3 + 3 = 6 TAHUN!!!

Monday, September 26, 2016


25 September 2016... How time flies. The one and only Princess ibu ni dah 6 tahun usianya. Teman bermesra, teman meluah perasaan dan teman bergaduh tiap² hari nih. Seorang kakak yang penyayang. Tapi adakalanya jadi kakak yang garang macam singa sebab kuat mencakar. Adik Qhalif yang selalu jadi mangsa sebab dorang berdua ni panas. Ibu pon dah tak tau nak buat apa dengan korang berdua nih sebab kuat sangat bergaduh. Rasa macam nak bawak jumpa ustaz minta air penawar. 



Hari² ibu berdoa supaya kalian adik beradik saling berkasih sayang antara satu sama lain. Janganlah saling bercakaran. Pening kepala ibu nak. Dalam garang² Qahirah pon, ada terselit kelembutan. Dah bergaduh pandai pujuk adik dia balik. Dan paling boleh harap boleh jaga adik dan  tidurkan adik Harraz. Rajin jugak tolong ibu kat dapur. Alhamdulillah... Membesar dengan sihat anak dara ibu nih.



To my dear Princess. Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke 6. Walaupon kita selalu bergaduh... Errkkk... Hehehe.. Tapi ibu tetap sayang kakak hingga hujung nyawa. Siapa tak sayang anak kan. Dah lah sorang jer anak perempuan. Smoga kakak membesar sebagai anak yang solehah dan dapat menjadi peneman dan kawan setia ibu setiap masa. Maafkan ibu kalau ibu garang sangat dengan kakak. Marah seorang ibu tu tandanya ibu sayang. 



Kek special for you. Tapi lagi special kalau ibu buat sendiri kek kan. Ibu tak sempat lah sayang nak buat. Ada masa nanti ibu buat kek special untuk kakak yerp. We 👨 Abah, 👩 Ibu, 👦 Abang Kimi, 👶 Adik Harraz dan 👦 Adik Qhalif LOVE 💖 you so much kakak #Qahirah 👧


Note: Macam mana lah bila dah naik darjah 1 tahun depan nih. 




You Might Also Like

5 comments

  1. dah ada ank dara, ibunya muda lagi.. untungnya

    ReplyDelete
  2. biasa la tu.. saya dulu masa kecik2 pun suka bergaduh dengan adik beradik. sementara nak besar katanya. Happy belated birthday sweet girl.. moga jadi anak yang solehah yang menyenangkan kedua ibu bapa

    ReplyDelete
  3. Itulah Fiza, kalau dah kata anak perempuan walau dilingkungi abang/adik semua lelaki tetap ada kelembutannya juga.

    Happy 6th birthday Qahirah!

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday Qahirah! Jadi anak yang solehah dan penyejuk hati parents awak ye. Muah!

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive