap ni. Selalu nengok jer gambar orang upload kat FB. Kecur ailio dibuatnya ko. Bilalah boleh merasa nih. Ada gak ajak husband gi. Tapi biasalah… tak kan gi sana semata² nak makan mee udang kan. Kecewa uols.

Kebetulan ada wedding anak saudara kat Seremban. On the way balik tu try ajak husband gi makan kat Nilai. Nasib dia nak. Dah lama mengidam nak makan mee udang katakan. Pusing² jumpa gak jalan. Kedai D’Laila Mee Udang ni terletak kat MMA Santai Corner. Banyak food court kat dalam tu. Nasib baik masa aku gi tu kedainya bukak. Kalau tak mau kempuanan. 

Sumber: FB D'Laila. Gambar aku amik tak cantik. Gelap gelita.

Macam biasalah. Aku order mee udang. Husband order asam pedas ikan mayong. Sampai jer mee udang…perghhhh… Macam mana ko tengok dalam gambar macam tu lah yang ko dapat. Tapi aku order mee udang biasa. Kalau special ada banyak udang. Memang tersusun cantik udangnya. Beso² plak tu. 

Memang terbaik dan tersedap lah woih Mee Udang D’Laila ni. Terbayang2 lagi kesedapannya. Rasa tak cukup semangkuk. Jatuh cinta terus lah dengan mee udang D’Laila nih. Asam pedas pon sedap sangat. Kena dengan selera tekak. Memang akan repeat datang sini lagi. Nak try menu yang lain plak. Tapi tak tau bila…hehehe…

Buat penggemar mee udang atau yang tak pernah merasa mee udang. Dan nak rasa asam pedas sedap. Boleh lah datang kat MMA Santai Corner, Nilai ni. Cari kedai D’Laila Mee Udang. Beroperasi dari pukul 5.00 petang sampai 12.00 malam. Ni alamatnya:

D’Laila Mee Udang
MMA Santai Corner
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan


Note: Blog dah tukar kaler ☺☺



You Might Also Like

21 comments

  1. Tengok gambar pun dah menggoda mata dan selera Fiza:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yang tengok ni pon tergoda lagi kak. Ntah bila dapat gi sana lagi nih.

      Delete
  2. SEDAPNYA MEE UDANG...BESAR UDANGNYA TU..

    ReplyDelete
  3. sedapnye mee udang tuh...astaga..terliur dhhh...huwaaaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...sorry lah buat terliur. Nanti cer try gi sini. Memang puas hati.

      Delete
  4. Replies
    1. Alaaaa...sowwi. Gi ajak edy makan mee udang nih.

      Delete
  5. Dari dulu rasa dia tak pernah terjawab...Mee Udang ni mcm mana rasa dia ek. Macam mee bandung ke? Nampaknya kena test sendiri barulah tau rasa dia macamana.
    Boleh masuk lagi ke Fiza dah makan nasi minyak bagai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau nak describe rasanya macam mana. Tapi memang sedap. Kena gi cuba sendiri baru tau. Saya kuat makan kak. Apa ada hal mee udang ngan asam pedas...ekekeke...

      Delete
  6. memang mengiurkan tengok udang dia berkawad cenggitu... : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Amie. Tu baru mee udang biasa. Kalau mee udang special mau pengsan ko nengok noks. Bersusun2 udangnya ☺☺

      Delete
  7. memang sedap..ema pun dah dua kali pergi...tolak ke tepi dah jarak jauh pun..semata-mata nak pekena mee udang kak laila ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat ema. Kalau akak boleh drive sampai nilai mau gak gi sana. Ni harapkan husband yg bawak...hehehe...

      Delete
  8. ya Allah fiza oii.
    udang tu mcm melambai-lambai aida ni.
    aduhai... geram nyer !
    tapi aida x boleh makan udang-udang ni sgt.
    makan 2 ekor tgn & bibir akan start gatal hu hu hu sedih!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa...aida alergic udang erk. Rugi lah...ekekeke... Tak per, anak2 boleh tolong makan kan untuk ibu dorang ☺☺

      Delete
  9. assalamualaikum fiza...wah memang nampak sedap jer mee udang tu...berselera rasanya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam mama. Memang sedap mee udang ni.

      Delete
  10. seriously jeles tgk udang tu..tergigit mulut sendiri tempting sgt...ngee

    ReplyDelete
  11. Kalau sampai nilai nak juga cuba... Tapi tak sampai2 lagi

    ReplyDelete
  12. Fullamak! Memang tengok gambar aje dah boleh buat meleleh air liur! Kalau betullah apa yang dapat sama macam dalam gambar, haruslah mencuba juga satu hari nanti.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive