Sarung Tangan Comel

Tuesday, June 07, 2016

Dah petang baru nak update ko. Orang dah nak balik masak untuk buka posa pon. Pepetang baru datang idea nak menulis. Tengok gambar terus laju jari ni menari² dipapan kekunci. Daripada tak der entry, kisah sarung tangan pon bley jadi bahan cerita gak kan...ekekeke...Ok... Kisahnya:


Sarung tangan sapa lah yang tertinggal ni erk. Comel jer nengok. Ni gara² si hemak lupa nak letak sarung tangan si anak dalam bag, Bag dah selamat letak kat kereta. Maka si hemak pon simpanlah sarung tangan ni dalam poket seluar. Dah sampai ofis tetiba rasa apsal lah poket seluar aku ni kembung semacam. Hurmmmmm... sarung tangan si Harraz rupanya.

Dah dok ingatkan dalam kepala dah ni nak letak sarung tangan dalam bag...haaishhhh...lupa jugak. Dah lah pagi ni anak soleh tu pakai sarung tangan sebelah jer. Sebab sempat potong kuku sebelah tangan dan lagi sebelah tak sempat nak potong. Tunggu anak tido dengan hemak dia sekali tumpang tido....ppffttt...

Nasib lah anak. Jangan muka calar balar sudah lah. Kuku cepat sangat panjang. Memang aku tak suka pakaikan sarung tangan kat Harraz. Melainkan kalau kuku dia panjang dan aku tak sempat nak potong. Nak ajar stimulation gittew kan. Skang kalau pakaikan sarung tangan dia asyik dok hisap lah sarung tangan tu sampai basah. 

Sarung tangan bila dah basah memang berbau lah. Masam bau tangan tu. Tapi bau tangan yang masam tu sedap plak bila di cium²...hahahaha... Korang pon sama kan. 


Budak banyak akal. Suka nau buat mata juling cenggitu. Semalam follow up check-up. Ada sedikit kerisauan. Smoga doa aku di bulan yang mulia ini di perkenankan olehNYA. 21 June ni ada follow up lagi. Hope everything back to normal. 

Note: Alhamdulillah... masuk 2 hari berpuasa aku masih dapat bertahan lagi. Production susu pon meriah seperti biasa. Mind setting dan makanan yang betul adalan sangat penting untuk ibu menyusu dibulan puasa nih.




You Might Also Like

16 comments

  1. kejap je masa berlalu...macam baru je lepas bersalin kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sue. Cepat betul masa berjalan.

      Delete
  2. Replies
    1. Sedih sangat babe bila doctor cakap. Aku rasa macam di awang-awangan. Hope follow up akan datang sumanya ok.

      Delete
  3. Hihi. Comel ! Moga baik baik aje Harraz :)

    ReplyDelete
  4. Kalau dah masuk dlm kocek memang lupalah Fiza apa lagi dah sibuk-sibuk nak ke pejabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak. Kelam kabut sket pagi semalam. Suma lupa ☺

      Delete
  5. Ni pasal maknya nak lepaskan rindu pada anak. memang disengajakan tu. Hehehe

    ReplyDelete
  6. moga tak ada yang membimbangkan lah..salam ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...InsyaAllah. Debar nak tunggu follow up lagi ni ema.

      Delete
  7. hehhe dah jadi mak mak ni, asyik terbawak barang anak ke opis ke. botol susu la puting la >,<

    ReplyDelete
  8. Rindu dengan bau sarung tangan yang masyam tu

    ReplyDelete
  9. Ingatkan dah masuk dalam poket seluar tu tak akan terlupalah nak letak dalam beg tapi lupa jugakan, Fiza. Tapi takpalah, boleh buat cium-cium kalau rindukan anak. Masam-masam pun lain tahu kalau tahap baby macam ni!

    ReplyDelete
  10. semoga takde apa2 dengan baby. comel comel comel

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive