Hai! lah ANAK

Tuesday, August 23, 2016

AssalamuAlaikum

Tenggelam timbul kau kan. Ok lah... Tak nak tenggelam lagi dah. Moh ler kita update. Bila dah jarang menulis. Nak mengarang sebutir ayat pon amik masa... ppffttt... Makin lama makin kurang entry sebulan. Kalau dulu boleh cecah berpuluh² skang ni nak cecah 10 entry sebulan pon menggigil kau. Bilalah nak consistent balik menulis ni pija oiii. 

Ok lah. Tak nak bebel panjang. Moh ler layan citer #makanakempat ni. Citer pasal anak jerlah modal nya. Macam dah tak der citer lain... hahaha... Gasaklah. Ni nak citer pasal berjanji. 

Kalau dah bergambar cenggini. Memang akan ada sorang yang tak senunuh. Abaikan seketul budak #imanqhalif ni... 😄😄

Kalau kau dah cakap dengan anak nak gi kedai. Maka kau kena jugak tunaikan. Selagi tak gi kedai, selagi tu lah dok ulang² ayat 'bila nak gi kedai?' 'jomlah gi kedai' 'ibu kata nak gi kedai. Cepatlah'.... Ppfftttt... Naik menanah tinge kau. Jadinya... Moh ler gi kedai sebelum tinge kau tercabut dek soalan² bertubi². Siap sedialah mak kau ni ha kena pau.

Sebenarnya bukan berjanji sangat pon. Kekadang tak nak bagi dorang bergaduh. Maka terkeluarlah ayat... 'Ibu nak keluar gi kedai. Siapa gaduh tinggal'. Haaaa... memang mendapatlah kau kalau dah cakap macam tu. Macam dah tak der ayat lain. Dah automatic kluar ayant cenggitu. Memang dituntutnya sampai dapat. 

Pastu kan. Bebudak ni kalau kita nak kluar berjalan, jangan lah kau bagitau nak pergi mana. Kau senyap² sudah. Tau² jer dah sampai tempat yang dituju. Kalau kau bagitau nak pergi mana. Perghhhh... Berbuih mulut kau nak menjawab pertanyaan bila kau lambat bersiap atau tetiba kau tak jadi keluar. Especially dengan anak dara sorang ni. Macam bertih jagung kalau bercakap. 

Tu jer lah kisahnya. Tunggu lah kisah pasal anak yang seterusnya yerp... hahaha... Janji update entry harini.

Note: Kejap jer dah hujung bulan kan.


You Might Also Like

8 comments

  1. rindu kan bila diorang takde..tapi kalau ada ,tak terlayan...haha

    ReplyDelete
  2. semoga semua anak akak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah Aamiin.. ^^

    ReplyDelete
  3. dpt rase kite pun akan hadap situation yg sama mcm fiza..hehehe

    sonok tgk fiza anak dh 4..

    ReplyDelete
  4. sama la fiza..diya sllu cakap tinggal mama nak gi jalan hahaha..pastu dia tuntut pula hahahaha adoi

    ReplyDelete
  5. Qebal qeram keja ajak mama job g ladybird smaland ikea.. pfffttt saja tau depa duk dlm tu 1 jam.. bleh mama window shopping kat ikea.. hahahahah

    ReplyDelete
  6. samajer cam anak akak... tapi dah besarni lain pulak kisahnyer lagi pening rasa nak dia kecik balik...
    lama tak mai sini yer.. .anak2pun dah besar2...

    ReplyDelete
  7. hahah bebudak memang mcm tu kan fiza, seronok melayan kerenahnya

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive